Wednesday, December 14, 2016

Hidup biar beradab, bukan biadap

Salam readers...

Hari tu Kekna dapat notification kat hp yang memory hp Kekna dah 85% full.
So, Kekna kena transfer a few benda ke external hard disk.
Yela, dalam hp Kekna ni banyak sangat dah gambar yang Kekna simpan.
Sambil-sambil transfer tu, Kekna tengok la balik gambar-gambar yang ada.
Salah satu gambar yang ada adalah gambar masa Kekna bercuti kat Pulau Perhentian tahun lepas.


Ni antara percutian yang paling best pernah Kekna pergi selain dari percutian kat Casa Titik, Cherating.
Maunya tak best. Pergi dengan kawan-kawan yang sekepala kott...
Lagipun masa bercuti kat Pulau Perhentian ni, 1st time Kekna snorkeling which is benda yang dulunya paling takut Kekna nak buat.
Mestilah takut weehhh... berenang kat tengah laut dalam kottt...
Pastu ada ikan jerung lagi walaupun ikan jerung tu vegetarian.
Lawak pulak rasanya bila dapat tahu ada ikan jerung yang vege.
Hahaha...

Itu benda best laaa...
Benda yang tak best pulak is bilik Kekna.
Masa bercuti hari tu, kitorang duk bilik asing-asing.
Leen & Mirul duk sebilik. Harus la kan... dah namanya laki bini.
Bilik Farid pulak duk belakang bilik Leen.
Bilik Kekna pulak duk depan bilik Leen.

Problem dekat bilik Kekna tu banyak jugak laa...
Salah satunya katil ada semut.
Bukan sikit tau. Banyak....
Owh, bilik Kekna tu ada 2 katil single.
Katil yang ada semut tu Kekna guna untuk hampar baju-baju yang digosok.
Memula Kekna tak perasan katil tu ada semut.
Tau-tau je ada banyak semut merayap kat atas baju yang Kekna dah gosok tuu...
Bila selak cadar, tengok-tengok ada banyak betul selimut kat dalam tu.

Lagi 1 masalah is Kekna tak dapat towel.
Sepatutnya bila kita check in, kita akan dapat towel kan?
Bila tanya Leen dan Farid, diorang semua dapat towel.
So, Kekna pun pergi ke kaunter suruh diorang hantar towel dengan segera.

Tunggu punya tunggu, towel tak sampai-sampai.
Dah la time tu dah rushing nak keluar pergi Windmill.
Takpe, Kekna keluar je dulu.
Bila lalu kat kaunter, Kekna remind diorang sekali lagi untuk hantar towel dan check katil yang ada semut tu.
Minah-minah kaunter tu pulak buat muka macam palat je...
Geram pulak hati kite.
Dah la nak marah pasal tak hantar towel. Tambah pulak bebudak tu buat muka depan kita.
Tapi kita kan diberi option untuk bersabar.
So, Kekna sabar je laa... Remind diorang elok-elok.
Cakap baik-baik.

Then, bila Kekna balik dari Windmill, Kekna nampak towel duk atas kerusi bilik.
Pastu Kekna check katil, still bersemut.
Nampak sangat diorang tak check katil tu.
Tapi takpelah. Kekna taknak bising-bising dah.
Biar je macam tu.
Since that Kekna tak guna pun katil tu.
Kekna tido pun kat atas katil yang 1 lagi tu.
Baju-baju semua Kekna gantung dalam almari.

Kalau diikutkan, Kekna sebagai customer boleh je nak marah-marah kat pengurusan resort tu.
Tapi Kekna malas.
Malas nak create issue. Kan nak holiday.
Takkan la kite nak spoil kan holiday kite hanya kerana isu-isu remeh macam tu?
Ye dok?
*Bagi Kekna itu isu remeh je laa...

Itu tak campur lagi tengah-tengah tergolek tengok tv atas katil, tetibe blackout.
Hahaha...
Panik jugak masa tu tapi Kekna cool je la kannn...

Takdelah Kekna nak protes letak towel dalam lubang jamban ke...
Takde la pulak Kekna terfikir nak campak cadar bersemut tu kat receptionist ke...
Takde pulak Kekna terfikir nak buat drama mengamuk marah-marah kat lobby resort tu...

Sebab Kekna tak dididik untuk jadi biadap.
Mommy dan daddy Kekna didik Kekna supaya banyak bersabar.
Dan keadaan sekeliling Kekna banyak mengajar Kekna supaya bertindak rasional.

Lagipun kita sebagai orang Melayu terkenal dengan adab sopan santun dan berbudi bahasa.
Kaya mana pun kita, hebat macam mana pun kita, kita jangan lupa bahawa ada lagi orang lain yang lagi kaya dan hebat dari kite.
Sentiasalah tunduk melihat tanah dibumi.
Jangan terlalu mendongak melihat langit.
Sebagai insan yang berbangsa Melayu beragama Islam, biarlah kita hidup beradap. Bukannya biadap.


No comments: