Sunday, November 6, 2016

Shopping sakan boleh release stress?

Salam readers....

*Eh, masih ada readers ke? Huahahah...*

Agak lama Kekna kesenyapan tak update belog sebab takde ape yang nak diceritakan.
Last week Kekna ada buat entri luahan perasaan tapi entri tu sekarang Kekna dah masukkan dalam draft balik.
Sehari je kot Kekna publish.
Sape yang sempat baca tu mesti tahu tentang isu ape.
Tak perlulah Kekna ulang cerita balik ye.

Ok, chill semua.

Hari Jumaat 2 minggu lepas, semua staff TM bercuti.
Cuti paksa sempena hari Deepavali yang jatuh pada hari Sabtu.
Kekna tak kisah pun.
Bab-bab cuti ni memang Kekna suka nau.
Maunya tak suka, boleh bangun tido lewat kott...

Tapiiii....
Yang adooo nak bangun lewat.
Pukul 6:30 pagi Kekna dah celik mata.
Hoiii, apakah??
Geram sungguh la. Rasa cam nak tampo diri sendiri je.
 

Time ni dah pukul 9 lebih.
Still tergolek-golek atas katil.
Tengok la bilik Kekna yang suram tu.
Dah la sunyi. Sejuk pulak tu.
Kalau boleh tido balik ni, mesti best.
Tapi itulah. Mata tak nak lelap pulak.
Ni mesti kes duk memikir pasal si #exclusive tu.
Eeeiii....

Stress betuihhh laaa...
Nak tido, tak dapek.
Kalau celik mata pulak, duk mikir pasal benda-benda tak penting.
Tak memasal diri tu stress.
Orang lain kalau cuti, suka.
Bersenang-lenang.
Yang Kekna ni pulak susah hati macam hilang laki.
Hoh!

Memandangkan diri tu stress, takleh tido, kepala serabut, Kekna decided nak keluar berjalan-jalan.
Dah lama tak keluar jenjalan ni...
Ikutkan Kekna plan nak jumpa Kak Long kat Jalan TAR hari tu tapi cancel last minit sebab Kak Long tak sihat.

So, Kekna pergilah ke Setapak Central.
Nak pergi Econsave sebenarnya. Nak beli barang-barang dapur.
Selama ni Kekna duk shopping dengan tesco online je.
Senang wehh ada tesco online.
Dia hantar barang terus ke pintu rumah.
Beli beras, minyak, gula, pencuci pakaian...
Beli yang berat-berat. So nanti takdelah kite susah payah nak angkut barang-barang tu sendiri.

Masa kat Econsave tu, Kekna plan nak berjimat.
Beli barang yang perlu je.
Tapi tu la, memang tak la nak berjimat.
Tup-tup tershopping sampai penuh 4 beg plastik besar.
Pastu jenuh nak angkut barang-barang bawak naik rumah.
Hihihi...

Dah settle shopping kat Econsave, Kekna pergi makan kat The Chicken Rice Shop.
Apedehal makan sensorang kan?
Best pe.
Makan slow motion, relax, cool.
Padahal dalam hati tobat rasa cam loserr..
Hahaha...

Pastu, balik rumah.
Tapi Kekna ni sejenis yang takleh duk rumah if tengah stress.
Kekna keluar sekali lagi jalan-jalan kat Mid Valley, The Garden dan NU Sentral.
Saja jalan-jalan cuci mata.
Alang-alang cuci mata, Kekna cuci poket sekali.
Wuwuwuwuw...


Inilah hasil dari cuci poket.
T___T
Sekarang ni Kekna tengah pokai.
Serius tak sedar Kekna shopping terlalu banyak.

Guess Jeans, H&M basic cardigan, blaus Banana Republic & Kemeja biasa Vanheusen.

Terus la Kekna pakai buat pergi ofis.



Eh, ada tegur anak mata Kekna kaler hazel.
Dan-dan tu jugak Kekna pergi tengok cermin.
Aah laa, warna koko hazel camtu...
Rasanya sebelum ni warna anak mata Kekna takde la ketara sangat macam sekarang ni.

Memang warna anak mata akan berubah ikut perubahan umur ke ape?
Hewhew.

Ok, dah habis kisah hari Jumaat yang ... hmmm.... hmm... yang tak hilang lagi stress tu.
Huhuh... 

Memandangkan hari Jumaat cancel jumpa dengan Kak Long, Kak Long suggest untuk Girl Day Out hari Sabtu; hari Deepavali tu.

Kekna ok je sebab hari Sabtu pun Kekna bangun awal.
Dah la malam tu tido tak lena sangat..
Adehhh... -__-

Kekna berjumpa dengan Kak Long kat Sogo.
Kebetulan hari tu ada Member's Day.
Memang Sogo tengah buat sale kaw-kaw on that day.
Tapi Kekna tak shopping sangat pun  kat dalam Sogo tu.
Rimas la nak shopping sebab terlalu ramai sangat orang.
Panjang nau que kat kaunter bayaran tu.
Jenuh aihh nak beratur.

Kekna ajak Kak Long keluar sebab nak suruh dia temankan Kekna pergi ke Jakel.
Beli kain untuk raya tahun depan.
Amboiii, ganti puasa pun belum habis lagi, dah beli kain untuk raya ye...
Kekeke...
Beli sikit-sikit uolsss...
Bulan ni sehelai. Bulan depan sehelai.
Tahun depan 2-3 helai lagi. Pastu tempah serentak bagitahu nak siap bulan 4.
Kenapa bulan 4?
Sebabnya bulan 4 tu Kekna dapat bonus.
So, boleh bayar sekali harung baju yang dah siap tuu... 
Bijak tak financial planning Kekna? Hihi...

So, hari tu sempat sambar prada lace.
Cantik oiiii... Nampak mahal je.
Kekna pun dah tahu dah nak buat baju pesen ape.
Takmo la glamor-glamor sangat macam tahun lepas tu sebab malu nak pakai kat ofis.
Baju-baju raya tahun lepas tu duk tersadai je dalam lemari.
Tatau nak pakai time bila.
Nak pakai time kenduri kang, bukannya selalu pun ada kenduri.
Kan kan kan...

Dah shopping semua, kitorang singgah ke foodcourt Medan Mara untuk lunch.
Kekna takde selera nak makan tapi disebabkan badan dah penat, so kenalah jugak makan.


Kekna makan nasi ayam penyet.
Sedap jugak...
Dalam pada takde selera makan, habis jugak nasi ayam penyet tu Kekna telan.
Mihmihmih...

Lepas tu kitorang pergi ke SSF.
Lawanye perabot-perabot kat SSF tuuu...
Nak beli perabot kang, nanti sempit pulak rumah.
No...no...no..
Ku tahan nafsu. Huhu...
Kak Long je yang beli perabot baru untuk rumah dia kat Bangi tu.
Cantik perabot yang Kak Long beli tu.
Harga pun berbaloi sebab SSF tengah buat sale.
Kalau jadi member, lagi laa banyak diskaun yang dapat.

Dah beli perabot, kitorang lepak kat foodcourt Sogo pulak sebab kitorang takleh balik lagi.
Hujan lebat kat luar sana.
Kak Long suruh Abang Zam datang amik kitorang kat Sogo tu.
Lewat petang jugak la Abang Zam amik kitorang.

Then, Kekna lepak sekejap kat rumah Kak Long.
Saja jumpa anak-anak sedara.
Dah lama sangat tak jumpa.
Last jumpa masa Iwan kahwin aritu.


Wefie dengan Fifi.
Dah besar dah pun anak sedara bongsu Kekna ni...

Malam, Kak Long hantar Kekna balik.
Tetibe datang pulak mood nak masak.
Tatau la kenapa lately Kekna rasa rajin sangat nak masak.
Usahkan masak, kemas rumah pun terlampau rajin jugak.
Hari-hari Kekna kemas rumah sampaikan satu tahap dah tak tahu nak kemas ape.
Hahaha...

Kekna ada niat nak masakkan untuk jiran-jiran.
Kengkonon buat nasi lemak banyak-banyak, pastu bagi kat jiran sikit sorang.
Tup-tup tak jadi sebab sambal tak menjadi sangat.
Mungkin Kekna masak dalam keadaan stress.
Memasak ni kena dalam keadaan tenang.
Takleh stress stress. Confirm masakan tak menjadi.


Ni ha nasi lemak Kekna.
Saje je buat kaler hijau nak bagi nampak menarik sikit.
Hihii...

Niat nak bagi sikit kat jiran tu terpaksa dibatalkan.
Takpelah.
Itu namanya takde rezeki.
Lenkali In sha ALLAH Kekna akan masak untuk jiran-jiran.

Well, kemain lagi Kekna shopping sakan selama 2 hari berturut-turut tapi idok nyee hilang stress.
Makin stress ade la sebab tengok duit dalam akaun susut mendadak. Hahahah...
Bengong laa shopping tak ingat dunia.
 Tak sedor gaji tu secoet je...
Hahahah...

So rumusannya, shopping tak semestinya boleh release kan stress korang.
Baik korang duk rumah baca Quran ke, berzikir ke...
In sha ALLAH jiwa korang jadi aman tenteram.
Shopping shopping ni lagho jee... laghooo...!
Hahah...

Ok la... Mood Kekna tengah bengong ni.
Baik stop menaip.
Nanti kang TERmenaip merapu gaban pulakss...

Bye uolsss...
Tunggu next entri Kekna yang tatau bila akan dipublish.
Huahahaha...




No comments: