Monday, October 10, 2016

Sesi outdoor photoshoot

Salam readers...


Seminggu lebih blog ni tak berupdate ye.
Last week Kekna busy dan tak sihat sampaikan takde mood nak menaip.

Ok, Kekna nak sambung citer adik Kekna kawin tu.
Orang dah kahwin 3 minggu dah, kau still terhegeh-hegeh nak update blog ye, Diana.
Kah!

Nak sambung kisah outdoor photoshoot.
Kekna dipaksa rela untuk temankan pengantin dan photographer ke outdoor photoshoot.
Masa tu penat toksah cakap la.
Rasa macam nak seret-seret kaki je.
Tapi kuatkan jugak diri sebab untuk adik kesayangan kan...

Memula nak snap snap dekat dengan Muzium Terengganu.
Lokasi Muzium tu tak jauh pun dari rumah Kekna.
Tapi memandangkan masa tu pun dah lewat petang, confirm pintu pagar muzium dah tutup.
So, kitorang photoshoot kat dalam Taman Tamadun Islam je.
Taman Tamadun Islam pun tak jauh dari rumah Kekna.
2 minit je kalau drive kereta.
Kalau ke muzium pulak dalam 5 minit macam tu....


Gambar-gambar ni semua belum diedit lagi.
Kekna amik yang raw dari memory card Abang Yu.
Kot kalau Kekna ada masa boleh la edit sikit-sikit guna software pic editor.
Tapi buat masa sekarang ni Kekna malas nak buat apa-apa lagi.
Tak malas, tak Kekna la kan... hihi...


 Kekna ditugaskan untuk ajar pengantin berposing.
Hoiii, ingat senang ke?
Sakit kepala mak jemah memikiorkan posing cemana.
Siap google lagi kau! Haha...
Nasib baik la pengantin sporting.
Ikut je cakap mak jemah ni haa...


 Abang Yu pun bagus.
Tak reti penat langsung.
Masa majlis berlangsung, dia la yang bersusah payah angkut lauk pauk if lauk dah nak habis kat meja buffet.
Sambil-sambil tu dia jadi photographer jugak.
Habis majlis, nak tangkap gambar outdoor lagi...
Yang paling hebat, dia langsung tak berpeluh ohh!
Jeles betul Kekna!





Bebudak ni jadi watak sampingan.
Berapa kali ntah snap posing macam ni...
Pening mak jemah. 
Tergelak-gelak diorang ni.
Kekna punyalah penat sampai nak gelak pun dah tak larat wehhh...
Sekadar senyum je.
Suara toksah cakap la, tenggelam timbul je.

Actually ada banyak gambar yang Kekna tak share kat sini.
Korang boleh tengok kat facebook Kekna ye.
Macam-macam gaya ada.
Puas mikir nak posing cemana.
Haha... Ingatkan senang jadi pembantu photographer ni.
Rupa-rupanya..... t___t


Gambar photographer pun tak berapa nak ada sepanjang majlis ni.
Orang busy la katakan....


Nampak tak Kekna tuuu... berpeluh ok.
Berpeluh berlengas semua ada...
Lengan pun dah terlipat dah tu.
Tunggu nak lipat sampai ke siku je tuuu... 


Dah habis snap snap, barulah rasa lega sikit sebab boleh rehat.
Balik rumah ingatkan boleh rehat, rupanya haruuuuu...
Berlambak lagi kerja kena buat.
Hahahah...

Tobat laaa dah serik wehh.
Nanti kot giliran Kekna, if masa tu ada duit lebih, Kekna nak serah kat caterer je 100%.
Sebab bila dengan caterer, kita dah takyah susah payah nak cuci periuk belanga, dah takyah nak susun meja kerusi bagai.
Semua tu caterer sendiri yang akan buat.
Pelayan pun ada disediakan.
So, family Kekna akan duk relax sikit.

Serius penat...
Kekna demam 3 minggu ok.
Hari ni barulah ok sikit.
Sebab tu boleh update belog ni.
Kalau tak, balik dari ofis je mesti lembik badan.
Terbongkang atas katil.
Kadang-kadang sampai tak mandi malam sebab suhu badan turun naik.

Ok, dah habis dah cerita pasal adik Kekna kawin..
Alhamdulillah.
Iwan dan Amani pun happy dah jadi suami isteri.
Kemain korang ye beronak duri hubungan korang sebelum kahwin aritu.
Halangan situ sini...
Sampaikan Kekna pun terkena tempias sekali.
Akhirnya, kalau dah jodoh tu tak kemana. Ye dak?
Dihalang macam mana pun, kalau itu perancangan ALLAH SWT, mesti akan dijodohkan juga.
Dan kalau bukan jodoh pun, if kedua-dua belah pihak setuju pun, tetap takkan jadi.

 Nasihat Kekna untuk Iwan dan Amani,
Jaga rumahtangga elok-elok.
Dua-dua jangan terlalu ego, jangan terlalu mengalah.
Masing-masing kena banyak berbincang, kena banyak bertolak ansur.
Jangan keras kepala sangat.
Ingat, syurga isteri dibawah tapak kaki suami.
Tapi syurga suami masih dibawah tapak kaki ibunya.
Kalau nak buat keputusan, buat secara adil.
Jangan fikirkan diri sendiri sahaja ye.
Kedua-duanya kena adil dengan kedua-dua family.
Jangan lebihkan yang sini dan jangan kurangkan yang sana.
Kena adillah tu maknanya.
Bercintalah selalu.
Dan semoga kalian berdua akan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah satu hari nanti.
In sha ALLAH...

p/s: Cepat-cepat bagi Kak Ngah anak sedara lelaki pulak. Yang perempuan dah ada 4 ketul dah tuuu... Kemain lagi gedik-gedik je memasing.

No comments: