Friday, September 23, 2016

Kena marah dengan doktor

Salam readers...

Tadi Kekna pergi ke Klinik Alam Medic, Sentul Boulevard.
Klinik favorite Kekna ni sebab doktor dia ramah dan dia check bebetul setiap patient yang datang.

Actually semalam Kekna ada pergi ke klinik bawah office Kekna sebab badan Kekna panas sangat-sangat dan flu makin teruk.
Kisahnya, doktor tu hanya check suhu badan Kekna je.
Dia masukkan termometer kat dalam telinga Kekna.
Lepas tu dia tunjuk termometer tu sambil cakap,

"Suhu you 36.3 saja ye...."

Kekna pun ye-ye kan ajelah.
Tapi cam pelik pulak.
Suhu badan normal manusia adalah sekitar 36-37 darjah celcius.
Tapi kenapa bila doktor tu check, suhu badan Kekna hanya 36.3 je?
Tu dah kira suhu badan normal kan? Macam suhu badan orang tak sakit kan?
Sedangkan masa tu badan Kekna panas gile.
Mata Kekna pulak dah keluar urat-urat merah.
Dah la selesema teruk. Tambah pulak dengan batuk yang makin menjadi-jadi.

Lepas doktor tu tunjuk termometer, dia pun tulis something kat buku nama Kekna sambil cakap,

"I bagi you ubat demam... bla blaa blaaa..., okay..."

Thats it.
Macam tu je.
Pastu charge consultation sampai RM20.
Kalau masuk dengan ubat-ubatan, total semua RM74.
Check guna termometer je dah caj RM20?
Wahhh... boleh pergi Sungai Gangga balik hari laa cenggitu.
-___-

Semalam 2-3 kali jugak Kekna ke toilet.
Sekali pergi, ada sorang akak dari ofis sebelah tanya,

"Awak tak sihat ke?"

Pastu Kekna tanya balik, "Obvious ke, kak?"

Akak tu jawab, "A'ah... Muka awak merah..."

Ada akak sorang lagi tu tanya benda yang sama jugak.

"Awak sakit ke?"

Kekna jawab je la, "A'ah. Demam..."

Tapi Kekna sendiri perasan muka Kekna merah.
Panas dalam kott...
Kerja kat office pulak banyak.
Asyik turun naik dari tingkat 51 ke tingkat 9 je...
Manalah demam nak baik kalau asyik bergerak je tak rehat langsung.
 Balik rumah je, kena masak pulak untuk makan malam.
Yela, kena la makan sebab lepas tu nak makan ubat.
Macam semalam Kekna just masak nasi dengan kuah telur mata masak tomato.
Lepas makan nasi, terus Kekna makan ubat.
Lepas tu, terus berkuak lentang atas katil.

Bangun pagi tadi, Kekna rasa macam tak sedap badan lagi.
Rasa macam makin teruk pulak demam, batuk dan selesema ni.
Tapi Kekna gagahkan jugak pergi ke office.
Yela, hari-hari ada kerja yang kena dibuat.
So, tak sedap la asyik nak cuti aje kannn...

Kekna hampir-hampir nak pitam masa kat basement parking office.
Nasib baik sempat berpaut kat tiang.
Sampai office, duk bertenang kejap.
Yela, takut jugak main nak pitam-pitam nih.

Last-last Kekna tak tahan.
Kekna inform kat manager Kekna yang Kekna kena cuti jugak hari ni sebab betul-betul tak sihat.
Masa tu ramai staff lain tak sampai office lagi.
Amik grab car, then pergi ke Klinik Alam Medic.

Doktor tanya,

"Sejak bila demam?"

Kekna jawab,

"Ahad last week..."

Terus doktor cakap,

"Kenapa you lambat pergi ke klinik? You know what... bla bla bla... bahaya... bla bla bla..."

Hoho... tak pepasal kena marah dengan doktor.
Nak je Kekna bagitahu doktor tu yang Kekna nak pergi klinik sebelum ni tapi malaslah.
Nanti banyak soal pulak.
Then, doktor check pernafasan Kekna, tekak, tekanan darah.

Doktor cakap,

"Suhu you tinggi.. You demam panas ni. And batuk, you kena elakkan makan bla bla bla..."

Pastu doktor tanya,

"You kerja weekend tak?"

Kekna jawab tak.

Doktor tu cakap lagi,

"Oh.. its ok. I give you mc for today. Makan ubat and rehat on weekend, okay."

  Baik doktor.
Haaa... doktor macam ni la yang Kekna suka.
Dia bagi nasihat, bagitahu apa yang kita kena buat, apa yang kita kena elakkan.
Walaupun kita dah tahu apa yang boleh dan tak boleh, tapi sebagai seorang doktor dia tetap kena nasihatkan patient dia.
Bukan macam doktor kat bawah office Kekna tu.
Bagi nasihat pun tak.
Check pun cenggitu je.
Hmmm....

 Ni Kekna nak baring sekejap.
Confirm kejap lagi Kekna terlelap sebab baru je makan ubat selsema yang mengantuk.

Bye korang.

No comments: