Friday, August 5, 2016

Open house @ Royale S

Salam readers...

Hari Ahad minggu kedua Syawal Kekna buat open house berkonsepkan potluck.
Tapi tetamunya tak ramai pun.
Geng avengers 4 ketul tu je.
Bukannya taknak jemput orang lain tapi memang tak sempat nak invite pun.
Plan pun last minute.
Tergesa-gesa.
Diorang la yang request untuk buat kat rumah Kekna.
Diorang panggil rumah Kekna ni Royale S.
Glamor nau nama itu. Padahal rumah flat je pun. Hihihi...
Diorang nak buat kat rumah Kekna sebab selesa katanya.
Lagipun senang nak keluar masuk rumah ni.
Parking pun senang.
Eh, semua senang laa pendek kata.
Kekna ok je. Rumah Kekna ni pun selalu je orang datang.

Yela, rumah Kekna sekarang memang berbeza dengan rumah kat Vista Angkasa dulu.
Rumah kat vista dulu ya ampunnnnn.... kemas patplohnam kali pun tetap nampak bersepah.
Padahal barang tak banyak sangat pun.
Lantai tu kalau tak berpasir, memang tak sah.
Kena cuci kaki dulu sebelum naik ke katil.
Kalau tak cuci, alamatnya kotor habis cadar sebab tapak kaki hitam.

Kalau rumah sekarang, nak tergolek terlentang kat dapur pun boleh.
Yela, hari-hari kot Kekna sapu lantai satu rumah.
Balik kerja je, Kekna menyapu lantai & lap perabot-perabot dengan bulu ayam.
Tipulah kalau takde debu kan. Tapi sikitttttt sangat.
Mungkin sebab rumah Kekna tak mengadap jalan besar kot.
Sebab tu kurang berdebu.
Lantai pun tak berpasir sebab housemates Kekna sekarang pandai jaga rumah.
Tahu kat mana nak letak kasut, rajin susun atur barang.
Kalau kat rumah dulu, kasut pun diorang letak kat tengah-tengah ruang tamu.
Ko ghase??
Bila tegur kang sentap. Tak tegur kang melampau-lampau. Huhu...
Kekna pun dah jarang kena resdung sejak duk sini.
Alhamdulillah sangat-sangat.
Memang bahagia sungguh hidup sejak berpindah ni. Hihii...

Ok, back to the main story.
Kekna suruh geng avengers datang lepas Zohor.
Takmo lah suruh diorang datang awal sangat sebab takut Kekna tak sempat nak buat preparation je kalau ajak diorang datang awal.
At least on that day bolehlah Kekna bangun lewat sikit.
Celik mata dah pukul 9 pagi.
Mandi dulu pastu baru kemas rumah.
Pastu rebus keropok lekor sebelum goreng keropok lekor tu (ini untuk elakkan rasa gatal kat lelangit mulut), pastu goreng nuggets, potong lemang, susun atur meja, ketuk ais...
Eh, semua ni Kekna buat sensorang je tau.
Penat tu toksah cakap laa....
Dah settle semua benda, Kekna mandi sekali lagi.
Tengah-tengah duk bersiap, tetibe nampak Ekin sampai.


Minah ni orang pertama yang sampai.
Sampai-sampai je, dia terus bukak laptop untuk buat kerja ofis.
Ko ghase???
Pekerja cemerlang gemilang dan terbilang sangat nih.

Tak lama lepas tu, Farid pulak sampai.


Ni antara makanan yang ada.
Masa ni Leen & shuben tak sampai lagi.
Dia bawak KFC.
Ekin bawak pizza.
Farid bawak nasi lemak.
Kekna pulak sediakan keropok lekor, nuggets, air. Lemang pun ada.
Tapi Kekna takdan nak beli rendang.
Nak buat rendang, idok lerr ku reti.
Kalau reti pun, malas laa nak masak. Hahaha...
Nasib baik lemang tu sedap jugak. Lembut lemak gituu...


Gambar acah-acah poyo berlakon macam ni memang wajib ada.
Director nye memang tak lain tak bukan yang pakai baju turquoise tudung satin tu.
Ade je idea dia suruh buat itu ini.

Owh lupa pulakss....
On that day, birthday shuben leen.
Sempat la kitorang buat surprise birthday cake untuk shuben Leen itu.
Memang awal-awal dah berpakat untuk buat surprise.
Leen dah hantar birthday cake tu kat Kekna sehari sebelum open house ni.
Gambar adalah yileekkk.
Kalau ada pun rasanya Kekna takkan share kot sebab tak proper la nak share gambar orang. Hihi...



TQ korang sudi datang ke teratak buruk Kekna ni.
Lenkali datang laa lagi.
Kita buat makan-makan lagi ye.
Kekna suka buat-buat makan macam ni. Seronok.
Dulu malu nak ajak orang datang rumah sebab rumah nampak esklusif kat luar tapi kat dalam mengalahkan asrama Indon.
Tapi sekarang ni orang nak datang tido pun boleh... Dialu-alukan.
Hihihi...


No comments: