Thursday, September 1, 2016

Teaming with Passion (TWP) Training @ TMCC

Salam readers...
 
24-25 Ogos baru-baru ni Kekna attend satu training yang dipanggil Teaming With Passion yang diadakan di Office Space, TMCC.
Sebelah ofis Kekna je training ni.
Sehari sebelum pergi Kekna dah bagitahu bos dan training coordinator so that diorang tak tercari-cari pulak Kekna nanti.
Tapi kalau diorang cari pun, Kekna boleh je masuk ofis sekejap sebab ate tempat training ni duk sebelah ofis Kekna je.
Apedehal kan?

Bagus jugak Kekna attend training ni sebab naikkan semangat untuk bagi yang terbaik untuk company.
Kekna rasa semua level staff kena attend training macam ni sebab dia macam pupuk semangat teamwork, bersatu dan brainwash participants untuk bekerja kuat untuk company.
Yela, kadang-kadang staff cuba untuk bagi yang terbaik tapi environment sekeliling yang tak mengizinkan.
Contohnya, kalau si A bekerja keras untuk company tapi ada pulak si B yang suka menjatuhkan si A.
Banyak manapun si A tu pergi training atau sekuat mana pun si A tu buat yang terbaik, takkan beri apa-apa kesan jika si B masih dengan sikap menjatuhkan si A.
So, si B pun sepatutnya perlu di train dan berubah.
Kekna bagi contoh aje la ye... Jangan pulak ada pihak yang terasa.

Tapi macam Kekna cakap tadi la.
Training ni bagus laa...
Tak bosan, tak buat participants mengantuk, pupuk semangat teamwork dan buat yang terbaik untuk team.
Plus training ni ajar dan galakkan kita untuk berfikir diluar kotak.
Memang sangat best.
Enjoy.

Tambah pulak participants kali ni semuanya jenis sporting dan gila-gila.
Lagi la buat training kali ni best.


Kekna dan Wanie.


Kekna dan Kak Era.
Tak sangka pulak kak era pun join TWP kali ni. 

Hari training tu Kekna dan Wanie datang awal.
Masuk je dalam dewan, Kekna daftar diri dulu.
Lepas tu pilih nak duduk group mana.
Group yang ada masa tu 5 je.
Group Orange, Purple, Silver, Biru dan Hijau.
Masa tu semua meja dah ada orang kecuali group Biru dan Hijau.
Tapi Kekna dan Wanie pilih untuk duduk kat group Hijau sebab meja hijau duk depan.

Tak lama lepas tu, ada 2-3 orang yang datang duduk kat meja hijau.
Tup-tup penuh meja tu 10 orang.


 Ni ahli group hijau.
Tak cukup korum nih....


Ha, yang ni baru cukup 10 orang.


Masa training tu ada a few participants yang cakap kat Kekna,

"Eh, saya macam pernah nampak awak la. Tapi tak ingat kat mana..."

Kekna krikkrikkrik je laa...
Sebab memang tatau apa-apa pun kan.
Entah-entah terjumpa kat ofis ke, ataupun jumpa masa shopping kat bawah ofis ke...
Manalah tahu kan.

Tup-tup,

"Ha, memang la pernah nampak. Awak yang dalam video kat lif tu kan?"

Laaa... kat situ rupanya!

Awal tahun aritu memang Kekna ada masuk dalam video sempena Hari Intergriti TM.
Memang terpampang la muka Kekna kat skrin lif tu sebab lif tayang video tu. 
Part lain dia tak tayang tau... Part ada muka Kekna sebesor-besor alam tu yang duk ulang tayang.
Memang la orang cam Kekna.
Adehhh...
Malu toksah cakap la..
Kekna join video tu pun secara paksa rela ok.


Perempuan yang pakai tudung light pink kat sebelah Kekna tu la 'Angel' kitorang.
Baik gile ohhh dia!!!
Kekna suka sangat kat dia.

2 hari bertraining, Kekna kenal raaamaiiii orang dari pelbagai unit.
So, secara tak langsung networking Kekna bertambah la...


Kemain group hijo... suka nau bergambar.





Ini la participants TWP kali ni. 
Sporting dan sangat best!



video

Boomerang dari kami...

video

Owh... lupa nak bagitahu, hari kedua training kitorang diwajibkan untuk buat flashmob kat lobby Menara TM.
Dah masuk dalam youtube pun video tu.
Boleh klik [disini]

No comments: