Friday, November 25, 2016

Selamat hari lahir, Kekna!

Salam readers...

Kekna baru ada masa nak update belog.
Ikutkan minggu ni Kekna nak update hari-hari tapi tu la, Kekna busy laa..
Mood menaip tu ada tapi bila penat, idea untuk mengarang tu hilang.
So better hold dulu.
Tunggu bila bebetul ada masa sesuai, Kekna akan update.

Contohnya macam malam ni la.
Baru terhegeh-hegeh nak update pasal birthday Kekna yang dah seminggu berlalu.
Birthday Kekna 13 Nov.
Hari ni dah 25 Nov kot....
Tapi tak kire. Kekna nak update jugak.

Once again I got surprises on my birthday.
Ingatkan tahun ni dah tak dapat hadiah lagi dah.
Maklumlah dah kertu kan...
 
Surprise yang pertama, kawan baik Kekna Mimy buat surprise bagi tudung pucci.

"Pilih tudung mana yang nana nak. Mimy bagi sempena birthday."

Wahhhhh...
Terima kasih banyak-banyak, Mimy....
Ya ALLAH.
Memang tak sangka betul Mimy ingat birthday Nana.


Hari Isnin, terus pakai.
Wahhhhh.... cantik sangat tudung ni Mimy.
TQ again sebab bagi hadiah tudung yang lawa ni....

Surprise yang kedua, ini:-


6 stacks of pink roses with cute balloon.
Kelakar sebenarnya sebab ada belon tu.
Hahahah... taste lelaki kan...

Tapi persoalannya sekarang, siapa yang bagi bunga ni?
Ramai yang teka #exclusive yang bagi sebab ada kad yang ditulis,

"To Diana,

Happy Birthday, dear.

From, exclusive."

Kekna takleh nak cakap lebih-lebih sebab memang tak tahu siapa yang hantar.
Exclusive tak tahu alamat ofis Kekna.
No phone ofis Kekna pun dia tak tahu.
Then how dia boleh bagi kat florist tu nombor telefon ofis Kekna?
Lagipun masa tu Kekna dah lebih 2 minggu dah jauhkan diri dari dia.

Nak syak Mr.H, macam bukan dia je.
 Even Kekna dah tanya Mr.H.
Dia cakap bukan dia.
Then sape?

Kekna dah malas nak cari siapa yang hantar.
If si penghantar baca blog ni, saya nak ucap TQ sebab susah-susah belikan bunga.
Bunga tu dah makin mereput dah pun.
Belon tu je yang still segar bugar.
Kekna simpan ajelah selagi dia tak pecah.

Pastu 2 hari lepas Kekna dapat ini :-


Homemade chocolate cake.
 Super duper yummy....
Izy yang buatkan untuk Kekna.
Kemain lagi dia tanya,

"Kekna tak makan kacang kan?"

Hihii....
Kekna memang tak makan kacang.
Tak suka. Nak-nak walnut, pistachio, badam etc.
Ishhh... ape ke sedap pun tatau la.
Huhuhu...

Takpelah...
Kekna just mampu nak ucapkan terima kasih kat Mimy, Izy dan Mr. Misteri pemberi bunga sebab belikan hadiah dan sanggup kepenatan buat kek yang sedap tu.
TQ jugak kepada kawan-kawan dan kenalan yang wish.
TQ kat family yang wish jugak. Macam berlumba-lumba memasing bagi wish.
Hahaha...

Takde benda lain yang Kekna harapkan melainkan diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan perjalanan hidup di dunia & akhirat.
TQ jugak yang doakan Kekna dipercepatkan jodoh.
In sha ALLAH, perancangan ALLAH itu yang terbaik sebenarnya.
Kekna berharap doa-doa kalian dimakbulkan ALLAH.
Aaminnn...
😊

No comments: