Friday, September 2, 2016

7 peraturan asas dalam kehidupan

Salam readers...

Hidup kita ni ada naik dan turun.
Ada pasang surutnya.
Ada suka dan duka.
Ada cinta dan benci.
Selagi kita hidup, selagi itulah ada cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh.
 So, hari ni Kekna nak share 7 peraturan asas dalam kehidupan.

1. Lupakan kisah lama

Tipulah kalau ada yang cakap dia tak ada kisah silam yang memeritkan.
Semua orang PASTI pernah mengalami peristiwa pahit.
Lupakan sesegera mungkin!
Buka buku baru, sayang.
Kisah lama tu biarlah ianya terlipat dalam buku sejarah hidup kita.
Apa yang terjadi pada masa lalu, tak define kita pada masa akan datang.
Omputih kata, "Your past doesnt define your future - you beliefs and action do."
So, apalagi?
Buat perkara yang baik-baik dan jangan berfikiran negatif, ya!

2. Abaikan apa yang orang lain fikir

Kita hidup kat dunia ni bukannya hanya untuk please orang lain.
Sebaik mana pun kita, akan ada jugak orang yang membenci kita.
So, abaikan haters itu!
Jadilah diri sendiri, buat yang terbaik dan teruskan usaha!
Kalau kita asyik fikir apa yang orang lain fikir, kita takkan maju sampai bila-bila.

3. Masa akan mengubati segalanya

Give time, a time.
Kesakitan yang dialami akan sembuh.  Parut tu akan ada tapi fikir positif.
Kesakitan yang dialami tu sebenarnya akan menguatkan kita.
Siapa kat dalam dunia ni yang tak pernah sakit, perit, susah?
Semua orang pernah rasa.
So, be cool always ok!

4. Jangan gantungkan kebahagiaan sendiri pada orang lain

Maksudnya, jangan letakkan kebahagiaan diri kita pada orang lain.
Biarlah kita yang happy kan diri kita sendiri.
Orang lain boleh menyakiti kita. Orang lain boleh melukakan hati kita.
Jadi, letakkan kebahagiaan itu pada diri sendiri sebab kita takkan menyakiti dan melukakan hati kita sendiri.

5. Jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain

Masing-masing ada kehidupan masing-masing.
ALLAH swt dah tetapkan rezeki kita macam ni, rezeki orang lain macam tu.
So, buat apa kita nak compare?
Kita tengok orang lain kaya, kita jeles.
Kita tengok orang lain lagi lawa, kita jeles.
Hidup kita asyik jeles dengan orang je.
No...no... no...! Takmo macam tu.
Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kalau kita nak lebih, kita usaha lebih.
Jangan hanya pandai nak jeles-jeles je tapi usaha takdak.
Jangan kita titiskan dot hitam dalam hati kita, ok.

6. Jangan terlalu berfikir

Bukanlah bermaksud kita tak perlu nak fikir panjang.
Maksud Kekna, jangan terlalu sibuk berfikir akan sesuatu benda.
Contohnya kita berfikir, "Kenapa A ada suami yang baik dan kaya sedangkan A tu berperangai teruk?"
"Kenapa anak A cerdik sedangkan A bukannya belajar tinggi pun?"
Heyyy, tak perlu nak fikir hal orang okay.
Jaga hal sendiri sudah.

7. Senyum

Benda ni paling susah orang nak buat.
Padahal senang aje. SENYUM.
Bagi Kekna, senyum is one of the make up kat wajah.
Kita pakai make up tebal patblas inci pun tapi kalau tak reti nak senyum, memang tak cantik jugak.
Tak pakai make up tapi selalu tersenyum, muka pun akan nampak lawa.
Well, kalaupun kita ada masalah besar sekali pun, cubalah tersenyum.
Senyuman sebenarnya dapat melegakan hati kita.
Trust me!
Acu bila korang menangis, korang try senyum.
Lepas tu confirm air mata korang tak mengalir lagi.
Perasaan sedih automatik akan berkurang.
 

No comments: