Monday, November 28, 2016

Jadi babysitter

Salam readers...

Sabtu minggu lepas, Kak Long mintak tolong Kekna untuk jagakan anak-anak dia sebab dia nak pergi wedding reception Amyra Rosli & Amar Baharin.
Kemain semangat Kak Long nak pergi wedding retisss tu. Hihihi...
Kak Long dapat invitation wedding tu sebab ayah Amar Baharin bekerja 1 ofis dengan Kak Long.

Kekna tak kisah sangat nak jaga bebudak tu.
Bukannya diorang kecik lagi.
Dah besar dah pun masing-masing.
Cuma Kekna risau nak bagi makan ape budak-budak tu.
Nak masak gulai kang, takut tak makan.
Nak masak lauk ape-ape, takut ada yang tak makan pulak.
Maklumlah bebudak ni cerewet sikit.

So, Kekna amik langkah selamat masak nasi lemak je.
Hahaha...
Sebab Kekna tahu diorang suka makan nasi lemak ni.
Lagipun masak nasi lemak tak leceh sangat. 😉


Kekna masak nasi lemak ni dari tengahari.
Untuk bebudak tu Kekna goreng ayam je sebab diorang tak makan telur mata.
Telur rebus pun diorang tak makan.

Kemain Alia cakap nasi lemak Angah dia ni sedap.
Terus kembang hidung mak sedara kau ni, Alia.
Hahaha...
Terus terfikir nak berniaga nasi lemak dari rumah ke rumah kat area rumah Kekna on weekend.
Boleh jugak cari income lebih.
In sha ALLAH satu hari nanti Kekna akan realisasikan benda ni.
Buat masa sekarang ni Kekna tak sempat lagi nak buat.
Tengok la minggu depan macam mana.

Eh, dah tersasar pulakss cerita ni.
Selalu macam ni tau! Hahahah...

Dah makan nasi lemak, haruslah ada dessert kan?
Kebetulan aritu Kekna ada buat roti aiskrim.
Dah berhari-hari dah duk frozen dalam peti ais tunggu nak goreng je.
Alang-alang bebudak ni datang, Kekna gorengkan la untuk diorang.


 Jadilah aiskrim goreng.
Pastu saje je letak hiasan biskut cotek & coklat warna warni tu.


Kemain suka dapat makan aiskrim goreng. 
Lupa plak Kekna nak snap aiskrim kat dalam roti goreng tu.


Perut dah kenyang, terlentang la memasing duk rehat.
Sorang ngadap laptop main game, sorang lagi ngadap phone main mesej.
Mesej boifren lettew...
Suruh masuk dalam bilik, taknak.
Segan katanya.
Alahaiii... dengan mak sedara pun nak segan. Tak faham aku. Haha...

Kak Long lega la tengok anak-anak dia kenyang terlajak makan macam-macam kat rumah Angah.
Maunya tak kenyang.
Makan nasi lemak banyak. Lepas tu aiskrim goreng pulak.
Tu tak masuk lagi Kak Long tapaukan roti canai & laksa penang dari Restoran Haslam.
Hahah...

Kak Long pulak seronok jumpa retis yang ramai datang ke wedding Amyra Rosli & Amar Baharin tu.
Kak Long kata Amyra lawa sangat-sangat macam patung.
Memang Amyra tu sedia lawa.
Time wedding memang confirm laa lagi lawa.

Diorang balik dalam kul 10 malam macam tu.
Bebudak tu pun dah mengantuk dah.
Kesian pulak Kekna tengok.
Tapi as long as diorang dah kenyang, lega la sikit hati Kekna ni.

Ni la agaknya perasaan mak-mak kan...
Make sure anak-anak kenyang dulu sebelum tido.
Kalau anak-anak tido dalam kelaparan, mesti akan rasa sedih & bersalah.

No comments: