Tuesday, October 11, 2016

Sepanjang balik kampung 10 Sept - 19 Sept 2016

Salam readers...

Ha, Kekna ke udara lagi.
Actually entri ni Kekna scheduled kan sama macam entri semalam.
Entri ni Kekna taip hari Isnin pukul 3 pagi.
Alang-alang takleh tido ni, baik la Kekna taip blog. Hihii...

Ok, Kekna nak kongsi sikit la cerita sepanjang Kekna balik kampung hari tu.
Ada banyak jugak gambar yang Kekna amik, so haruslah up dalam blog kan?


 Kekna suka balik kampung sebab makanan kat sana memang heaven!
Keropok lekor dan pisang goreng adalah makanan wajib setiap petang ok.
Maunya Kekna tak gemuk kalau balik kampung seminggu.

Keropok lekor ni Kekna beli kat gerai dekat dengan rumah Kekna.
Dah lama sangat dah Kekna tak beli keropok lekor dekat dengan perkampungan Losong yang ada gerai keropok lekor banyak-banyak tu.
Sebabnya keropok lekor dekat dengan rumah Kekna ni sedap sangat-sangat!
Fresh, lembut, rasa isi ikan dan air lada dia pun best.
Keropok lekor dia pulak sentiasa lembut walaupun dah sejuk.

Pisang goreng tu pulak beli kat gerai sebelah kedai keropok lekor ni.
Pisang goreng dia.. perghhhhhh... marveles!
Murah dan sedap!
Kalau kat KL, beli pisang goreng RM2 makan sorang je.
Kalau kat K. Terengganu, pisang goreng RM2 boleh makan 1 family uolss!


 Hari raya Haji dah tiba. Kekna duk la sibuk hantar goodies pihak adik ipar Kekna kat semua family sebelah daddy dan mommy.
Masa ni Kekna pergi berempat sebenarnya.
Kekna, daddy, Kak Long dan Fifi.
Punyalah penat dari satu rumah ke satu rumah sedara-mara Kekna hantar goodies tu.


Yang ni Hari raya Haji kedua.
Kekna keluar dengan mommy dan daddy.
Plan asal nak makan kat KFC sebab daddy teringin nak makan.
Sekali semua KFC penuh.
Daddy cakap dia tak sanggup nak tunggu lama-lama, so kitorang singgah makan kat kedai makan depan KFC bandar K.T.
Singgah pun sebab kedai tu je la yang bukak pun.
Makanan dia so-so je laa...
Kekna order kueh teow kungfu dia, ermm... biasa-biasa je rasa dia.
Mommy order bihun bandung, daddy pulak order kueh teow ladna.
Semua so-so je.
Ok, pasni tak datang dah. Hahaha...
Review kena la jujur kan?
Tapi nama kedai takleh la bagitahu. Mana boleh tutup periuk nasi orang.
Tak baik.

Tengahari hari raya haji kedua tu sebenarnya Kekna attend wedding adik kakak ipar Kekna.
So, jumpa ramailah sedara-mara kat wedding tu.

Gambar kat atas ni Kekna bergambar dengan ayah saudara Kekna.
Ada yang kenal tak?
Femes kottt kat K.T ni.....
Dia ni la tauke Maimai Carpet. Orang Melayu pertama yang jual carpet kat Terengganu tu.
Orang panggil dia Ayah Ku/ Ku Hussein.
Nampak aje cenggini tapi jutawan ni ok.
 Kekna panggil dia Abah.

Abah: Na, meh la amik gambar dengan abah.
Kekna: Nak buat apa?
Abah: Nanti boleh abah tunjuk gambar anak sedara abah ni kat anak kawan-kawan abah yang mana single lagi tu...

Amik, gambar uduh!
Kompem tak laku.. uhuhu...
-___-


Petang-petang kalau ada kelapangan, Kekna akan ajak anak-anak sedara keluar berjalan-jalan.
Kesian jugak kat diorang ni asik berkurung je dalam rumah.
So, petang ermmmm lupa dah hari ape, huhu... 
Takpelah,.... so petang satu hari tu Kekna bawak diorang ni jenjalan kat Pantai Batu Burok.
Sekali Kekna terpandang ada gerai jual aiskrim gulung.
Bebudak ni ape lagi, menggelupur la nak try. 

Dah Kekna kena pau.... huhu..





Beli 5 sebenarnya.
Yang 1 lagi tu driver punya.
RM5satu... huhu...
Kekna just tumpang-tumpang makan je yang anak sedara punya. 
Itupun makan satu suap je pun.
Sedap!
Next time boleh beli lagi.


Ha, sinilah tempat yang Kekna beli pisang goreng tu...
Hampir setiap petang jugak la Kekna pergi gerai ni.
Ada macam-macam ok.
Mee goreng talam, ubi goreng, cendawan goreng, pisang goreng, cekodok pisang, cucur bawang, eh macam-macam lagi laa...
Perabih duit kat sini je la kalau balik kampung.

Amacam, heaven tak kampung Kekna?
Seronok betul kalau balik kampung kan?
Dekat dengan family, makanan pun sedap-sedap dan murah...

Waaaaa.... nak transfer kije kat kampung! T___T

No comments: