Friday, December 2, 2016

Yatim

Salam readers...

Sekarang ni setiap kali balik rumah, mesti ada yang tengah menunggu Kekna.
Bila tengok je Kekna naik tangga, mulalah nak mengekor sampai depan rumah Kekna. 
Kadang-kadang siap main sorok-sorok celah pasu-pasu bunga jiran sebelah rumah lagi.
Pastu bila Kekna intai-intai dia, tengok-tengok dia pun intai Kekna jugak.
Pastu dia keluar melompat la dari celah pasu tu.
Ajak main chiku chakkk la pulak.. Hahaha...


Yatim nama diberi.
Sebab tak tau mana mak ayah dia.
So, consider yatim piatu.
Kesian tau dia. Tak tahu datang dari mana, tetibe je ada kat depan rumah Kak Shidah, jiran Kekna aka officemate Kekna.
Now, dia memang duduk kat koridor depan rumah Kak Shidah.
Takdelah duk dalam sangkar ke ape. Lepas camtu je sebab dia tak berani pun nak main jauh-jauh.
 

Muka sedih je manjang.
Agaknya duk ingat kat mak ayah dia kottt...
Sepatutnya kucing kecik macam ni kena menyusu lagi.
Tapi dia ni dah kena berdikari dah.
Nasib baik jiran-jiran Kekna semuanya baik-baik.
Semua duk hulur makanan kat dia sampaikan tahap dia taknak makan dah.

Bulu dia pun Kekna tengok petang tadi dah makin cantik berbanding hari pertama jumpa dia aritu.
Dah lebat sikit dah.
Dia manja tau. Kecik lagi kan... Mestilah asik nak suruh orang belai je.
 

Biasanya Kekna main-main dengan dia kat luar rumah je.
Tapi aritu Kekna bawak dia masuk dalam rumah. Bagi dia berlari-lari kat dalam rumah tu.
Ruang tamu rumah Kekna kan luas.

Dia suka sangat duk kat atas kotak unifi kat belakang tv Kekna.
Tetibe je senyap je takde berlari sana sini.
Rupa-rupanya dah tertido kat atas kotak tuu.
Ya ALLAH kesian tau tengok dia.

Tapi dia tido sekejap je.
Dalam 10 minit macam tu je. Padahal rumah Kekna sunyi sepi.
Bila dia terjaga, dia duduk je atas kotak unifi tu.
Pastu bila tengok Kekna mengintai dia, barulah dia sambung berlari-lari ajak Kekna main.

Keliling rumah dia conquer.
Dari ruang tamu, pastu menyorok kat dapur.
Kekna tak bagi dia masuk dalam bilik Kekna takut dia berak.
Dah malam sikit barulah Kekna suruh dia keluar dari rumah.
 
Sebenarnya Kekna ni takut dengan kucing.
Cuma dengan Yatim ni Kekna berani sikit mungkin sebab dia kecik aje.
Kalau kucing besar, memang Kekna takut & geli.
Sekadar usap-usap kepala cenggitu je la...
Kalau nak gesel-gesel badan dia kat kaki Kekna memang tak laaaaa...
Takuttt....


No comments: