Saturday, September 24, 2016

Sembang Sabtu

Salam readers...

Holaa... holla... holla...!
Kekna baru je sudah masak untuk makan tengahari.
Idok la masak apapun.
Kekna buat ayam masak kicap, ikan goreng dengan telur dadar je.
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.
Hihihi...

Apa khabar korang semua?
Sihat ke?
Kekna dah beransur sihat tapi batuk dan selsema tu masih ada sikit-sikit.
Bangun pagi macam biasa tekak sakit berkahak.
Takpe... In sha ALLAH dalam masa terdekat ni Kekna akan sihat macam biasa.

Hari ni Kekna plan duduk rumah aje.
Takde nak kemana-mana pun.
Yela, ate tak sihat kan?
Plan nak keluar jenjalan tu kena tangguhkan dulu.
Nanti bila dah sihat, baru fikir balik.

Korang ke mana je hari ni?
Mesti keluar jalan-jalan dengan keluarga/ boyfriend/ girlfriend kan?
Untung laaa... hihihi...
Luangkan masa yang ada dengan orang yang tersayang.
Yela, hari biasa kita dah sibuk bekerja.
Weekend macam ni la kita nak beriadah dengan orang yang tercinta, kan?

Kekna sebenarnya nak update pasal kenduri kahwin tu tapi malas pulak nak edit gambar letak watermark bagai.
Huhu...
Tunggulah bila Kekna rajin, baru Kekna up cerita tu ye.
Banyak nak kongsi ni...

Nak pi tengok citer hindustan kejap.
Citer ape ntah tv3 tayang hari ni. Hihi...
 

No comments: