Monday, September 26, 2016

Majlis Akad Nikah & Resepsi sebelah perempuan

Salam readers...

Seperti yang dirancang, 10 September 2016 (Sabtu) adalah hari pernikahan adik lelaki Kekna, Iwan dengan pasangannya Amani.
Sebelum hari pernikahan tu, Kekna punyalah busy duk manage majlis ni.
Busy blast whatsapp untuk count berapa orang sedara-mara sebelah kitorang yang nak join sekali pergi resepsi belah perempuan sebab rumah pengantin perempuan ni jauh dari Kuala Terengganu.
Majlis pernikahan ni dibuat di Kampung Felda Neram 1, Kemaman.
Agak-agak dalam 3 jam perjalanan jugak la dari bandar Kuala Terengganu tu.

Tu tak campur lagi duk adjust pasal hantaran, baju pengantin yang tetibe salah saiz & masalah-masalah lain.
Serius pening kepala sebab semua nak harapkan Kekna.
Tambah pulak dengan bebanan kerja yang tak habis-habis.
Mana nak fikir hal kerja, nak fikir hal personal, nak fikir hal majlis.
Bab majlis tu Kekna risau kalau-kalau tak berjalan dengan lancar.
Memang orang akan kata think positive je.
Tapi kadang-kadang kita kena jugak think about the worst thing so that kita dah fikir siap-siap the backup plan. 

Di hari kejadian, Kekna dan Kak Long's family bertolak dari KL dalam pukul 5 pagi.
Sengaja kitorang bertolak awal takut jem.
Kan cuti panjang minggu tu sempena raya Aidiladha.
Walaupun kitorang keluar awal pagi, tapi jalan kat Gombak dah jem uolss!!
Jem sampai kat Tol Gombak.
Lepas tu lega sekejap sampailah dekat-dekat dengan Tol Karak pun jem sekali lagi.
Yela, orang Kelantan ramai yang balik kampung sebab Kekna tengok laluan ke Kelantan jalan dah jem melekat.
Nasib baik la highway ke Terengganu tak jem langsung lepas tu.

Pukul 8 pagi kitorang sampai kat rumah pengantin perempuan.
Masa tu rombongan pihak pengantin lelaki masih lagi dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Felda Neram 1 ni.
Iwan dah bagitahu awal-awal dah if kitorang sampai awal kat Felda Neram tu, terus contact je Amani.

Masa Kekna call Amani, dia tengah duk make up.
Amani suruh Kekna dan Kak Long masuk dulu rehat-rehat dalam rumah.
Kitorang pun masuk la dalam rumah pengantin perempuan.
Tuan rumah pulak masa tu tengah sibuk bergotong royong memasak kat belakang.
Yela, orang kampung masih lagi mengamalkan konsep rewang.
Kita ni je orang bandar yang duk guna catering.
Rewang-rewang ni dah takde dah.

Kekna amik kesempatan untuk snap-snap lah.
Lagipun takde orang.
Nanti kalau orang ramai dah datang tak tersnap pulak kang.


Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki.
Pihak perempuan gubah sendiri je ni.
Kreatif jugak diorang ni.


Pelamin.
Alia kemain lagi suka boleh duduk atas pelamin.


Sementara orang tak ada, Kekna pun join sekali naik pelamin.
Haha...


Dari kiri: Alia, Kak Long, Abang Zam, Fifi.
Abang Zam tu Kekna tengok sebijik macam Ezad Lazim laa.. Hahah!


Kekna beralih ke meja makan beradap pengantin.
Yela, kat dalam rumah tu panas kot.
Nak lepak kat beranda, kerusi pulak takde.
Duduk kat bawah khemah meja makan beradap ni best sebab ada kipas.
Sejuk sikit.
Cuaca hari tu memang panas terik.


Selfie...

Tengah-tengah duk lepak kat bawah khemah ni, Kekna dapat mesej yang rombongan pihak lelaki dah sampai kat Kijal.
Diorang berhenti sekejap kat Hentian Sebelah Kijal sebab pengantin lelaki nak bersiap.



Abang Kekna hantar gambar ni dalam whatsapp group kitorang.
Ramai jugak sedara mara sebelah kitorang yang datang.
Total dalam 80 orang jugak la.
Lebih kurang 15-20 buah kereta. 


Pihak perempuan mintak rombongan pihak lelaki terus ke surau berhampiran sebab majlis akad nikah akan dijalankan di surau tersebut.


Yang ni hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Simple je.
Beli yang dah siap punya kat Nilai 3.
Jimat wehhh kalau beli yang dah siap.
Kena gubah sikit-sikit je nak bagi nampak lagi menarik.


Antara tetamu yang datang.
Ramai lagi yang tak masuk dalam gambar ni. 


Pihak perempuan hantar karipap dan 2 jenis air untuk tetamu alas perut sementara menunggu pengantin perempuan bersiap.
"Nak karipap, bang? Nak berapa ringgit?"
Hahahah...


Pengantin lelaki ni tak nerveous langsung.
Suke lettew nak kawin.



Photographer tak diupah, Abang Yu.
Ate ada abang yang pandai amik gambor, kan.
Haruslah digunakan sebaik mungkin bakat ittew.


Pengantin perempuan dah sampai.
Simple je pakaian pengantin.
Kakak pengantin lelaki pulak yang over. Mihmihmih...

Adik ipar Kekna ni biasa-biasa je orangnya.
Tapi adik dia cun. Wahahaha...

Tapiiii, Amani ni pandai simpan duit.
Muda-muda pun dah ada rumah sebijik yang dia sewakan.
Pandai menjahit baju pulak tu.
Masak tu idok lerr pandai sangat tapi tak kekok la duk dapur.
Baik, cakap pun lembut je...
Memang berbeza sungguh dengan kakak ipar dia ni yang hohahoha sepanjang masa.


Tak nampak wajah nerbes langsung mamat ni.

Dia ada tanya Kekna,

"Kejap lagi nak lafaz cane eh?"

Kekna, "Mu lafaz kuat-kuat biar 1 surau dengar.."


Alhamdulillah, tepat pukul 10:40 pagi, Iwan dan Amani sah menjadi suami isteri dengan hanya 1 kali lafaz saje.

Iwan tanye,

"Ok tak aku lafaz tadi?"

Kekna: "Ok je. Kuat..."

Iwan: "Dah mu suruh aku lafaz kuat, aku buat laa..." 

Bagus...bagus. Mendengar kata Iwan ni.. Hahah


 

Tok kadi ni kelakar sangat ok.
Ada je benda lawak yang dia cakap.
Agaknya sebab dia ni kelakar kot buat Iwan tak nervous sangat.

Habis je akad nikah, kitorang semua duk lepak-lepak sementara menunggu pengantin tukar pakaian.
Lepas ni nak berarak pulak.

Tengah-tengah duk sembang dengan sedara-mara, Shahril cuit Kekna.

"Kak Ngah, jom amik gambar. Aku nak letak tangan aku atas kepala mu..."
 

Maka, terjadilah gambar ini.
Lawak tau masa ni.
Sedara mara gelak je.... Kekna dan Shahril pun gelak tak hingat jugak.
Bodo la berlakon macam ni. Hahahahah! 

Kekna letak gambar ni dalam wechat dan FB.
Kemain banyak Kekna dapat mesej dalam messenger dari kawan-kawan yang ucap Tahniah.
Hahaha...
Last-last Kekna explain balik bagitahu ni lakonan semata-mata.
Takkan la Kekna kawin pakai baju & tudung camtu?
Kalau Kekna kawin, mesti bling-bling kalah Che Ta tau!


Mommy, Shazrin dan Kekna...


Dah tiba masanya untuk berarak.
Panas oihh...
Masa ni make up Kekna dah cair dah.
Nak-nak bedak kat atas hidung. 








 Dah berarak, diorang bersanding pulak.
Sedara-mara yang dari tadi kelaparan, pergi serbu makanan dah.
Kesian betul.


Dah bersanding, pengantin duduk di meja makan beradap pulak.

Kekna dan Kak Long sama-sama turun nak pergi amik makanan kat meja buffet.
Baru je amik nasik, tibe-tiba terdengar nama kitorang kena panggil.

"Mek Ngah & Liza, pergi makan kat meja beradap."

Kekna dan Kak Long dah terpinga-pinga.
Why us??
Bukan ke mak bapak pengantin yang duduk kat meja beradap?

Mommy, "Mommy tengah makan ni. Korang berdua je wakil mommy & daddy."

???


Maka, duduk laa Kekna dan Kak Long di meja makan beradap.
Kak Ejam pun join sekali.
Makan siakap 3 rasa, udang sambal, daging masak hitam dan gulai kijang.
Sedap la pulak gulai kijang ni.
1st time Kekna makan. Dagingnye lembut jeee.


Adik Kekna dan sepupu, Alia Safiyya.
Anak sedara sulung Kekna pun nama Alia jugak.
Tapi Nur Alia Shahirah.
Ramai nau nama Alia ni...



Selamat pengantin baru, adikku Iwan dan pasangan, Amani.
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Tunggu entri resepsi belah kitorang pulak ye.....
Tak tahu la bila pulak Kekna akan menaip.
Al-maklum laa demam tak baik-baik lagi ni.
Tungguuuuuu....... 


No comments: