Monday, October 17, 2016

Geng Avengers lunch @ Secret Recipe

Salam readers...

Lately ni kerap nau geng avengers berjumpa. 
Jumpa time lunch la maksudnya...
Kalau nak jumpa time weken, masing-masing sibuk dengan hal sendiri je.

Ikutkan kitorang takde la keluar lunch jauh-jauh pun.
Kalau time busy, kitorang makan kat kawasan sekitar ofis je.
Akhir bulan lepas kitorang pergi makan kat Secret Recipe kat bawah ofis kitorang ni.

Kalau nak makan kat sini kena datang awal.
Kalau datang ngam ngam time lunch hour, memang berjanggut tunggu makan sampai.
SR kat sini memang servis dia lembsss sikit.
Tak cukup staff, mungkin.

Kekna kalau nak lunch kat sini memang akan booking siap-siap meja.
Senang.
Nanti takde la tertunggu-tunggu meja kosong.


Farid fredo, Kekna chipsmore, Leen bulbasaur, Ekin snorlex...
Hahahah...


Paling geram dengan bebudak ni sebab diorang mesti akan tanya,

"Exclusive pe citer?"
"Kekna dengan siapa sekarang?"

Amboi...amboiii..amboiii uollsss!
Macam la iolss ni suka bertukar pasangan kan.... -___-

Well, as for now Kekna tak yakin dengan mana-mana lelaki yang Kekna kenal sekarang.
Kekna tak yakin yang lelaki-lelaki itu boleh commit dengan Kekna sorang.
Wahh lelaki lelaki??

A'ah uolss...
Kekna tak tipu.
Kekna kenal dengan 2-3 lelaki sekarang tapi tak harap apa-apa laa...
Sebab Kekna tak nampak effort bersungguh diorang.

Well, setakat main ayat-ayat tebu dibibir itu, Kekna tak hadap pun.
Kekna bukannya bebudak baru nak up yang boleh cair dengan kata-kata manis lelaki.
Takyah tabur ayat manis, takyah tabur duit, takyah buat ayat pickup line bagai.
Kekna tak pandang semua tu.
Kalau lelaki tu tunjukkan effort yang dia memang betul-betul nakkan Kekna, then barulah Kekna akan setia kat dia sorang.
Masa tu Kekna akan buang mana-mana yang tak diperlukan.

That's me now.
Laki orang, tunang orang, boifren orang is a BIG NO.
Kekna tak nak kacau hak orang.
Kekna taknak jadi BITCHY yang selfish.
Berlambak lagi lelaki teruna sado gagah perkasa yang hot hot kat luar sana.


Contohnya mamat kat atas ni haaa...
Teruna, sado, perut muncit, senyum manis, berkulit hitam itu menawan....
Ape lagi yang korang nak?
PM Kekna sekarang untuk berkenalan dengan dia ye....
Hahahahah... :p


Oh, yang lelaki pulak silalah grab minah bertudung kelabu tu...
Putih ala-ala minah K-pop, hati suci tulus murni, rajin mengemas rumah bila mak dia takde kat rumah, cakap punnn alahaiiiiii macam perempuan Melayu terakhir laaa...
Nak berkenalan dengan dia, PM Kekna jugak... 
Hahahhaa...

Yang tudung pink tu, not available dah.
Bini orang takkan la korang nak kacau jugak kan?
Kang ada jugak yang kena kamekameha dari laki dia kangg....
Hahahah...

Matiklah Kekna duk kenakan diorang.
Confirm lepas ni Kekna jadi bahan kutukan pulaksss...

:p

Ok, habis citer pasal avengers.
Tengahari Kekna makan kat Secret Recipe.
Balik kerja, Kekna balik sendiri naik LRT.
Lagipun Kekna balik lewat.

Time naik LRT tu tetibe fikiran duk teringat kat Subway.
Teringin pulak nak makan Subway Melt.
So, Kekna singgah Subway kat KL Sentral.
Tapau je sebab malas nak makan kat situ.

Tak tahu kenapa on that day Kekna rasa macam nak bawa diri.
Macam tak nak balik rumah dulu.
Then, Kekna jalan sensorang kat KL Sentral sampailah NU Sentral.
Masuk kedai tu, masuk kedai ni.... Tup-tup tersinggah pulak kat The Manhattan Fish Market.
Tengok kedai ni takde orang, so Kekna duduk ajelah dan order makanan.
Kekna pun rasa pelik. Hari tu Kekna memang ikut kata hati je...
Tak fikir apa-apa dah. 


Hantar gambar ni kat #exclusive.
Dia macam tak senang jugak la bila dapat tahu Kekna makan sorang-sorang.
Kekna bagitahu dia yang Kekna ok je.
No need to worry pun sebab lepas makan je memang Kekna akan balik rumah terus.
Takde dah nak melencong kemana-mana.

Kekna makan Small Flame.
Favorite Kekna setiap kali datang The Manhattan Fish Market.
Sedapp..
Actually Kekna dah kenyang time ni tapi tak sangka pulak Kekna boleh habiskan small flame ni.
Memang perut DBKL sungguh ni... ^__^

Luckily Kekna balik awal sebab lepas Isyak je #exclusive mesej tanya Kekna kat mana.
Kalaulah time tu Kekna kat luar lagi, confirm dah kena dah dengan dia ni.
Nasib baik dah ada kat rumah.
Masa tu Kekna tengah layan movie online.


Phewwww....
Selamatttt....
Siap kena attach gambar duk depan laptop ok.
Takutnyee laaa kalau dia tak caye.
Hukhuk....

Well, kalau orang betul-betul kenal Kekna, memang orang akan tahu Kekna tak suke menipu.
Kekna tak nak kumpul dosa kering.
Dosa lain dah berlambak dah, takkan nak tambah dosa dengan menipu jugak?
Berterus-terang dan bercakap jujur itu lebih baik daripada menipu.
Biar pahit kenyataan kerana berterus-terang tetapi jangan manis kehidupan hakikatnya ditipu.

Kot kalau kebetulan masa dia mesej tu Kekna still kat luar, Kekna bagitahu je.
Dia nak bising pun, takpelah.
Sekejap aje pun marahnya.
Takdelah sampai berhari-hari.
Biarlah dia marah sekejap kalau nak bandingkan if kite menipu, dosa tu kita bawak sampai bila-bila tau....
So, pesan Kekna, jangan menipu ok.

No comments: