Wednesday, August 31, 2016

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-59. #sehatisejiwa

Salam readers...

First of all, Kekna nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59.
Alhamdulillah kita masih lagi boleh hidup aman sejahtera tanpa peperangan sana sini.
Kita masih lagi boleh keluar berjalan sorang-sorang.
Kita masih lagi boleh beriadah bersama famili petang-petang.
Kita masih lagi boleh bershopping sana sini.
 

Sesetengah pihak asyik la duk complaint, "Aman ke negara kita? Ragut, rompak, bunuh merata-rata dan masih berleluasa."
Well, kat mana-mana pun ada berlaku jenayah.
Kat mana takde jenayah? Acu cakap.
Kalau nak compare negara kita dengan negara lain, teruk lagi jenayah kat negara lain tau.
Bagi Kekna orang yang suka complaint ni adalah orang yang tak patriotik. Tak reti bersyukur. 
Diorang ni sebenarnya duk kaitkan dengan politik je.
Tak puas hati dengan kepimpinan A, habis benda dia nak politikkan sampaikan claim negara sendiri tak aman lah, maksiat berleluasa lah....

Macam-macam lah.

Kekna sebenarnya plan nak keluar awal pagi kengkonon nak pergi Dataran Merdeka.
Kononnye nak sambut Hari Merdeka laa...
Tup-tup bila alarm berbunyi, Kekna terus off hp, sambung tido.
Sedar tak sedar dah pukul 10 pagi.
Waaahhh, dasat anak dara bangun kul 10 pagi. Hahaha...

Apalagi, celik mata je terus masuk bilik air. Mandi.
Pastu masuk dapur pulak.
Ketung-ketang masak nasi lemak.
Semalam Kekna dah masak nasi lemak sebenarnya.
Tapi tadi tengok sambal ikan bilis ada banyak lagi, itu yang Kekna masak nasi lemak je tu.
Sambal ikan bilis Kekna just panaskan balik je.
 Kekna masak banyak untuk housemates sekali.

Sambil-sambil tu Kekna layan whatsapp.


Dapat gambar ni dari group sedara-mara.
Uncle Kekna yang kije TM state masuk perbarisan untuk hari kemerdekaan kali ni.
Uncle Kekna ni kitorang panggil Pak Su Ha.
Pak su Ha ni dah banyak kali join perbarisan sempena hari merdeka.
Bagus betul.

Teringin jugak nak join perbarisan hari merdeka ni.
In sha ALLAH satu hari nanti.
Hihi...


No comments: