Wednesday, December 28, 2016

Ailurophobia

Salam readers...

Kisah pagi tadi (sekitar pukul 7 pagi)

Kak Shidah : Na, acu pegang kejap plastik ni. Pegang kuat-kuat tau.

Kekna ni dengan sukarelanye pegang la plastik tebal tu sambil mencangkung.
Tengok pada plastik tu macam plastik makanan kucing.
Nampak berat aje plastik tu.

Kak Shidah dah masuk dalam rumah.
Amik ape ntah.
Tetibe Kekna dapat rasa ada something bergerak-gerak kat dalam plastik tu.

Terus Kekna jerit,

"Kak, amende kat dalam plastik ni??"

Tangan Kekna still pegang plastik tu lagi walaupun masa tu dah takut toksah cakap la....
Kak Shidah pun keluar dari rumah sambil gelak-gelak.
Benda yang ada dalam plastik tu makin bergerak kuat.
Hoiii, memang takut wehhh...

Kak Shidah cepat-cepat pegang plastik tu.
Kekna pulak dah lari ketepi koridor.
Kak Shidah ikat plastik tu dengan plastik biasa.
Tapi ikatan tu takdelah kemas betul pun.
Sekadar ikat cenggitu je.

Kak Shidah ajak Kekna masuk dalam kereta.
Kekna dah duduk kat seat sebelah driver.

Tengok-tengok Kak Shidah letakkan plastik tebal tu kat seat belakang.

Kekna : Amende tu Kak Shidah?
Kak Shidah : Kucing...

Kucing?????
Terus datang perasaan geli geleman tuu....
Omg... Omg!!!! 😱

Masa duduk dalam kereta tu pulak, kucing-kucing tu duk menggelupur nak keluar dari plastik tu.
Masa tu Kekna dah menggelabah sampan dah.
Siap terjerit-jerit...

"Kak Shidah, kucing tu dah nak keluar dah tu!! Omaigoddd!!!"

Kak Shidah dah gelak-gelak dah tengok Kekna dah menggelupur camtu.
Maunya tak menggelupur, Kekna takut kucing laaaaahh....
Waaaaaaa....

Bila tengok plastik duk bergerak-gerak macam tu, sebijik macam bawak mayat ok.
Seram wehhh... Hahahah...

Tak lama lepas tu, Kak Shidah park kereta kat tepi jalan.
Dia lepaskan kucing-kucing tu kat situ....
Menggelupur kucing-kucing tu keluar dari plastik...

Kesian jugak laa tengok kucing-kucing tu macam terpinga-pinga kat mana dia sekarang.
Sebab rasanya kucing tu baru 3-4 bulan usia dia..
Tapi kucing-kucing ni la yang duk berak depan rumah Kekna hari-hari nih...
Jenuh aku nak cuci taik diorang...
Yang takleh blah elok je dia park betul-betul depan pintu rumah.
Nasib baik la tak terpijak.

Tapi kannn Kekna macam sesak nafas jugak la masa kat dalam kereta tu.
Bukannya ape, memang Kekna takleh bendung ketakutan kat kucing sebenarnya.
Memang takut melampau.

Orang yang takut pada kucing ni dipanggil Ailurophobia.
Orang-orang yang ada Ailurophobia ni bukan sengaja-sengaja takut dengan kucing ye...
Jangan salah faham antara gedik & takut yang sebetul-betul takut...
Macam diri Kekna sendiri, memang Kekna takut dengan kucing sejak kecil.
Kalau makan kat gerai-gerai ke ape, biasanya ada kucing kan?
Kekna memang akan sesak nafas kalau ada kucing berkeliaran dekat dengan Kekna.
Paling Kekna takut kalau-kalau tetibe kucing tu melompat naik atas riba...
Maunya terpelanting semua makanan atas meja Kekna tolak...

Teringat masa Mimy nak hantar Kekna balik ke rumah.
Boleh pulak si Mimy tu angkut Lopa kesayangan dia.
Kat dalam kereta, memang Kekna asyik terjerit-jerit je.
Si Lopa tu pulak kemain meronda-ronda kat dalam kereta dengan selesa dan bergaya....
Hoiiii.... Tak senang duduk Kekna tau!

Kalau tak caya, silalah tanya Mimy cemana Kekna kat dalam kereta masa tu...
Haha...

Ada tak dikalangan readers yang takut kucing macam Kekna?
Sila angkat ketiak mucuk masing-masing...
Hihi...


No comments: