Tuesday, November 29, 2016

Lunch @ Mr. Dakgalbi, Tropicana City Mall

Salam readers...

 Kemain ye gigih hari-hari update blog.
Actually, entri semalam dan entri hari ni Kekna schedule kan.
Kekna update since Sabtu minggu lepas lagi.
Alang-alang takleh tido malam dek terlebih tido waktu petang, Kekna update la blog ni & schedule kan waktu untuk publish.
Kalau ikutkan sekarang ni Kekna tengah bercuti sebab temankan daddy Kekna ada check up kat IJN.
Esok (Rabu) pun Kekna cuti lagi.
Saat Kekna menaip ni Kekna duk mikir nak bawak daddy pergi jalan-jalan ke mana.
Huhuh...

Ok, kembali ke tajuk asal.
Hari Khamis yang lepas Kekna keluar lunch dengan geng avengers.
Si sleeping bijj Leen tu la yang duk berzikir kat kitorang nak makan kat Dakgalbi since dia tengok gambar Ekin makan ramen kat dakgalbi dalam insta.
Dia punya mengidam tu macam hape je.
Hahahha...

Set punya set, kitorang decided nak pergi makan on Thursday.
Ingatkan on Thursday tu tak laa busy sangat.
Sekaliiii kitorang semua busy.
Kekna busy prepare paper untuk bos present dalam meeting hari Jumaat.
Leen & Ekin pulak ada meeting sampai tengahari.
Farid je la yang free sikit.
Kekna punyalah stress banyak kerja sampaikan Kekna ingat dah takleh join dah diorang lunch.
Tapi kalau memerap dalam ofis lagi la Kekna stress.

Lunch hour, kitorang keluar dan pergi ke Tropicana City Mall.
Sampai sana dalam pukul 1:30 macam tu...
Sampai-sampai je terus order.
Semuanya Ekin yang order kan sebab dia dah biasa makan kat Mr. Dakgalbi ni.


 Kita order je nak ramen berapa, nasi berapa.
Actually setiap meja akan ada 1 hot plate besar.
Lepas kita order, staff kat situ akan masakkan depan kita.
Dun worry, time dia masak tu takkan terpercik kat kite sebab ada pendinding ok.


Beberapa minit je dah siap dah ramen goreng.
Hahaha... Ntah ape nama menu ni pun tatau la.
Kekna panggil je ramen goreng.
Sedap sangat. Kire kena la dengan tekak Kekna ni.

Dalam menu ramen ni ada ramen (of coz la kan! hahah), taekbokki, marinated chicken, ubi kentang, kobis dan daun bawang. Pastu ada pes cili Korea punya.
Tu secret ingredient diorang la kot.
Entah laaa...

Kitorang amik 2 portion ramen.
Cukup untuk 4 orang makan.


Sebelum makan, amik gambar dulu.
 

Nampak menyelerakan tak?
Kekna tak sabar dah nak makan ni...
Telan ailio banyak kali dah ni..... 

Btw, ramen ni rasa manis dan tak pedas sangat pun.


Ramai yang tego Kekna dah gain weight.
Kekna jawab senang je, "Tengah bahagia."
Hahahaa...
 

Pasangan 2 sejoli ni suka nau boleh makan besar....
 

Tergelak Kekna tengok gambar ni.
Farid dengan senduk dia... hahahah...
 

 Happy nye perut Kekna hari tu.
Hihihi...
Maunya tak happy, makan banyak cenggitu....


Masa makan ramen tu kena beringat sikit untuk tinggalkan ayam & sayur sikit untuk nasi.
Nanti time dia masak nasi, dia akan gaul sekali dengan lebihan ayam tu.
Oh, nasi ni digaul dengan mozarella cheese jugak ye.
Jadilah nasi goreng cheese.
Sedap jugak.

Tapi masa makan nasi ni, perut memasing dah kenyang sangat dah.
But still kitorang boleh habiskan nasi ni dengan jayanya.

Kekna puas hati sangat dapat makan kat Mr. Dakgalbi ni.
Makanan sedap walaupun tak banyak choice tapi still ok for me.
Dan quite pricey jugak tapi sekali sekala makan kat sini ape salahnya.
Masing-masing punya selera dan bajet la kan....
Restoran lain pun ada jugak yang mahal sampai pergi haji boleh balik hari kottt.

Kekna suggest if korang nak kelainan, bolehlah datang ke Mr. Dakgalbi ni. 

Cawangan Mr. Dakgalbi seperti dibawah:-

Mr. Dakgalbi

No. J-G-02, SOHO KL, Solaris Mont Kiara
No.2, Jalan Solaris, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: +603-62065567

61, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: +603-21105090

Lot G-29, Citta Mall, No.1, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor D.E.
Tel: +603-78325424

C-10-G, Ground Floor, Setiawalk, Jalan Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor D.E.
Tel: +603-58798166

PV128, Setapak

 

No comments: