Thursday, August 18, 2016

Sekitar raya & cerita jodoh

Salam readers...

Wahhh takleh move on lagi dari hari raya... Hahah...
Benornye Kekna baru dapat gambar-gambar ni dari handset dan memory kamera adik-adik.
Haruslah kena share kan....
Kot la di masa akan datang Kekna belek-belek entri dalam blog ni, boleh terkenang balik apa yang dah berlaku.
Itulah fungsi blog kan?
Ye dok?

Gambar yang ada memang banyak tapi itu laaa... malaihhh den nak edit satu-satu.
Nak letak copyright bagai.
Kekna ni bukannya rajin pon.


Kekna memang rapat dengan adik-adik.
Kekna ada 3 orang adik lelaki.
Sebab tu kekadang terkeluar jugak perangai jantan Kekna ni.

Ingat lagi masa umur 15 tahun.
Masa tu kitorang adik beradik suka sangat tengok WWE.
Sape je yang Kekna tak tahu?
The Rock, Stone Cold Steve Austin, Undertaker, John Cena, Triple H...
Uihh, kalau Triple H tu memang Kekna benci nau-nau!
Jahat sangat tekpun.....
Paling suka John Cena. Dia wrestling best.
The Rock pun Kekna tak suka sebab selalu main bodoh. Hhahaha....
Kalau yang pompuan, Kekna suka Chyna.
Body dia sado cam lelaki uolsss... hihihi...
Si gedik Trish Stratus pun best jugak dia wrestling.
Paling benci wife Triple H, Stephanie Mc Mahon.
Hoiii, boleh emo ohh bila pompuan ni masing gelanggang.
Hahah....

Eh, tetibe cakap pasal WWE pulak. Mihmihmih...
Haaa, oleh sebab kitorang ni terpengaruh dengan WWE, kitorang adik beradik selalu la bergusti dalam bilik.
Tapi gusti gurau-gurau je la...
Ate main-main je kan.
Katil spring Kekna la yang jadi gelanggang kitorang.
Melompat hujung sana sampai hujung sini. Tergolek sana sini.
Bila mommy dapat tahu je, mesti dia marah.
Melarat-larat dia punya membebel.
Tengok pulak anak dara dia tetibe jadi ganas semacam bermain macam lelaki.
Lagi laa dia marah. Hihii...


Ni masa kitorang pergi beraya kat rumah Cik Ton.
Masa ni raya kedua.
Muka masing-masing pun nampa penat je.


Nasib laa Kekna dapat adik-adik yang suka bergambar.
Boleh la tumpang sekaki. Hihihi...


Dengan adik bongsu Kekna, Shazrin.
Kesayangan Kekna ni..
Dia tak pernah berkira dengan Kekna.


Ha, yang ni pulak gambar masa kat airport.
Kekna tengah tunggu flight.
Yang cantik pakai tudung peach tu anak sepupu Kekna.
Mak dia sepupu tertua Kekna sebelah daddy.
Korang paham ke tak ni?
Kalau tak paham, buat-buat paham aje la nahhh.. hihi...

Kitorang terserempak kat airport tapi dia naik flight lain, Kekna naik flight lain.


Dari kiri: Kekna, Mimy, Erni dan Intan.
Masa ni hari terbuka Global & Wholesale.
Diorang buat konsep pasar malam.
Seronok pulak diorang buat konsep macam ni.
Sempoi je.


Pastu Intan dan Erni beriya-iya ajak Kekna masuk ofis diorang kat tingkat 54.
Ingatkan ofis diorang ni biasa-biasa je. 
Rupa-rupanya amekkk kauu!!
Cantik gile!
Ada ruang santai, tempat main snoker, puching bag, bar....
Kalau dapat kat Kekna ofis ni memang hari-hari Kekna selfie kat semua sudut.
Hahaha...


Masa ni department avengers bijjes buat open house.
Finance Department.
Leen, Ekin dan Farid kan duk Dept Finance sekarang.
Kekna je yang mereput kat dalam audit lagi. Hukhuk...

As usual, bila kitorang jumpa memang kitorang akan snap snap.


Oh, Kekna baru perasan kebanyakkan gambar Kekna pakai tudung biru.
Memang warna kegemaran Kekna biru sekarang ni.
Sama macam si #exclusive.
Dia pun suka biru.
Tapi dia suka biru laut.
Memang kenalah dengan kulit putih dia tu.
Kekna pulak suka biru gelap.
Kena jugak la dengan kulit Kekna yang rentung ni. Huhu...

Just nak kongsi, lately ni mommy Kekna dah bising-bising pasal jodoh.
Bila laa Kekna nak kawin? Bila laaa nak naik pelamin?
Usia dah berapa dah??
Uihh, dia dah start risau pasal jodoh Kekna pulak dah.
Ai is tensi, you know!
Pastu dia pulak nak kenenkan Kekna dengan someone yang kije gomen kat Trg.
Dia nakkk jugak Kekna kawin dengan orang Terengganu. Huhuhu...
I was like..... eh sabor dulu boleh tak??
Mommy, u know ur dotter got someone oredi, what?
So, just give me ur restu lah.
Huhuhu...
Apakan daya, mommy is typical mak pantai timur yang nak anak dia kawin dengan orang yang dekat-dekat dan senegeri.
Once again, iolsss is stress!
Daddy wat lek wat peace je.

Btw, lelaki yang mommy kenenkan tu Kekna kenal dah lama dah.
Memang dulu-dulu pernah la dia contact Kekna.
Call Kekna malam-malam. Tanya khabar.
Kat ofis kadang-kadang kitorang ber 3G. Buat video call.
Tapi masa tu takde la feeling apa-apa pun.

Pernah masa Mimy datang beraya kat rumah Kekna, tetibe lelaki tu datang rumah jumpa Abang Yu (abang Kekna).
Takdan iolss nak lari. Hahaha...
Biasanya dulu-dulu kalau Kekna tahu dia datang rumah, Kekna akan cepat-cepat menyorok dalam bilik.
Malu kata kau. Hahaha...
Tapi tu dululah.

Well, hari Jumaat & Sabtu baru-baru ni dia datang KL sebab nak jumpa Kekna.
Katanya nak release tension.
Kekna refuse sebenarnya nak jumpa dia tapi dia betul-betul insists, so memang dah takleh elak.
Maka, berjumpalah kami di Sogo.
Pastu kitorang jalan-jalan dari Sogo ke Mid Valley.
Makan aiskrim, shopping, jalan-jalan...
Ingatkan nak tengok wayang tapi tak sempat pulak sebab dia dah nak balik Terengganu masa tu.
Takpelah, next time je.

Entahlah.
Bila single, single bebetul.
Sampai takde sorang pun datang memikat.
Tapi bila kita dah ada yang punya, mulalah berderet-deret yang datang sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu.
Cumanya apa yang Kekna boleh cakap, memang Kekna kena pilih betul-betul.
Cukuplah Kekna pernah bazirkan 9 tahun dengan 3 orang lelaki yang berlainan.
Ingatkan bolehlah sampai ke jinjang pelamin, rupa-rupanya tiga-tiga tu hampehhh.
Tapi andaikan takde jodoh aje la ye.

Kali ni si dia, #exclusive, dan mamat Ganu ni memang baik-baik.
Si dia kelakar.
Setiap kali keluar dengan dia, Kekna selalu gelak-gelak.
Ada je benda lawak yang dia buat.
Plus dia tak pernah berkira dengan Kekna.

#exclusive ni pulak jenis formal sikit.
Almaklumlah PTD.
Kenalah jaga standard. Ye dok?
Gaya penampilan dia, cara bercakap dia memang professional.
Dia takde nye cakap merapu-rapu.
Buat lawak pun ikut style formal dia laa...
Nasib baik la Kekna ni jenis mudah terhibur. Huhu...

Yang mamat Ganu ni memang Kekna dah kenal lama.
Pernah bertentang mata 2 kali je.
Banyak kali dia datang rumah Kekna, banyak kali jugaklah Kekna 'lari' dari dia.
Cara bercakap dia lembut. Takut-takut je nak sembang dengan Kekna.
Dah la hensem. Walaupun takleh lawan dengan kehenseman si #exclusive tu, tapi dia hensem la untuk lelaki Terengganu.
Kulit putih, kurus.
Iwan (adik Kekna) cakap mamat ni dah gemuk.
Tapi hari tu masa jumpa Kekna tengok kurus je.
Malu pulak Kekna yang bambam ni.
Nasib baik la dia cakap dia tak kisah Kekna macam ni.
Lagipun dia kuat bersukan, tak hisap rokok, gentleman.
Dah la kije gomen... buat pulak part time as jurulatih.
Memang idaman gadis-gadis sangat.

Kekna pulak just follow the flow.
Sebagai perempuan, memang ada hak jugak untuk memilih.
Lagipun bukannya nak bercinta saja-saja.
Ni nak bercinta sampai kahwin ni...
Kahwin pulak nak sekali je seumur hidup.
So, kena buat keputusan betul-betul.
Haihhh, susahnya hidup. Huhuhu...










3 comments:

Reena Kamarudin said...

nampak awak lagi banyak bercerita pasal mamat ganu tu dr yang exclusive tu. awak nampak excited bila bercakap pasal dia hehe and semuanya positif. awak buat pilihan yang tepat tau. semoga bahagia milik awak.

Aini Shah said...


Hi Diana, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Unknown said...

rasanya yg exclusive tu tolak tepi dulu kot,bhaya org mcm tu,yg ganu plak ssah nk brtahan dgn dia sbb akan jadi rbutan wanita,ckp pon takut2 dgn awk,pdahal da lana kenal,yg pling ssuai rasanya yg sidia tu,xbrkira n pandai hepikan awk,tp ni pndpat sy shj,kputusan smua tpulang pd ati awk,good luck