Monday, November 21, 2016

Dinner @ Stalkers Cafe dan kisah Mr.H

Salam readers...
Satu hari tu Kekna diajak oleh best buddy Kekna, mimiziouslicious untuk dinner kat Stalkers Cafe, Kota Damansara.
Kekna dengar je Stalkers Cafe terus ternganga mulut.😱
Maunya tak...
Cafe Fattah Amin kottt... #lofattah

Mimy tanya nak ikut tak?
Kekna terus la cakap nak ikut... 😌
Maunya taknak ikutttt.... Bukannya selalu boleh pergi cafe tu.
Dah orang ajak, Kekna on je la.
Bujang.... Bebas la nak pergi mana-mana kan?
Lagipun Mr. H tak pernah halang Kekna pergi mana-mana.

Lagipun Mimy pernah pergi ke cafe tu.
Dia kata makanan kat situ sedap-sedap.
Lagi laa buat Kekna excited nak pergi sane.

Balik kerja Kekna singgah rumah Mimy.
Sebab plannya kitorang akan pergi ke Stalkers Cafe dari rumah Mimy je.
Lepas Isyak, kitorang bertolak ke Kota Damansara.
COD barang Mimy kat customer dulu.
Lepas tu baru kitorang pergi ke Stalker Cafe.

Kekna sampai dalam pukul 8:30 malam.
Masa sampai tu, perghhhh full house uolss! 😱
Customer ramai gile.
Nasib baik la kengkawan Mimy memang dah ada kat sane.
So, bila kitorang sampai je terus dapat tempat.

Pergi sana, kena order makanan kat kaunter.
Order dan bayar terus kat situ.
Nanti kaunter akan bagi kite nombor untuk diletakkan atas meja.
Pelayan akan hantar order kite nanti kat nombor meja kite tu.
So Kekna suggest untuk korang survey dulu makanan ape yang korang nak makan.
Nanti kat kaunter boleh terus cakap je.


Yeayyy... dah order dah.
Dah bayar dah pun.
Tak sabor nak tunggu makanan sampai... hihi... 😊


Devil chocolate frappe...
Yang ni Mimy order untuk anak dia, Fayel.
So Kekna tak tahu sedap ke tak.
Kena tunggu Mimy update blog la kott kalau nak tahu sedap ke tak.
RM13.00 satu.


Ini Kekna order.
God Father Chicken Sandwich.
Yang ni sedap nak matiii...
Kalu mati, silap-silap boleh hidup balik ohh...
Fries dia pun sedap dan gebu.
Tak keras walaupun dah sejuk.
Berbaloi dengan harga RM17.00.
Sila masukkan menu wajib order kalau datang ke cafe ni.

😋😋


Spicy Olio Seafood.
Yang ni pun sedap gile-gile-gile...
Haaaa... boleh jadi gile tau dengan kesedapan olio ni. Haha

Walaupun namanya spicy tapi tak pedas pun.
Trust me.
Tak pedas langsung & sangat sesuai untuk anak-anak.
RM19.00.
Murah sikit dari Secret Recipe dan sedap banyakkk dari Secret Recipe.
Serius tak tipu.
Yang ni masuk dalam senarai wajib order.


Ice cream waffle.
Yang ni pun sedap.
Tengok pun dah tahu kannn....
Yang ini harganya RM13.


Chicken pepperoni pizza.
Pun sedap dimakan panas-panas.
RM16.
Berbaloi jugak order ni.
Kekna makan 2 slices.


Chocolate brownie with ice cream.
Sedap. Coklat pekat...
Kekna makan sikit je yang ni sebab bagi laluan kat bebudak nak makan. Hihih...


Mac & cheese.
Sedap!!!
Banyak jugak Kekna makan ni...
Berbaloi sangat order.
Tapi yang ni portion kecik aje ye.
RM9.00. Masuk dalam senarai wajib order jugak. Hihihi...


Yang ini Chicken Salad.
Punnn sedap jugak.
Well semua orang tahu Kekna bukan pemakan sayur-sayur ye.
Tapi Kekna cakap sedap sebab Kekna try makan salad ni.
Dan salad ni memang betul-betul sedap.
RM14.00 satu portion dan memang berbaloi.


Wanita inilah yang bertanggungjawab bawak Kekna makan kat cafe sedap ni... 😘


Sampai berterabur fries atas meja. 😓
Hahhaa...
Meja kecik bebenor tapi makanan semua portion besar.
Sesape yang tengah diet, silalah isytiharkan cheat day kalau nak makan kat sini.
Sebab dah la portion besar, sedap pulak tu.
Rugi kalau makan sikit-sikit.
Hihihi...


Bukti dah pernah sampai kat Stalkers Cafe. 😌
Buku menu pun terpampang wajah hensem meletopss Fattah Amin.
#lofattah


Me and the waffle yang super sedap.


Ha, bukti sekali lagi ni...
Hihihi...


Kekna dan Kakak Wonda. 😘
Haha..


Time ni dah pukul 11:45 malam.
Orang masih ramai dan kedai memang full house.

Oh, jangan expect kedai ni besar ye.
Kedai ni kecik aje dan sempit.
Kalau nak gi makan, Kekna suggest pergi dengan kawan-kawan atau laki bini je.
Anak-anak kecik tinggalkan la kat sape-sape dulu.
Bukannya ape, tak selesa berhimpit ramai-ramai.
Tak percaya? Korang pergilah sendiri dulu ye.

Overall Kekna happy pergi makan kat sini.
Makan sedap dan berbaloi dengan harga.
Memang puas hati.

Semua gambar-gambar ni Kekna upload dalam fb & wechat tau.
Kisahnya Mr.H tahu yang Kekna pergi ke Stalkers Cafe ni...
And dia cakap,

"Makanan tak sedap. Harap kedai retis je.."

Heyyy...
Suke-suke dia je cakap macam tu tau..
Pastu dia cakap masak sendiri lagi sedap.
Ok- okkk...😑

Tengahari semalam Kekna keluar dengan Mr.H tau.
Dia tanya,

Mr.H : Kite nak lunch kat mana?
Kekna : Tak tahu lah...
Mr.H : Bagitahu la kat mana-mana. Tapi bukan kat Stalkers Cafe.
Kekna : -___- 😑😑😑

Last-last kitorang makan kat Sambal Hijau kat Kg. Sg Penchala.
Sedap wehhh makanan kat Sambal hijau ni.....
TQ Mr. H belanja.... 😘

Conversation ke-2:

Mr.H :  Aritu kawan abang ada pergi makan kuih kat kedai retis **** dalam Nexis. Tak sedap langsung.
Kekna : Nexis? Kat mana tu? Ke kat Nexus, Bangsar?
Mr.H : Nexis. Ala, company abang kan kat belah sini. Stalkers Cafe duk belah sini. Nexis duk sini.... *sambil lakar peta atas meja dengan jari..*
Kekna : Ok... tahu-tahu. Mall yang dekat dengan company abang tu kan?
Mr. H: A'ah. Kat situ laaa...
Kekna : Jap, tadi abang ada sebut Stalkers Cafe? Tahu jugak Stalkers Cafe kat mana rupanya!
*Kekna dah gelak-gelak dah time ni* 😂
Mr. H : Takdelah... Aritu lalu pastu ternampak kedai tu... *sambil sengih-sengih 😁

Conversation ke-3 which is paling lawak yang Kekna rasa....

Kekna senyap sebab asyik main henset.
Suasana masa tu memang sunyi je.
Dengar bunyi muzik je dari radio.

Tup-tup Kekna dengar Mr. H humming lagu "Selamanya Cinta", ost drama Suri Hati Mr. Pilot.
Dia nyanyi part :

"Tanpa cintamu..." 🎵

Terus Kekna pandang dia & automatik dia senyap.
Pastu dia pandang Kekna.

Kekna : Tahu lagu tu? 😜
Mr. H : Lagu ape? Mana abang tahu lagu Soal Hati Mr. Pilot tuuu... *dah la salah sebut nama drama. Suri jadi soal plak.
Kekna :  Abang jangan nak tipu. Abang nyanyi lagu tu tadi. Sayang dengar..*Kekna gelak 😝
Mr. H : Mana ada... Abang nyanyi lagu lain la tadi.

Pastu dia buat-buat nyanyi...

🎵 Tanpa cintamu,
Hidupku tak bermakna... 🎵

Hahahah...
Adoi... kelakar betullah.
Tak tahu la kenapa dia tak suka sangat dengan Fattah Amin tuu...
Tapi sumpah kelakar.

😂😂

Haihhh.... Abang abang...

No comments: