Thursday, September 8, 2016

Edisi Kekna merapu

Salam readers...

Hollaa... hollaa... hollaaaaa....
Kekna ke udara lagi setelah seminggu belog ini bersawang.
Kekna kebizian yang melampau sampai nak bernafas pun tersemput-semput uolsss!
Ada hari yang tak sempat nak lunch pun kat office ni.
Alih-alih makan super ring je.
Malam, lepas makan terus terbongkang tido tak sedor diri.
Sumpah penat.

Tatau la 2-3 hari ni Kekna pening kepala aje.
Duduk tak kena, baring tak kena.
Tatau la kenapa.
Bila pening kepala, mulalah rasa nak muntah.
Haaaaaa... korang jangan memandai-mandai nak pikir bebukan ye.
No... no... no!
Takmo buruk sangka ye.
Kekna rasa Kekna jadi macam ni sebab terlalu banyak angin dalam badan la.
Kena berurut ni.
Tadi call tukang urut kat TM ni, sekali dia dah tak kije dah sini...
Waaaaaa..... nak urut kat mana pulak nih??

Nak pergi pusat urut yang ada kat shopping mall tu bukannya tak mampu tapi diorang urut, alahaiiiii lemah lembut gemalai je uolss..
Mana puas.
Kekna ni kalau berurut mesti yang stok-stok tangan sado tu.
Sekali urut terus bunyi errkkk erkkk.
Kekna tak berapa suka urutan bali sebenarnya.
Kekna suka urutan Thai.
Sekali urut je, perghhh menggelupur!
Baru terasa.
Ha.... itu baru urutan sebenar.
Kalau setakat sentuh-sentuh cenggitu je, baik Kekna suruh anak sedara Kekna je yang urut.

Rindunya tukang urut Kekna yang dua orang tu.
Kak Tina dan Kak Laila.
Diorang ni kalau berurut memang sedap.
Tapi tu la, Kekna dah tak duduk kat vista lagi dah.
Kak Tina ni berurut dari rumah ke rumah.
Tapi sekitar vista tu je la.
Kalau jauh-jauh dia taknak.
Kalau Kak Laila pulak dah berpindah kat tempat lain.
Kak Laila ni best kalau dia urut sebab urutan dia tu memang kena dekat tempat yang kita sakit.
Dia pulak akan surut sampailah betul-betul kita rasa lega.
Tapi sekarang dah susah dah nak jumpa.
Waaaaa.... dah susah dah nak cari tukang urut yang best. T_____T

Balik kampung nantilah cari tukang urut.
Rasa macam dah kronik sangat dah angin dalam badan Kekna ni.

Hujung minggu ni Kekna balik kampung dengan kereta.
Raya haji kannn... haruslah balik.
Tatau la jalan jem ke tak. Redah aje la nokk.
Ate kampung halaman jauh bebenor.
Kengkonon nak beraya dengan family tapi ada pulak yang ajak jumpa.
Kekna pun tatau la nak jumpa dia ke tak.
Sebab plan balik ni pun sebab Iwan kawin & nak rehat je.
Tapi tengok la cemana nanti.
Kekna ni kekadang cakap je taknak keluar, kejap lagi tup-tup berupdate dalam fesbuk.
Mihmihmih...

Weh, sesape kat Kuala Terengganu, nak tanya pokestop kat sana ada banyak tak?
Kalau tak banyak, mereput la sekejap PokeGo Kekna.
Hewhew...
Heyy, iolsss is pokemon hunter ok.
Takyah la nak keluarkann dakyah-dakyah kononnya agenda yahudi atau org barat bagai.
Kau main fesbuk, foursquare dll tu bukan yahudi punye ke?
Relax la...
As long as kau off AR kau tu, sebenarnya takde isu pun.

Tapi sebenarnya Kekna bukannya pemain tegar pun.
Main bila ada masa je.
Kekna baru je level 18 uolss...
Kawan-kawan Kekna semua dah sampai level 20 lebih.
Takpe... takpe. Anggap je itu hanya game semata-mata.

Eh, oklah.
Kekna nak chow dulu.
Nak pi makan kejap. Kang angin dalam badan jadi makin teruk pulak.

Nanti Kekna update lagi okeh.
Babai. Muaxxx!

3 comments:

Beautyfull_Maria said...

Akak ada kwn bukak spa blh urut..Insyaallah sedap jgk..Dia blh buat servis ke rumah..So far serasi akak dgn dia 😊

diana aziz said...

Kak, pm nombor dia... hihi

Beautyfull_Maria said...

Nnt akak text adik kt FB k.. 😊