Tuesday, September 20, 2016

Kerana Kekna terlalu sibuk

Salam readers...

Baru je bukak belog setelah sekian lama tak bukak.
Tengok-tengok last update 8 Sept.
Hari ni dah 20 Sept.
Means dah 12 hari Kekna tak update blog.
Wowww... lamanye!

Masa balik kampung aritu, Kekna ada je terniat nak update belog.
Nak update aktiviti-aktiviti yang Kekna buat masa kat kampung.
Tapi tu la, malasnyaaaa nak on kan laptop.
Dah la streamyx kat kampung tu macam siputlembabdotcom.
Kekna online kat phone je.

Balik kampung aritu Kekna agak busy bergerak sana-sini.
Si mamat Ganu yang pernah Kekna cerita dalam entri lepas ajak jumpa pun, Kekna rasa malasss sangat-sangat nak keluar.
Yela, jumpa ajelah time kenduri nanti kann... -__-
Bukannya apa, Kekna lagi suka duk rumah.
Kalau keluar pun sebab nak beli barang kahwin.
Yela, tarikh kenduri sebelah kitorang dah dekat sangat-sangat masa tu.
Pastu ada plan bertukar pulak last minit.
Dah berkejar tempah barang itu ini.
Penat ohh!
Tapi oleh sebab dia duk berharap sangat untuk jumpa, so Kekna pun jumpalah dia.
Dia amik kat rumah dan kitorang pergi minum-minum je Secret Recipe kat bandar.
Pukul 10 lebih malam, Kekna balik rumah pastu sambung buat kerja untuk kenduri.

Pasal kenduri kahwin tu, Kekna citer kat entri lain ye....

Balik kampung kali ni memang tak rehat sangat.
Ada je benda kena buat.
Kalau rehat sikit, mommy terpotpetpotpet membebel.
Kekadang kalau anak-anak bangun tido lewat sikit pun dia membebel.
Aduhh. Stresss mak!

Dah la hari bekerja, kena bangun awal sebelum subuh.
At least time cuti ni nak laaa jugak merasa bangun lewat, tido puas-puas.
Alih-alih kena dengar bebelan pulak.
Stress kat tempat kerja pun tak tertanggung, ini tambah lagi stress kat kampung.
T____T
 
 Disebabkan tak berapa boleh rehat sepanjang kat kampung tu, sehari selepas majlis Kekna terus demam tonsil.
Celik je mata awal pagi tu, Kekna rasa tonsil bengkak.
Suhu badan pun panas.
Selera makan terputus terus.
Usahkan nak makan, nak minum pun tak lalu.
Memang badan lembik terus.

Tapi itupun Kekna takleh rehat jugak.
Petang sehari lepas majlis tu semua orang enjoy keluar pergi mandi kolam.
Kekna malas nak ikut sebab demam teruk kan.
Diorang suruh Kekna duk rumah transfer gambar-gambar kahwin dalam external hard disk masing-masing.
Pastu tak lupa letak jugak dalam fb group family kitorang.
Semalaman mengadap laptop.
Kul 1 lebih pagi ingatkan nak la masuk tido, sekali adik pulak mintak tolong buatkan resume.
Yang Kak Long pulak cakap dia tak reti nak buat resume....
T____T
Kesian jugak kat adik bongsu ni, so Kekna tolong dia buat resume.
Nasib baik sekejap je buat resume tu.
Kul 2 lebih barulah boleh baring semula.
Itupun mata tak leh nak lelap sangat sebab terlalu penat plus panas.
Memang suhu badan Kekna panas sangat-sangat.

Keesokan pagi, Kekna bangun awal jugak sebab nak bertolak balik ke KL.
Seharian duk dalam kereta.
Kepanasan pulak tu sebab barang banyak dalam kereta sampaikan kena duduk berhimpit.
Nasib baik la jalan tak jem.
Aman damai je balik.

Sampai KL dalam pukul 4 petang, terus Kekna terbongkang tido sebab penat.
Dah la demam tak kebah lagi.
Bangun dekat pukul 7 malam.
Makan, mandi, solat... Lepas tu rehat.
Makin malam, makin suhu badan naik.
Memula demam, takde la selsema dan batuk.
Tapi malam tu tetibe batuk teruk pulak.
Mungkin sebab kipas kuat menghala kat Kekna kot sepanjang tido siang tadi.
 
Pagi tadi bangun nak pergi kerja, tapi badan pulak memang tak larat.
Tonsil pun bengkak lagi.
Terus baring semula atas katil.
Pukul 8 lebih hantar mesej kat group office bagitahu takleh datang kerja.
Lepas hantar mesej tu, terus Kekna sambung tido.
Celik mata dalam pukul 10 pagi sebab badan rasa tak selesa.
Suhu badan Kekna makin tinggi sampaikan tilam pun rasa panas.
Plan nak pergi klinik tapi tak jadi sebab memang tak larat nak keluar.
Memang sehari suntuk Kekna melepekk je kat atas katil ni.

Esok dah nak kena masuk ofis dah.
Harap-harap esok demam ni dah kebah sikit laa...
Bukannya ape, kerja ofis berlambak-lambak.
Orang pulak manalah nak consider kita ni sakit demam ke ape, yang diorang tahu kerja dan-dan tu jugak kena settle kan.
Sebab tu sekarang ni kalau Kekna sakit tahap tak larat nak bangun, memang Kekna cuti je.
Dulu-dulu Kekna gagahkan jugak datang ofis sebab diberi kelonggaran untuk rehat sikit kalau sakit.
Lagipun kalau pergi office, at least dah takyah fikir nak masak apa sebab makanan senang nak dapat.
Ni kalau duk rumah time sakit, nanti kena fikir nak makan ape, nak masak apa.
Yela, kalau demam tonsil macam ni susah sikit Kekna nak makan.
Nak beli makanan kat luar semuanya jenis berminyak.
Kalau nak masak kang tak larat pulak.
 
Macam tadi, pukul 4 lebih petang baru Kekna makan sebab tak larat nak masak.
Itupun makan sup ayam je.
Waaaa........ susahnya sakit macam ni. T_____T
 
Ok la... Kekna nak rehat sekejap.
Tekak pun rasa sakit lagi ni.
Ada masa nanti Kekna update lagi ye... :)

No comments: