Tuesday, October 25, 2016

Dari dapur Diana & resipi-resipi mudah

Salam readers...

Rasanya ramai yang tak tahu bila Kekna start belajar memasak.
Terus-terang Kekna cakap, 1st time Kekna masak adalah masa Kekna umur 15 tahun.
Itupun just goreng telur dadar.
Selain dari tu, memang tak pernah masak pun.
Masak maggi pun tak, okay.

Pastu masa masuk kolej, Kekna jeles sangat tengok kawan-kawan Kekna semua jenis pandai masak.
Malu ohhh...
Yela, cengkih buah pelaga tu semua manalah Kekna tahu beza.
Yang Kekna tahu, makannn je...

Tapi atas faktor umur la kot, Kekna suka tengok rancangan-rancangan masak, belek buku resipi.
Tapi takdenya nak try buat.
Hahaha...
Dasar pemalas kan. :p
Yela, duk kat kolej kot masa tu.
Hari-hari makan kat kantin kampus, kekadang beli kat kedai-kedai makan yang dekat dengan rumah.
Takde rajinnya nak masak. 

2nd time Kekna masak adalah nasi tomato.
Kekna pernah masakkan nasi tomato untuk BF masa habis kolej dulu.
Masa tu Kekna baru je start kerja dengan aunty Kekna kat Maimai Carpet, Pasir Panjang.
Umur 21 kalau tak silap.
Mamat ni baikkkk sangat.
Sayang betul dia dengan Kekna.
Masa reunion sekolah menengah, Kekna pernah bawa dia join sekali kenalkan kat kawan-kawan.
Masa tu dia student UTeM. Amik mec. engineering.
Pernah laa kitorang keluar pergi funfair sama-sama.
Kekna enjoy la masa dengan dia sebab dia protective jugak. 
Ada 1 hari tu Kekna sakit perut sangat-sangat masa tengah kerja.
Dia pulak tengah buat part time kat stesen minyak sebab masa tu dia cuti semester.
Bila Kekna mengadu kat dia yang Kekna sakit perut, terus dia datang kat Kekna semata-mata nak hantar Kekna pergi klinik.
Dia tinggalkan kerja dia macam tu je.
Tapi yela, Kekna kan tak suka pergi klinik.
Dia keluar balik & pergi kedai runcit untuk belikan pil chi ki teck aun.
Dia paksa weehhh Kekna makan.
Kekna pulak suruh dia balik sebab tak sedap pulak kannn nanti kalau kazen-kazen Kekna nampak dia.
Dah la masa tu aunty Kekna takde.
Sebab tu bila dia request Kekna masak, Kekna try buat nasi tomato.
Nasib baik la menjadi nasi tomato Kekna.

Tapiiii bodohnya Kekna mintak putus dengan dia dulu.
Sebabnya bila dia cuti sem, dia mesti nak datang jumpa Kekna.
Tak kisah laa kan pasal tu tapi dia nak ajak keluar dengan moto.
Kekna ni bukannya poyo ke ape tapi Kekna takut naik moto sebenarnya.
Dah la mami tak bagi Kekna naik moto dengan sesiapa kecuali adik beradik.

Rasa bersalah sangat dengan dia.
Kekna putus dengan dia macam tu je.
Rasanya sekarang dia dah kahwin dengan doktor.
Dia pun dah jadi engineer kat Petronas Kerteh tuu...
Ha, kan dah nyesal tak sudah. 
Maafkan saya, Mr. K.
T___T

Eh, dah lari topik pulak dah... Huhuhu...
Tu 1st and last Kekna masak nasi tomato.
Lepas pada tu tak masak-masak dah.

Sampailah Kekna datang kerja kat KL.
Masa ni dah kena hidup berdikari.
Hari minggu kedai tak bukak, so Kekna kena masak.
Dah namanya tak pandai masak, tergagau-gagau jugak la nak beli bahan-bahan masak.
Last-last Kekna makan maggi je.
Huhuhu...

Tapi tu la, hari-hari muak jugak kan makan maggi.
Lagipun tak sihat asik makan maggi aje.
So, Kekna start belajar masak betul-betul.
Lauk pertama yang Kekna masak is telur masak tomato.
Uihh, dah pandai masak tu, tiap-tiap minggu Kekna masak tu je.
Lepas tu try buat mee goreng pulak.
Hahaha... Umur dah 20-an baru nak belajar masak mee goreng.
Pastu masak sardin, kueh teow....

Pastu try baking pulak.
Banyak jugak yang Kekna pernah buat.
Kek, pavlova, kuih semperit etc.
Seronok baking sebab boleh deko comel-comel kan...

Then sekarang ni Kekna kembali belajar masak masakan harian.
Sekejap buat lauk tu, sekejap buat lauk ni...
Kengkonon persediaan untuk masa depan.
Kot la nanti dah kahwin, hari-hari pun boleh masak untuk laki.
Wahhhh, rajin ke tak tu? Hahaha...

Ni Kekna nak share masakan yang Kekna masak sepanjang minggu ni dan minggu lepas.
Kekna tak suka masakan yang rumit-rumit. Leceh....
Kekadang tu Kekna derhaka sikit dengan resipi asal.
Tapi as long as masakan tu sedap, then kenapa nak dikisahkan sangat kalau bahan-bahan cukup ke tak, kan?


Kekna masak ni time Kekna demam aritu.
Sup ayam, ikan goreng dan telur dadar.
Geng avengers Kekna cakap menu Kekna membosankan sebab wajib ada telur dadar.
-___-

Sape-sape yang tak reti buat sup nanti Kekna ketuk kepala dia...
Benda paling senang kotttt... 
Eh, nak resipi sup ayam jugak?
Ok-ok, meh Kekna ajar. 

Tumis bawang putih (dimayang), dengan bawang besar (dipotong 4) dengan sedikit minyak.
Lepas tu masukkan air dan sup bunjut.
Letak ayam, kentang dan sayur yang keras contohnya batang sawi & carrot.
Oh, letak sekali cili hidup kalau nak rasa pedas.
Agak-agak ayam dah masuk, kentang dah empuk, air dah mendidih, masukkan garam, gula, ajinomoto.
Dah cukup rasa, hidang la...
Nak cantik, tabur la bawang goreng & daun sup kat atas sup ni...
Dap dapp dappp...


Hak ni Kekna buat untuk minum petang.
Waffle tu beli je kat kedai runcit.
Panaskan balik dalam microwave, lepas tu letak aiskrim dan nutella.
Sedap makan ni time cuaca panas.
Sejuk je rasa tekak. Hhihihi...


Yang ni namanya menu perabihkan lauk.
Seafood kan tak best simpan lama-lama.
Nanti dah tak segar.
So, Kekna decided untuk buat masak lemak ketam, udang goreng tepung dan ikan goreng.
Perabihkan lauk yang ada dalam peti ais tu...

Udang goreng tepung tu senang je.
Guna je tepung serbaguna Gogi.
Tepung ni takyah tambah garam dah sebab dia memang sedap.
Just gaulkan tepung dengan air yang secukupnya aje, lepas tu masukkan udang/sotong/ikan...
Goreng dalam minyak yang panas.
Sedap makan macam tu aje tau.

Masak lemak tu pun senang.
Kekna blend je bawang merah, kunyit, cili giling, santan dan paling penting cili padi hijau (ikut kepedasan yang anda suke). 
Pastu panaskan minyak, tumis bahan blend tadi...
Kena kacau je tau. Jangan dibiarkan.
Masukkan serai dan ketam/ayam.
Masukkan sekali daun kunyit yang dihiris.
Letak garam, gula, ajinomoto sesedap rasa.
Tunggu ketam/ayam dah masak, hidangkan....
Sonang yo...


Minggu lepas hari khamis, tetibe je tekak nak makan nasi lemak air tangan sendiri.
Balik kerja je, terus zassss masuk dapur.
Sap sap soi je siap nasi lemak pink malam keliwon Kekna.
Malam keliwon la sebab malam Jumaat kan... Hihihi...

Actually kesedapan nasi lemak ni bergantung jugak pada kesedapan sambal dia tau.
Ni Kekna nak share resipi sambal sedap kakak ipar Kekna.
Sambal kakak ipar Kekna sedap tau.

Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dikisar.
Tumis sampai naik bau.
Then masukkan cili giling. Tumis sampai naik minyak.
Masukkan air sikit untuk elakkan sambal terlalu kering.
Kakak ipar Kekna masak sambal nasi lemak ni lama tau. 
Dalam sejam macam tu. So, sambal tu akan jadi tahan lama.
Sementara tu, masukkan gula melaka.
Tunggu sampai air sambal dah kering. Then masukkan garam & ajinomoto.
Masukkan jugak air asam jawa. Sikitttt je tau.
Oh, lupa. Masa menumis tu, letak sekali 2 helai daun pandan yang disimpul ketat ye.
Sambal akan jadi wangi.
Letak lagi air supaya sambal tak kering sangat.
Tunggu sampai sambal menggelegak, keluar buih blup blupp tu, then angkat.

Dalam gambar kat atas ni, sambal Kekna terhangit sikit sebenarnya sebab sambil main hp.
Tu la, tak fokus kan......


Ni pun salah satu kuah kegemaran Kekna.
Tumis santan ayam.
 Yang ni simple nau-nau!

Tumis bawang merah yang dikisar halus.
Masukkan sedikit cili giling.
Tumis sampai naik minyak, then masukkan ayam.
Agak-agak ayam dah separuh masak, barulah masukkan santan & sedikit air.
Kacau.
Then masukkan serai dan air asam jawa sikit..
Jangan lupa masukkan garam, gula dan ajinomoto jugak.
Kacau sampai kuah menggelegak dan ayam masak.
Then hidangkan...

Kacang je...!
 

Yang ni menu weekend baru-baru ni.
1st time buat ayam masak kurma tanpa santan.
Menjadi beb!
Sedap lak tu.....
Hahaha, matik la puji masakan sendiri...

Resipi ayam masak kurma tanpa santan:-

Tumis bawang besar, halia dan bawang putih yang dikisar halus.
Lepas tu masukkan ayam.
Kacau hingga ayam jadi separuh masak.
Then masukkan air.
Agak-agak air dan menggelegak, masukkan pes kurma ayam/daging.
Kacau sebati dan masukkan kentang dan bawang merah yang dipotong 4 dan cili merah.
Bila kuah dah menggelegak, masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
Siap!

Takyah pelaga, cengkih, kulit kayu manis bagai.
Masak macam ni pun dah sedap.
Kalau nak masukkan asam jawa sikit pun boleh.
Nak pedas, masukkan cili hidup sebiji dua.
Tu je.


Ini dipanggil menu dikala kemalasan melanda.
Buat nasi goreng je.

 Actually Kekna tak pandai buat nasi goreng.
Bila buat je, mesti tak jadi.
Tapi lately ni dah banyak kali Kekna buat nasi goreng, rasa macam sedap pulak.

Resipi Kekna simple je.

Tumis bawang putih yang ditumbuk halus, bawang besar yang dikisar dan cili padi hijau yang ditumbuk halus.
Masak sampai naik bau.
Then masukkan sayur-mayur yang bersifat keras macam batang sawi, carrot , dan juga masukkan isi ayam yang dipotong dadu.
Masak sekejap, then masukkan garam, ajinomoto dan serbuk ikan bilis knorr.
Gaul sekejap, lepas tu masukkan nasi yang dah dimasak (nasi tu mesti bersuhu bilik ye... kalau nasi panas, nanti nasi goreng jadi lembik/ benyekk. so tak sedap).
Gaulkan nasi tu sekata sampai terkena semua bahan yang ditumis tadi.
Agak-agak dah sebati semua, barulah masukkan sayur berdaun.
Buat lubang ditengah-tengah nasi tu, pecahkan telur kat tengah-tengah lubang tu.
Agak-agak telur dah masak sikit, kacau telur tu sampai hancur.
Gaulkan sekejap, then hidang.

Nyumss.....
 

Ahad baru-baru ni, Kekna check roti gardenia yang Kekna beli kat kedai runict bawah ofis.
Tengok-tengok dah nak expired.
So untuk mengelakkan pembaziran, Kekna buat french toast.
Makan time panas-panas sambil tengok movie hindustan kat laptop.
Wahhhh, heaven sungguh!


Roti yang selebihnya, Kekna buat aiskrim goreng.
Dah la nau tak buat aiskrim goreng.
Tuuu, Kekna dah letak dalam fridge dah.
Petang ni lepas balik kerja bolehlah goreng.
Makan ramai-ramai dengan housemates.
 Hihihi...

Amacam?
Senang-senang tak resipi Kekna?
Kalau senang, bolehlah cuba ye....
 

 

1 comment:

Liyana said...

rajin nya kekna! :)
daku skrg masak ikut selera anak2 dan bapak, selera mak asal konyang je, hihi