Tuesday, September 27, 2016

Persiapan sempena Majlis Sambut Menantu

Salam readers...

Banyak oihh masalah menjelang majlis sambut menantu ni.
Sakit hati, marah, campur pulak dengan penat melampau.

Kesahnya bila dah settle majlis akad nikah dan bersanding kat pihak perempuan, kami semua pun balik ke Kuala Terengganu semula.
Terima kasih banyak-banyak kat sedara-mara yang sudi datang ke majlis akad nikah adik saya.

Sebelum balik ke K.T, pihak perempuan ada bagi 2 plastik besar goodies yang diorang tak sempat nak bagi kat rombongan kitorang.
Kirenya diorang mintak tolong kitorang distribute sendiri goodies tu.
Daddy okay je.
Kekna ingatkan Kekna nak lepas tangan je sebab plan balik kampung nak rehat 2-3 hari cukuplah.

Tapiiiii, memang tak laaaa nak rehat.
Kekna rehat je, mami potpetpotpet membebel.
Pagi-pagi Kekna bangun pukul 8:30 - 9:00 pagi.
Mami pulak pukul 8:30 tu dah start duk kat dapur untuk siapkan makan tengahari.
Makan tengahari uolss!!!
Bukannya makan pagi.
Pastu dia bising la sebab anak-anak dia tak tolong dia kat dapur.

Kak Long pulak bangun awal.
Tapi setiap pagi dia akan keluar pergi pasar atau jalan-jalan kat kampung untuk cari breakfast.
By the time dia balik rumah, mami dah siap masak dah.
Memang mendatangkan kemarahan laa makcik tu.

Kot ye pun nak masak untuk tengahari, masuk dapur lewat sikit laa...
Dah berbuih dah Kekna bagitahu, tapi dia berdegil jugak nak masak pepagi buta tu.
Macam tak dan-dan.
Padahal masak untuk 10-12 orang je pun.
Masuk dapur pukul 11:30 pun masih sempat siapkan makanan sebelum pukul 1 tengahari.
Mami oh mamiiii.!
T__T

Pasal goodies, Kekna, Kak Long dan daddy yang tolong distribute kan kat sedara mara yang datang masa majlis akad nikah aritu.
Penat jugak turun naik rumah orang.
Tapi seronok sebab boleh sembang-sembang dengan sepupu-sepapat.
Hihii...

Masa raya haji aritu, mami suggest untuk tempahkan cupcakes untuk berbalas dengan pihak perempuan time majlis sambut menantu nanti.
Maka, bertungkus-lumuslah Kekna dan Kak Long cari kedai kek.
Tapi susah tau kalau balik Terengganu time raya ni.
Banyak kedai yang tutup.
Kedai makan pun susah nak cari yang bukak.
Semua tutup.
Masing-maisng sibuk beraya kan....

Kekna dapat idea untuk contact pembuat kek kat area kampung Kekna.
Kedai dia tutup tapi Kekna hantar whatsapp kat dia.
Nasib baik dia balas & terima tempahan dari Kekna.
Dah settle masalah cupcakes.
Alhamdulillah....


Pagi hari Khamis, tukang pasang pelamin datang untuk pasang pelamin kat rumah.

Yang ni pun ada isu tapi Kekna buat-buat tak amik tahu sebab sakit hati.
Huhu...
Isunya mami berdegil suruh buat pelamin kat porch kereta.
Kitorang adik-beradik sorang pun tak setuju dengan cadangan mami tu tapi masing-masing diamkan diri je.
Iwan sendiri pun dah pernah bertekak dengan mami pasal benda ni, so Abang Yu dah pesan awal-awal supaya tak sorang pun bukak mulut pasal hal pelamin ni.
Alasan mami, nanti susah nak alihkan perabot banyak.

Ok fine!

Tukang pasang pelamin tu datang dalam pukul 11 lebih pagi macam tu.
Kak Long dah menggelabah dah siap tercari-cari Kekna yang masa tu tengah siap-siap nak pergi mandi.

Kak long:

"Angah, cane ni? Kak Long tak reti dah nak buat cemana..."

Kekna:

"Ntah. Tak tahu. Malas nak amik tahu...."

Kak Long:

"Aduh, pening la Kak Long. Susah betul kalau macam ni..."

Kekna berlalu pergi mandi.

Settle mandi, Kekna rasa pelik sebab dengar macam bunyi kerusi terseret.
Kekna intai kat ruang tamu.
Tengok-tengok Kak Long dan mami duk sibuk alihkan perabot kat ruang tamu.
Tukang pasang pelamin pulak tengah sibuk pasang pelamin kat ruang tamu tu.

Kebetulan anak sedara Kekna, Alia masuk kat dalam bilik.

Kekna:

"Kenapa tetibe pasang pelamin dalam rumah pulak?"

Alia:

"Tukang tu cakap tak muat nak letak pelamin kat porch..."

Kekna cepat-cepat pakai baju sebab nak tolong yang lain alihkan perabot.
Sambil alihkan perabot, mami duk mengomel.

"Pilih pelamin besar tuuuu!!"

Mami ku oh mami ku.....
Kenapa laa haiii... hmmm...

Kitorang adik beradik duk pandang sesama sendiri je.
Biarkan mami membebel sorang-sorang.
Aduh kelakar pulak bila Kekna ingat balik.
Tak tahu la kenapa mami suka sangat membebel lately.
Of course bebelan ni yang akan Kekna rindu satu hari nanti. Hihihi...


Ta daaaaa.... pelamin dah siap!
Simple tapi elegant.
Semua yang datang puji pelamin ni tau.


Masa ni Abang Yu mintak Kekna duk atas pelamin sebab dia nak cari angle yang sesuai untuk ambil gambar pengantin nanti.

Petang hari Jumaat iaitu sehari sebelum majlis, ramai sedara yang datang untuk menolong.
Tapi sebenarnya takde ape sangat yang diorang boleh tolong pun sebab hampir semua benda dah settle.
Family Kekna ni ramai.
So masing-masing pandai mainkan peranan.



Geng-geng lelaki dan cucunda duk menunggu ketibaan kerusi dan meja...


Khemah pun dah siap dipasang.


Ezad Lazim.


 Anak-anak dara sibuk buat signage.

Petang hari Jumaat ni memang horror sikit bagi Kekna.
Maunya tak horror, sekejap orang sini panggil Kekna.
Sekejap orang sana panggil Kekna.
Kekna bergerak ke sana-sini sampaikan kaki ni rasa macam nak patah pun ada.

Bab pasang bunga manggar pun suruh Kekna uolss!
Korang bayangkan la.
Tatau la nak gelak ke nak nangis. Huhuhu...

Tapi demi majlis adik, Kekna sanggup buat apa saja.


Malam selepas waktu Maghrib, kami yang pompuan ni sibuk duk masukkan telur dalam karung bunga telur.
Telur tu kitorang rebus sendiri.
Takde upah-upah orang lain pun.
Lagipun sikit je bunga telur ni.
Tak sampai sejam, dah siap semuanya.


Abang Yu pun sibuk vacuum rumah.
Bila semua orang bekerjasama macam ni, semua kerja pun akan jadi mudah.

Eh, kerja Kekna bukan setakat petang aje okeh.
Kekna kena in-charge pulak bab photobooth.
Kena tengok betul ke tak design photobooth yang dipilih.
Photobooth ni adik bongsu Kekna yang sponsor.
RM200 je okeh.


Segala props kiri kanan dan bunga kecik-kecik kitorang letak kat dalam rumah dulu.
Takut hilang pulak.
Tempat letak photobooth ni la yang mami suggest letak pelamin tu....
Kecik je kan ruang dia....
Mami ingat anak dia tempah mini pelamin agaknyeeee...

Dah settle bab photobooth, Iwan ajak Kekna pegi ke Giant pulak untuk beli barang-barang yang tak cukup.
Bayangkanlah hari Jumaat tu Kekna last makan pukul 2:30 petang.
Pastu, busy punya pasal sampai tak sempat nak makan minum dah lepas tu.

Pergi Giant bukannya sekejap.
Cari barang itu ini, last-last pukul 11 baru kitorang nak balik.
Iwan kesian tengok Kekna dah kelaparan, dia belanja makan McD kat area Giant tu.

Tapi memang Kekna lapar dan penat gile.
Balik rumah, tengok-tengok tak settle lagi kerja.
Kekna tolong team lelaki susun kerusi.


video

Iwan bergurau dengan anak-anak sedara.
Salah sorang akan dapat 1 telur mentah dan sesape yang dapat telur mentah tu diwajibkan menyanyi di hari majlis esok.
Hihihihi...




No comments: