Thursday, September 29, 2016

Majlis sambut menantu

Salam readers...

17 September 2016 adalah majlis sambut menantu perkahwinan adik lelaki Kekna, Iwan.
Masing-masing bangun awal pagi tu.
Tugas Kekna adalah entertain tetamu yang datang awal pagi.

Actually daddy dah bagitau awal-awal yang kengkawan dia dari MajuIkan akan datang seawal jam 9:30 pagi.
So Kekna kena make sure yang Kekna bersiap sebelum pukul 9 so that tak kelam kabut jadinya.

Sedara mara sebelah mommy datang seawal jam 8 pagi untuk tolong macam-macam.
Nasib baik ada diorang.
Kalau tak, jenuh jugak nak buat sendiri.

Gambar kengkawan daddy yang datang pun Kekna takdan nak snap.
Even gambar buffet makanan pun Kekna tak snap jugak sebab phone Kekna serah kat anak-anak sedara untuk pegangkan.

Tengah-tengah duk melayan tetamu, Shazrin panggil Kekna untuk temankan dia ke Masjid Durian Burung.
Katanya Iwan & rombongan pihak perempuan dah ada kat masjid untuk bersiap.
So Kekna jadi wakil untuk sambut diorang kat sana.



Time ni actually Kekna dah start penat sebab ulang alik dari rumah ke masjid sebanyak 2 kali.

Iwan dah settle siap semua, dia balik semula ke rumah.
Tinggal Kekna dan Shazrin dan rombongan dari pihak perempuan.
Yela, pengantin perempuan baru nak make up kot.
Dekat sejam jugak menunggu dia settle make up.
Lepas tu barulah Kekna dan Shazrin mengetuai rombongan pihak perempuan untuk ke rumah kitorang kat Kampung Losong tu.

Communication is important ye untuk lancarkan perjalanan majlis!
Sepanjang masa Kekna communicate dengan Iwan supaya dia get ready menunggu bila kitorang dah on the way balik ke rumah.



Silakan bersalam dulu...


Kekna dan Shahril yang jadi pengapit untuk hari tu.
Nasib baik la cuaca elok.
Mendung-mendung sikit tapi tak hujan pun.



Pengantin bersanding sekali lagi atas pelamin.





Masa diorang duk amik gambar semua, Kekna dah sibuk kat luar rumah melayan rombongan pihak perempuan yang nak makan.



Daddy, mommy & sepupu daddy yang datang dari Singapore bergambar dengan pengantin.


Iwan amik nafas sekejap.
Penat lettew...


Cantiknya mommy kesayangan saya! :)


Banyak tul gambar bebudak ni dengan pengantin.
Tak adil wehh! T___T
Gambar Kekna memang tak banyak dengan pengantin sebab sibuk bebenor ke sana kemari.


Alia, Amani dan Rina.
Alia dan Rina tu kazen Kekna sebelah daddy.



Cantiknya adik ipar saya ni...


Akhirnya ada jugak gambar Kekna.
Itupun Kak Long yang panggil Kekna untuk bergambar.


Masa ni pengantin dah keluar kemana-mana dah.
So giliran kitorang pulak conquer pelamin. Heheh...


Anak-anak gadis dan mommy.
Gadis kew? Kertu dah semua ni... hihih..


Kekna dan kakak ipar, Kak Ejam.


Gambar ni pun kontroversi jugak.
Ramai yang ingat Kekna bertunang.
Hihihi... Kelakar betul diorang ni tau.
Apapun, doakan Kekna ye, korang. 
Doakan semoga 1 hari nanti Kekna akan bertemu dengan my real soulmate & berkahwin.
Amiinn...


Pengantin evergreen... hihi...


Ha, Kekna dah busy kat luar balik dah.
Tengok tudung kat bahagian dahi tu.
Dah serap peluh dah.

TQ Syu, Cik Ain (mak Syu) & Aqua (Adik Syu) sebab sudi datang dari jauh untuk memeriahkan majlis kami.
TQ jugak kat Eda dan Achik (mak Eda) sebab sudi datang jugak.
In sha ALLAH 1 fine day giliran kita pulak ye, alssahib!


Yeah, ALLAH swt is the best planner.




Kawan baik dari KL pun datang uolss!
Mimy Hamid in da houz.
Kemain vogue sejak-sejak dah kurus ni. Hihihi...


Dari kiri: Emma, Cik Rus, Kak Long, Ma (tauke Maimai Carpet kat K. Terengganu) & Cik Ton.
Cinonet kat bawah tu Fifi, Faris (si abang) & Afiq (yang paling kecik).
Faris & Afiq ni adalah anak Emma.
Emma pulak tengah mengandung anak ketiga sekarang ni.
Emma tu sebaya dengan Kekna.
Acaner ni?
Orang dah beranak pinak dah.
Kekna je yang masih terkontang-kanting.
Matik la iollss! T___T


Dari kiri : Cik Rus, Mommy, Ma dan Cik Ton.
Diorang ni semua adik beradik mommy.
Semuanya orang kuat disebalik majlis aritu.
Terima kasih yang terhingga buat semua.


Bukan ke gambar ni dah ada kat atas tadi?
Ter upload 2 kali pulakss...


Dari kiri: Mak Adang, Mak cik Mah, Mak cik jie & Pak Mie.
Diorang ni semua adik-beradik daddy.


Bergambar kenangan dengan sedara-mara pak arab sebelah daddy.
Datang dari Kota Bharu, Kelantan.
Jarang-jarang sekali dapat jumpa diorang.

Paling terharu, ada sepupu daddy yang dah lumpuh separuh badan sanggup datang untuk memeriahkan majlis kitorang.
Dia sampai je, terus daddy peluk kuat-kuat.
Kekna yang tengok pun menitik air mata.
Betapa kuatnya ikatan daddy dengan sepupu sepapat dia.


Mommy dah bersenang lenang duk dalam rumah.
Untung laaaa... Hahah...


Seee... kan dah cakap bebudak ni yang banyak bergambar dengan pengantin...
Tapi ehhh, bukan ke gambar ni pun ada kat atas dah tadi?
Hahahah...


Kemain diorang ni bergambar dengan ki diorang.


Aaaaa... suka sangat gambar ni.
Semua nampak anje-anje aje dengan ki diorang.


Shahril pun tak terkecuali amik gambar jugak.

Majlis tamat dalam pukul 5 petang macam tu.
Penat toksah cakap la...
Badan plak dah berlengas.

Kekna ingatkan habis majlis Kekna nak mandi & tukar pakaian sebelum sambung mengemas barang.
Tetibe semua plan cancel sebab Kekna dipaksa untuk ikut pengantin pergi photoshoot outdoor.
Hoiiii, kaki ni berjalan terseret-seret dah ni! T__T

Gambar outdoor tu nanti Kekna share kat entri lain ye.


Gambar paling mahal.
Kurangjaq punya Iwan amik gambar curi.

Masa ni Kekna dah terbongkang tido tak sedar diri dah sebab terlalu penat.
Asalnya Kekna just baring ke atas kerusi ni.
Ntah bila Kekna terlelap pun tatau la.
Orang buat majlis bukak hadiah pun Kekna tak sedar.
Huhuhu....

Oleh kerana terlalu penat, keesokkan harinya Kekna demam tonsil siap pakej batuk & selsema lagi.
Terus terlantar sepanjang masa.
Huhuhu...

Apapun, alhamdulillah majlis dah settle dengan jayanya.
Maafkan kami andai terkurang sana sini.
Sesungguhnya kami cuba untuk buat yang terbaik untuk semua tetamu yang datang.
Terima kasih kerana sudi datang memeriahkan majlis kami.
:)

Saksikanlah video daddy & Ayah Long (abang Daddy yang juga seorang penyanyi negeri Terengganu) untuk tatapan korang.
Hari tu geng veteran je yang conquer mic.
Kekna panggil geng Klasik Nasional.
Hihihi...

video


p/s: kenapa takde gambar Shazrin langsung ni?? T___T

1 comment:

Reena Kamarudin said...

awak,dapat rasakan betapa penatnya awak sebab saya pun pernah mengalaminya masa kawen adik perempuan saya. ya tuhan penatnya hanya DIA je yang tau. esoknya terus demam huhu. tapi tu la, sebab kita sayang adik kita kan, sehabis baik kita serahkan segala tenaga untuk bagi majlis lancar.

tahniah dapat adik ipo. hehe.