Thursday, September 22, 2016

Celoteh Khamis

Salam readers...

Apa khabar?
Kalau korang tanya Kekna, Kekna sekarang ni tak berapa sihat.
Demam tak baik-baik lagi ni.
Agaknya bila dah kertu ni, antibodi dalam badan makin tak kuat.
Kekna pulak jenis susah makan ubat...
Waaa... tak suka ubat tau!
Nak-nak paracetamol tu haa...
Besau sangat... Cane nak telan cenggitu je?
Kalau kunyah kangg pahit pulak.
Takde ke ubat demam yang manis dan best sikit? Mihmihmih...

Semalam hari pertama Kekna masuk ofis setelah sekian lama bercuti.
Bercuti balik kampung aje pun.... 
Bukannye bercuti pergi mana-mana.
Hari pertama, macam biasa busy.
Serabut okeh.
Tambah pulak pc ofis Kekna merajuk tak tentu pasal.
Dia auto shut down.
Baru je masukkan password pc, tetibe dia shut down sendiri.
Takdan nak tengok skrin pun.
Banyak kali jugak Kekna restart balik.
Pun sama jugak... shut down sendiri.

Terus call orang IT untuk datang check.
Dia kata PC dah rosak.
Warranty pun dah tamat bulan Feb aritu.
So, dah takleh tukar hardware yang rosak tu.
T__T
Cane nak buat kerja ni?
Tapi nasib baik la ada pc admin Kekna yang dah lama tak guna.
So, buat sementara waktu Kekna pakai pc ni je dulu.
PC ni pulak guna windows XP.
Banyak benda dah tak support tapi takpelah.
Harap-harap business partner office Kekna cecepat order kan pc baru untuk Kekna.
Susah ohhh nak buat kerja nih.

Sekarang ni Kekna tengok ramai orang tengah sibuk berdiet.
Waaaaa.... masing-masing sibuk nak kurus.
Kekna pulak makin bamba. Hewhew...
Takleh jadi ni.
Nak kurus jugak tapi takleh tinggal nasik laaaa...
Acaner tu? T__T

Memang dari kecik Kekna suka makan nasik.
Nasik banyak, kuah banyak, ikan goreng yang kecik sekor pastu telur dadar.
Wahhh, favorite Kekna ni tau.
Hari-hari makan ikan pun takpe.
Ate orang Ganu kan...
 
Kekna bukannye vege.
Kekna memang tak gemor sayur.
Kalau ulam-ulaman tu, lagi laaa tak suka.
Kekna akan makan sayur if sayur tu duk dalam tomyam ke, dalam nasi goreng ke, dalam mee goreng ke...
Kalau sayur goreng atau sayur rebus atau apa-apa yang seangkatan dengan dia, memang Kekna takkan makan.
Kang muntohh nanti baru tahu.
 
 Buah pun Kekna tak makan sangat.
Boleh bilang dengan jari kot buah-buahan yang Kekna makan.
Durian, rambutan, manggis, mempelam ( yang kulit oren je ya) dan buah mata kucing...
Strawberry pun kena makan dengan coklat.
Kalau takde coklat, idoknye Kekna makan cenggitu je.
Dah.. tu je buah-buahan yang Kekna makan.
Buah lain macam epal, duku, langsat dll tu memang Kekna tak makan langsung.

So, cane orang macam Kekna ni nak diet?
Acu cakap...
Exercise? Seminggu 2-3 kali Kekna buat plank.
Itupun sekali buat dapat seminit dua je.
Hahhaha... berat nak tampung badan lama-lama hoiii.
Jogging pun dah lama tak buat sebab lately asik hujan je.
Banyak alasan kan? Hahahah.... :p
Mommy dah bising-bising badan Kekna dah naik.
Yela...yela... nanti nana diet ye mommy!

Eh, dah dekat lunch hour dah ni.
Nak makan ape eh nanti?
Ahakss!!

No comments: