Monday, May 30, 2016

Setelah sekian lama tak dine-in Pizza Hut

Salam readers...

Ketemu lagi kita di hari Isnin.
Update malam-malam sebab sekarang ni Kekna dah ada unifi. Yeayyy!!

25 May 2016, Kekna keluar dengan geng avengers.
Farid dah lama sangat janji nak belanja kitorang makan pizza.
Bulan lepas kitorang pergi ke Mid Valley, rupa-rupanya Pizza Hut dah takde dah kat sana.
Kalau tak silap Kekna, Pizza Hut Mid Valley dah ditukar dengan 4 fingers.

Cari punya cari, Pizza Hut ada kat KLCC.
Terus avengers zasssss pergi ke KLCC lepas balik kerja naik kereta vivi Ekin.

Lengang betul outlet Pizza Hut kat KLCC ni.
Mungkin hari bekerja kot.
Kalau weken mungkin ramai orang makan kat sana.

Actually Kekna tak berapa gemor tengok perangai staff kat Pizza Hut KLCC ni.
Nak-nak yang pompuan.
Diorang macam ada 'attitude' sikit.
Hek elehh, staff Pizza Hut je kottt... Bukannya owner Pizza Hut.
Suka nau buat mata ke atas.
Eeeeiiii, lastik mata tu kang baru tahu! -___-

Tapi memandangkan kami ni datang nak enjoy-enjoy, maka ignore kan aje staff poyoss cenggitu.
Tak heran lah...


Nasib baik Mirul (husband Leen) ada. Boleh jadi photographer kitorang. Hihi.... 



Wefie!

Kitorang ada buat boomerang.
Tapi tak dapat nak upload la. Tak tahu kenapa.



Kitorang makan set ini aje.
Nampak cam sikit je untuk makan berlima.
Memula rasa macam, "Eh, mana cukup ni.... sikit sangat ni..."
Last-last masing-masing kekenyangan melampau.
Siap paksa-paksa orang untuk tolong habiskan makanan. Hihi...

TQ Farid sebab belanja. Next time belanja lagi yeee...
TQ Ekin sebab hantarkan Kekna balik sampai rumah walaupun Kekna boleh aje balik naik LRT.
TQ Leen sebab jadi DBKL kami (tukang habiskan makanan).

:)



Wednesday, May 25, 2016

Bila keluar dengan mak-mak orang

Salam readers...

14 May lepas, Kekna dan kawan-kawan Kekna (Mimy dan Zura) plan nak pergi ke Hotel Sri Petaling sebab kat sana ada jualan Jelly Bunny.
Menggelupur jugak la nak pergi tu sebab dengar kata memang murah.

Kekna bangun awal pagi sebab Mimy kata nak pergi awal.
Tapi dia takde pulak cakap pukul berapa.
So Kekna pun bersiaplah cepat-cepat sebab Kekna tak suka buat orang menunggu.
Last-last minah tu cakap nak datang tengahari pulak.
Choiii... haha...

Terus Kekna bersilat kejap kat dapur siapkan makanan.
Kot la lapar ke ape kan...
Bolehlah makan. 
Tapi takdan nak makan pun. 
Sebab tak lama lepas tu Zura mesej bagitahu diorang dah on the way.


Kekna sempat masak Kurma daging.
Pastu goreng ayam dengan ikan.
Nasi pun takdan nak masak.

Mimy dan Zura sampai je, terus kitorang zasssss pergi ke Hotel Sri Petaling.
Kekna tak amik gambar pun kat sana sebab sibuk jadi babysitter...
Mimy dan Zura bawak anak masing-masing.
So Kekna tolong tengok-tengok kan anak diorang.
Yela, bahaya jugak pergi ke tempat orang ramai macam tu.
Budak-budak ni pulak suka berjalan sendiri taknak dipimpin.
Bahaya oooo...

Kat sana, Kekna ada laa beli 1 handbag Jelly Bunny untuk anak sedara Kekna.
Murah je pun.
Kekna pun berkenan dengan handbag tu tapi kalau dah niat nak bagi kat anak sedara, so kenalah bagi....

Dari Hotel Sri Petaling, kitorang beransur ke Sunway Putra.
Nak shopping kat sana pulak...
Yela, mak-mak nak shopping hadiah sempena Hari Guru.

Seronok betul jadi mak-mak ni kan...
Penat tapi meriah...
Haihhh, bila laaa nak jadi mak pulak ni?
Tak saboo... hihi..


Nah setepek gambar tuan belog.
Ramai yang tegur "dah kurus eh?"

Uolssss, angle je tu ok. Angle....
Hakikatnye... hewhew...


Ni haaa mak-mak bershopping kat Daiso.
Beli barang-barang untuk cikgu-cikgu kat sekolah anak memasing.



Yang tengah tu still available ye... hahaha


Ni sekeping lagi gambor tuan punya belog.
Suka gambar ni...

TQ Zura sebab tolong snapkan gambar ni... :)



Tuesday, May 24, 2016

Ber- Sushi Zanmai bersama-sama geng secretary

Salam readers....

Kekna ada 3 buah group yang biasanya akan ajak keluar lunch.
Satu, of course la group avengers.
Dua, group supergirls.
Tiga, group geng secretary.

Dalam ketiga-tiga group, hanya group supergirls je yang sukakan makanan Melayu dan Western.
Group avengers dan group secretary memang selalu ajak makan sushi sushi sushi...
Dua group ni memang lebih suka makan makanan Jepun dan Korea.

Last week, 13 May 2016, group secretary ajak lunch kat Sushi Zanmai, The Garden.
Sushi lagi.. -____-
Nak pergi ke tak nak... nak pergi ke tak nak?
Tapi memandangkan Kekna ada kerja kat Mid Valley, so Kekna join la geng secretary ni makan sushi jugak.
Sushi pun sushi laaa... yang penting makan. Tak kebulur.
Sushi pun sedap jugak dengan syarat jangan kerap sangat makan...


Ika, Kekna dan Kak Shy.
Ada lagi sorang. Mimy.
Dia duk kat depan. So takleh wefie sekali, Hihii...


Inilah geng-geng suka makan sushi.
Diorang cakap sedap sangat makan kat Sushi Zanmai ni.
Bila makan je, mulut duk cakap "sedapnya... sedapnya..."
Amboiii, over tul diorang ni tau. Hahaha...


Tuan punya belog.
Dalam gambar kemain nampak kecik aje orangnya.
Kalau jumpa depan-depan, masyaALLAH terkezuttt seantero alam.
Hihi...


Ini Kekna punya.
Tak sedap. Diorang pun cakap tak sedap...
Waaaaa.... Kekna salah pilih makanan... huhu


Yang ni Mimy punya.
Sedappppp....


Yang ni pulak Ika punya.


Ini kitorang order ramai-ramai.



Chicken teriyaki ni sedappp...
Korang kena order kalau pergi ke Sushi Zanmai.

Tapi kalau makan makanan Jepun memang cepat kenyang tau walaupun portion nampak kecik.


Time balik kitorang naik grab car.
Dapat pulak kereta Volkswagen Polo.
Nasib baik muat untuk 4 orang. Hihii...

Semalam sekali lagi Kekna makan kat Sushi Zanmai.
Kali ni dengan geng Avengers pulak.
-____-
Nanti Kekna citer kat lain entri ye.






Monday, May 23, 2016

Takde tajuk boleh tak?

Salam readers...

Hazabun betul nak memikiorkan nak letak tajuk ape.
Huhuhu...

Banyak cerita yang Kekna nak share.
Terlalu banyak tapi Kekna citer satu-satu laaa nahhh.
Kesabaran amat diperlukan disini... hihi...

Cerita hari Isnin dimulai dengan cerita makan-makan pada 20 May lepas.
Ada restoran Yusof Haslam yang baru dibuka dekat dengan ofis Kekna.
Sebelum ni Kekna pernah la makan kat restoran Haslam kat Jalan Pahang tu.
Sedapppp...
So, Yusof Haslam dah buka cawangan baru restoran dia berdekatan dengan ofis Kekna.
Apalagi, melompat la nak try...

Tapi namanya pun restoran retisss...
Haruslah pricey sikit kan.
Tapi Kekna tak kisah pun harga berapa asalkan makanan tu sedap.


Makan macam ni RM13.
Ok la tu kan... Ayam goreng kampung tu besar kot...


Makan dengan geng Avengers.

Restoran ni memang selalu ramai orang.
Kalau nak datang, kena datang awal.
Kalau tak kena tunggu lama, baru dapat seat.

Petang hari yang sama, Kekna balik dengan Kak Shidah dan Mimy.
On the way balik Cik Puan Mimy ni sibuk pulak ajak makan kat Al-Azmi Restaurant tu.
Adehhh, Kekna asik makan kat situ je lately. Hihi...

Kak Shidah tak nak join tapi dia hantar je kitorang kat restoran tu.
Balik pepandai la cari jalan sendiri.
Hihii...

Tapi Kekna tak kisah pun sebab restoran ni dekat aje pun dengan rumah.


Kami.


Kekna order ini.... Kueh teow kungfu dan milo ais.
Takmo dah makan nasik sebab tengahari dah makan nasi.


Mimy order ini.
Chicken chop with brown sauce.
Sedap jugak dia kata....

Eh, Kekna takleh update panjang-panjang ni sebab rushing nak balik rumah.
Petang ni ada orang nak pasang unifi kat rumah Kekna...
Yeayyy!!

Bye uollsss!

Friday, May 13, 2016

Kasut

Salam readers...

Nak kata Kekna ni gila kasut, boleh laaaa kott...
Tapi masalah Kekna 1 je.
Kekna susah sangat nak berkenan dengan kasut.
Sebab kalau Kekna nak beli kasut, kriteria yang paling wajib ada dalam selesa dan cantik.
Cantik dimata Kekna laaa...
Ada sesetengah orang dia tak kisah pun cantik ke tak, asalkan selesa.
Tapi Kekna lain.
Kekna nak yang cantik dan selesa.
Cantik tapi tak selesa, tak mo....
Selesa tapi tak cantik pun takmo.
Kekna nak dedua.
Dah la nak dedua kriteria tu, kena pulak cari yang jenis flat atau wedges yang tak tinggi sangat.
Ingat senang ke nak jumpa?
Payah okehhh...

Dulu-dulu Kekna poyo sikit.
Mementang handbag pun Guess, kasut pun Kekna beli yang Guess.
Relalah perabih duit sampai 400-500 ringgit semata-mata nak kasut Guess.
Kalau takde yang Guees, Kekna beli Lewre atau Everbest atau Fiorucci.
Memang laa kasut berjenama ni tahan lama dan lasak sikit.
Tapi sayang duit oohhh... sedebuk bagi duit banyak camtu kat cashier.
Huhuu...

So Kekna beralih arah kembali semula kepada Vincci.
Kekadang beli la jugak kasut berjenama tu untuk raya.
Cuma takdelah semahal Guess tuu..
Tapi kebiasaannya kasut untuk lasak memang Kekna pilih Vincci.

Baru-baru ni (sampai sekarang hingga 22 May 2016) ada sale kasut Vincci kat dalam 11street.my.
Semua kasut yang ada hanya berharga RM15 je!
Murah bebenor dah tuuuu...
Disebabkan Kekna memang familiar dengan kasut Vincci, dah tahu saiz ape, teruslah Kekna grab 3 pasang.
Wahhhh, suka suka suka!!

Kekna order hari Isnin.
Hari Selasa Kekna tengah duk ada training, Kekna dapat call dari courier yang kasut Kekna dah sampai.
Uihhhh, segera betul nih!
Suka suka suka lagi!!!


Tadaaaaaaaaa.....
3 pasang kasut Kekna sambar.
1 jenis loafers. 2 lagi jenis pump. Kasut flat.
Selesa, cantik dan rendah.
Sesuai untuk Kekna yang kaki berjalan ni.
Saiz 5 kesemuanya.
Si supergirls kemain lagi kutuk kaki Kekna.
Diorang cakap kaki Kekna kaki Cinderella.
Tak padan dengan badan yang besauuu...
Hoiii, kuangjaq! :p

Tapi Kekna memang puas hati wehhh...
3 pasang kasut tak sampai RM55 pun sekali dengan postage.
Serius Kekna suka.
Bila Kekna try pakai, alhamdulillah tiga-tiga sedang elok muat dengan kaki Kekna.

Kekna tak rasmi lagi tiga-tiga kasut ni.
Tengah duk fikir kot-kot nak buat raya ke.... hikhik...


Actually petang hari Isnin tu Kekna TERsinggah kat sebuah kedai kasut.
Kalau dah masuk kedai tu gak, tak sah kalau tak membeli.
Kekna TERberkenan pulak dengan wedges ala-ala Jelly Bunny ni.
Tapi yang ni fake je la... RM45 harga dia.

Masa daddy Kekna datang hari tu, Kekna ada jugak beli kasut Jelly Bunny kat Mid Valley.
Tapi tak kenalah dengan kaki Kekna.
Kekna nak jual balik kasut tu.
Pernah pakai sekejap je masa mula-mula beli.
Lepas tu dah tak pakai dah.
Condition 9/10.  Saiz 5. Tak luak pun lagi sebenarnya.
Kekna beli RM79.90. Tapi Kekna nak jual RM50 je exc postage.


Ini kasut Jelly Bunny yang Kekna nak jual balik tu...
Masa sebelum beli tu Kekna try macam selesa je tapi bila terus pakai lepas beli, lama-lama kaki Kekna sakit sebab rasa cam ketat sikit.
Warna cream & black.
Sape-sape berminat, roger Kekna eh...
Kalau yang duk-duk dekat yang takyah pos-pos tu, Kekna tak caj la postage tu...

Berbalik pada kisah kasut baru, Kekna beli kasut warna hitam.
Cantik... berkenan nau-nau Kekna dengan kasut ni.


Kasut ni jenis wedges... Tak tinggi sangat pun.
Selesa sangat.
Kot sape-sape yang nak Kekna tolong belikan, boleh je...
Kekna boleh tolong belikan. Nanti roger Kekna bagi tahu saiz berapa ye.
Kalau tak silap, ada kaler coklat jugak. Pun cantik...
Kekna tak amik apa-apa caj pun. Tak reti aihhh nak berniaga. Hihihi...


Asik tunjuk gambar kasut je.
Nak jugak letak gambar tuan tanah sekeping.
Bajet-bajet pakai blazer kat ofis... Ate aircond sejuk nau.
Menggigil-gigil Kekna dibuatnya.


Thursday, May 12, 2016

Terkena

Salam readers...

Minggu lepas, situasi kat kedai makan Al-Azmi, Sentul.

Dia : Nak tahu 1 benda tak?
Kekna : Pe dia?
Dia : Muka sayang macam budak-budak...
Kekna: Hoh?? Macam budak-budak kut mana pulak. Muka sayang dah tua laa...
Dia : Iye, muka macam budak-budak. Comel.
Kekna : Nak tahu 1 benda tak?
Dia : Yup...
Kekna : Dulu KJ pernah kata something kat bebudak yang minat Kpop.
Dia : Kata apa?
Kekna : Dia kata kembalilah minat kat lelaki Melayu yang tall, dark & handsome.
Dia : So nak kata abang ni tall, dark & handsome la ni?
Kekna : Tak jugak. Abang tall, dark, handsome dan boroi...

Terus dia acah-acah nak pukul bahu Kekna dengan sudu -___-

Ada 1 hari tu dia belek-belek gallery dalam henset Kekna.

Dia : Banyak nau gambar makanan.
Kekna : Mestilah kena snap apa yang kite masak.
Dia : Kalau abang dah lama dah buang semua gambar-gambar ni...
Kekna : Modal untuk update blog tu abang.
Dia : Alah, masak nasi goreng pun sampai sejam...
Kekna : -____-

Dia belek-belek lagi sampailah kat bawah-bawah gallery tu ada gambar zaman Kekna kurus.

Kekna : Kurus kan sayang masa dulu. Belakang sayang ni bentuk S tau....
Dia : Habis tu sekarang ni macam mana?
Kekna: Tak berapa nak S sangat dah...
Dia : Bukan tak berapa nak S. Sekarang dah jadi B terus. (ada lelemak).
Kekna : -______-

Dia masih belek-belek henset Kekna.

Kekna : B sayang tak seteruk D abang. Abang pregnant 4 bulan eh? (perut boroi)
Dia : -____-

Kitorang ni memang suka bergurau macam ni.
Saling terkena dan mengenakan.
Hihi...







Wednesday, May 11, 2016

Dinner dengan sahabat

Salam readers...

Minggu lepas, 03 May 2016, Kekna dapat mesej whatsapp mengejut dari sahabat baik Kekna, Syu.
Katanya nak jumpa Kekna lepas waktu balik kerja.
Kekna tertanya-tanya jugak... 
"Eh, syu ni ada kat KL ke?"
"Bila masa pulak dia sampai KL?"
"Kenapa pulak dia datang?"

Rupa-rupanya dia dah few days ada kat KL sebab ada kursus berkenaan dengan course study dia.
Now, Syu tengah amik PhD.
Wahhh... hebat sungguh sahabat Kekna yang sorang ni.

Dia datang ke rumah baru Kekna.
Siap cakap salute sebab Kekna berani duk sorang-sorang.
Kat KL lak tu....

Alahaiii, nak hidup, Syu.
Sorang pun sorang la... Sementara je ni duk sorang.
Nanti dah ada partner, duduk berdualah pulak. Hikhik...

Disebabkan Syu tak makan lagi, Kekna bawak dia pergi ke Sunway Putra.
Best rupanya Sunway Putra sekarang ni.
Macam-macam ada kat sini.
Selesa pulak tu nak shopping.
So next time kalau nak shopping, Kekna akan datang ke Sunway Putra ni ajelah.
Takyah pergi jauh-jauh.

Kekna bawak Syu pergi makan ke Boat Noodle.
Syu tak pernah lagi makan kat sini.
So, Kekna bawak dia rasa masakan kat sini.


Syu ni sahabat dari kecik lagi.
Kami bersekolah tadika sama-sama kat daerah Dungun.
Sekolah rendah pun disekolah yang sama. Darjah 5 dan 6 kami duk sekelas.
Sekolah menengah kitorang berpisah kejap sebab Kekna berpindah ke Kuala Terengganu.
Masuk kolej, kami bertemu balik.
Duduk satu rumah dari awal sem sampailah habis belajar.
Sekarang ni barulah masing-masing buat hal sendiri.
Tapi ukhwah antara kami berdua masih lagi kuat.

Mak ayah kitorang pun saling kenal.
Ate berkawan dari kecik kan...
Kekna rasa parent kitorang ni sepesen je perangai.
Ayah-ayah jenis tak kisah apa-apa je.
Mak-mak pulak sebijik jugak perangainya. Jenis suka membebel dan potpet laser.. hihi...


Malam tu Kekna order Thai popeye tempura.
Bayam goreng tempura je benornye nih...
Kekna suka. Syu yang pertama kali datang pun suka.
Tapi dia tak berapa gemor sos tu.
Kekna apa-apa je pun makan... hihi...


Yum Mama!
Kekna tamak order 2 pinggan.
Syu order 1 pinggan.
Syu kata sedap sangat.
Eh, haruslah sedap! Favorite Kekna ni...
Kerabu maggi orang Malaysia panggil.
Pedas desikkkk!!


Pathumthani chicken thai rice noodle & Ayutthaya chicken thai rice noodle.
Syu tak berapa gemor.
Kekna makan jugak yang ni... Amik 4 mangkuk sorang.
Aihhh, banyak nau makan nih.


Syu dari dulu sampai sekarang memang maintain je badannya.


Yang ni pulak, haiiihhh tak tahu la nak cakap cemana.
Makin dikata nak diet, makin kuat pulak nafsu makannya.
Sekejap kurus, sekejap gemuk.
Kurus 2 minggu, gemuk 2 tahun... hukhuk...


Dah la sekarang ni pemalas ya ampunnnn....
Serabai okeh!
Baju sempoi, muka tak make up, rambut serabai ikat tocang je.
Acaner orang nak terpikat nih?? Huhu...

Order banyak-banyak, pastu tak habis.
Terus tapau bawak balik rumah.


Esoknya panaskan balik kerabu maggi yang tak habis tu buat makan malam.
Buat sosej roll cheese. Terhangit la pulak.
Pastu kebetulan Kekna ada beli cream puff petang tu.
Panaskan balik dalam microwave.
Terus membuak-buak custard cream tu terkeluar dari pastry puff.
Melting uolsss!
Konyang Kekna makan malam tu.....
Alhamdulillah.

Tuesday, May 10, 2016

Rutin

Salam readers...

Sejak-sejak dah berpindah rumah ni, rutin Kekna berubah 100%.
Kalau dulu pukul 8 pagi baru bertolak ke office, sekarang ni kadang-kadang pukul 7, kadang-kadang 7:30.
Kalau dulu bangun tido je boleh tergolek-golek amik mood dulu atas katil, sekarang ni celik mata je terus bergegas pergi bersiap.
Dah bersiap, siram pokok bunga dulu kat luar rumah, buang sampah, kemas rumah kemas bilik kemas dapur bagi nampak bersih.
Nanti dah balik kerja tengok rumah bersih, hati pun senang.

Tapi kan seriously Kekna rasa tenang sangat-sangat duk sini.
Walaupun rumah kecik, tapi senang sangat nak manage.
Bersyukurnya dapat duduk dalam rumah macam ni.

Actually pokok bunga tu jiran sebelah rumah Kekna yang punya.
Tapi dia gantung bunga-bunga tu kat depan rumah Kekna.
Hari tu dia ada datang rumah Kekna sebab nak tanya Kekna ok ke dia gantung pokok kat situ.
Kekna ok je. Tak kisah pun.
Lagi cantik depan rumah bila ada bunga kan.
So tugas Kekna pagi-pagi untuk siram bunga tu secara sukarela.

Kite ni kenalah pandai hidup berjiran.
Hidup bermasyarakat. Hidup bermuafakat.
Tak gitu?

Actually sekarang ni Kekna masih dalam progress untuk deko rumah ni bagi nampak selesa, cantik dan kemas.


Macam kat ruang tamu ni, Kekna plan nak letak wallpaper.
Tapi hold dulu.
Masih ada benda penting yang perlu Kekna buat.

Kekna tak suka rumah yang terlalu sarat dengan perabot.
Cukuplah kat ruang tamu ni ada tv dan kabinet, dan sofa.
Takmo barang banyak. Nanti rumah jadi makin sempit dan tak kemas.


Sama jugak dengan dapur.
Kekna ada dry kitchen dan wet kitchen.
Dry kitchen, Kekna letak barang-barang elektronik macam periuk nasi, oven, microwave, peti ais.


Disebabkan dry kitchen ni dekat dengan bilik air, Kekna letak mesin basuh jugak kat sini.
Ngam-ngam pulak saiz mesin basuh ni dengan tempat yang Kekna letak.
Cuma buat masa sekarang ni mesin basuh ni takleh guna sebab paip yang salurkan air ke mesin ni tersumbat.
Kekna tunggu Megat (husband Mimy Hamid) datang untuk baiki paip ni.


Dalam bilik still in progress.
Masih banyak lagi barang yang tak berkemas.

Memandangkan dinding rumah ni keras sangat-sangat dan kalau nak memaku pun kena suka drill, so buat masa sekarang Kekna takleh gantung lagi gambar-gambar.
Jadinya Kekna just susun frame gambar yang ada kat atas drawer Ikea ni.


Kekna memang tak ada meja solak yang khusus.
Ni drawer 3 tingkat yang Kekna beli kat Giant.
Memang dari dulu Kekna jadikan drawer ni sebagai tempat untuk letak barang-barang solek dan penjagaan diri.
Rasanya kawan-kawan terdekat tahu kot yang Kekna memang suka susun alat-alat solek macam ni.

So far sepanjang Kekna berpindah ni, Kekna belum ada mood lagi untuk memasak.
Balik rumah, Kekna akan beli makanan kat kaki lima.
Tak pun beli siap-siap kat ofis.
Balik rumah, panaskan aje lauk tu dalam microwave.


Weekend hari tu je Kekna masak telur dadar dan ikan goreng.
Kuah kicap pedas tu Kekna beli kat ofis je.
Pastu frozen kan dalam peti ais. Huhu...

Owh, lagi satu rutin Kekna yang terbaru.
Setiap petang Kekna akan keluar berjogging kat kawasan sekitar.
Yela, kawasan sini tak banyak kereta yang lalu lalang.
Tak adalah malu sangat nak berlari-lari anak.

Kalau ikutkan dah bertahun-tahun kot Kekna tak jogging.
Bila start balik ni rasa macam patah riuk semua tulang.
Badan memang sakit sangat-sangat.

Tapi ate nak kurus dan nak sihat kann...
Kenalah bersenam dan keluarkan peluh.
Tapi seronok sebenarnya.

Rumah selesa, jiran baik-baik, kawasan tenang, dekat dengan pasar...
Nak puasa nanti pun, senang.
Lokasi bazar ramadhan duk sebelah blok je.

Memang pada awalnya Kekna was-was.
Betul ke tak nak pindah kat sini.
Rupa-rupanya inilah keputusan yang terbaik untuk Kekna... :)



Monday, May 9, 2016

Review | Transbella soft launch @ Teh Tarik Place, The Mines

Salam readers...

23 April 2016 lepas, Kekna dijemput untuk menghadiri Transbella Soft Launch bertempat di Teh Tarik Place, The Mines.
Dupdapdupdap je jantung ni nak pergi event kerlasssss macam ni.
Lagi dupdap bila ada Diva AA sebagai hos dan Atita Haris sebagai Transbella Ambassador.



Majlis berlangsung pada jam 2 petang tapi Kekna dan blogger femes Mimy Hamid dah terpacak kat The Mines tu dari pukul 12:30 tengahari lagi.
Bersungguh-sungguh nak pergi ke majlis pelancaran produk terlajak bagus nih.


Kekna pergi saing dengan Mimy Hamid.
Tema majlis tu pulak warna purple.
Gigih Kekna godek-godek laci cari tudung kaler purple tau.
Nasib baik ada. Haruslah ikut tema kan...




Majlis tu dihadiri oleh ramai blogger femes...
1st time jumpa blogger blogger femes ni.
Semuanya baik dan cun-cun.


Tapi yang paling cun haruslah founder product Transbella ni iaitu Kak Anny Ariffin
Kak Suraya Sulatin pun cun jugak.
Tak puas tengok dua orang ni sebab memang cun melecun kulit putih melepak!
Kekna yang berkulit kelam berkarat ni rasa jeles sangat dengan kulit diorang berdua.
Dahlah putih, sekata, takde cela dan jerawat.
Tak perlu pakai camera beauty face atau camera 360 pun sebab memang kulit mereka cantik sangat-sangat. 
Sumpah tak tipu!

Rupa-rupanya rahsia kulit cantik mereka adalah Transbella dan Transgluta!
Apa itu Transbella dan Transgluta?


Transbella

Ia adalah supplement anti-aging yang memberikan 5 kali whitening power booster, meningkatkan tekstur kulit muka supaya menjadi lebih tegang, lembut dan bebas jerawat dan mampu mencerahkan jeragat.
Transbella juga boleh meningkatkan kompleksi kulit dan memberikan kulit muka yang putih dan cantik berseri.

Oooo.. Patutlah kulit Kak Anny dan Kak Su comel loteyy.
Ini rupanya rahsia diorang. Hihi...

Kita sebagai pengguna haruslah prihatin dengan kandungan-kandungan di dalam satu-satu produk.
Transbella mengandungi ekstrak yis, serbuk mutiara, ekstrak sakura, vitamin C dan collagen trepeptide. 
Ia boleh diamalkan oleh wanita yang berumur 16 tahun hingga 60 tahun, wanita mengandung 6-7 bulan dah ke atas dan juga wanita yang breastfeed bayi lebih dari 6 bulan.
Oppsss... bukan tu sahaja.
Transbella bukan sahaja untuk wanita tetapi lelaki pun boleh makan okey!
So, lelaki pun boleh mendapatkan kulit dan cantik cerah berseri....



Transgluta

Transgluta ni pulak adalah produk memutihkan kulit yang menggunakan 100% teknologi Korea yang berbentuk pil.
Kot la sesape yang alah pada kolagen, anda boleh mengamalkan transgluta.
Transgluta mempunyai kandungan glutathione yang tinggi.
Ia akan memberi kesan pemutihan berganda, menghilangkan jerawat, memudarkan jerawat, mengecilkan pori dan melicinkan kulit.
Paling penting, ia bukan saja memutihkan kulit muka tapi kulit satu badan.
Wahhhh, hebat sungguh ni...



Dimaklumkan, jika anda makan supplement lain, toksah risau-risau. 
Anda masih boleh mengambil transgluta ni dengan syarat jarakkan waktu pengambilan selama 3-4 jam.

Kekna pun dah amalkan transbella.
Insha ALLAH Kekna akan tunjuk review nya nanti ye.


Dah macam dayang senandung bergambar dengan puteri kayangan... Huhu...


Kekna ingatkan Kekna dan Mimy yang sampai awal kat The Mines.
Rupa-rupanya Diva AA sampai lagi awal.
Katanya pukul 5 pagi dah terpacak kat The Mines tu. Ko ghase??

Memang Diva AA sangat professional dalam bekerja.
Cara dia mengendalikan majlis pun sangat best!!


Nah, gambar awek-awek cun lagi.
Hoii, tak puas tengok mereka berdua ni...


Kak Suraya Sulatin dipanggil untuk sama-sama mengendalikan majlis itu.


Cik Intan Dayana, pengguna produk Transgluta.
Dia share dengan semua yang hadir tentang pengalaman dia menggunakan produk Transgluta.
Tengoklah kulit Cik Intan ni... Putih melepak kan...
Bukan muka aje yang putih, tangan, kaki dan seluruh badan pun putih!
Memang menakjubkan sungguh...


Ni wajah Cik Intan Dayana sebelum dan selepas mengamalkan Transgluta.
Berbeza kan?

Kekna pun nak putih cantik macam dia jugak! Waaa...

Another testimonial :-


Daripada Kak Suraya Sulatin sendiri.
Ya ALLAH, jauhnya beza dulu dan sekarang...



Putihnya tu macam putih semulajadi.
Bukannya putih macam mayat tuuu..
Memang bagus betul produk ni.


Transbella Ambassador, Atita Haris.
Tengok depan-depan, masya ALLAH cantiknya dia!
Dia pun share experience dia menggunakan produk transbella.


Diva AA memang pandai menggamatkan suasana.
Tak kering gusi kami dibuatnya.


Para pengguna  product transbella dan transgluta (paling kiri dan paling kanan) bergambar bersama-sama dengan founder, blog ambassador, product ambassador dan host majlis.


Kekna pun sempat bergambar dengan host Malaysia yang paling vogue the vass iaitu Diva AA.


Bersama-sama dengan founder product Transbella dan Transgluta, Kak Anny Ariffin.


Juga dengan Atita Haris dan keluarga.




Antara bloggers yang hadir.
Cantik-cantik semuanya ikut warna tema majlis.



Makanan-makanan yang dihidangkan pada hari tersebut pun sedap-sedap.
Paling sedap ialah chicken grill with meatballs and dragonfruit sauce.
Ya ALLAH sedapnya sampai terjuling-juling mata!

Hos best, founder cantik, blog ambassador pun cantik, product ambassador pun lawa, makanan pun sedap-sedap!
Paling penting, produk pun TERBAIK!

Untuk info lanjut, anda boleh layari :-

Hotline : 013- 691 5315 / 019- 317 3715

Opssss sebelum terlupa!
Ni Kekna nak kabo nih...
Ada promosi untuk produk Transgluta dan Transbella ni sempena Hari Ibu!

Beli COMBO (Transgluta & Transbella) hanya dengan RM120 je...!!!
Free postage uollss!!
Eh, eh... bukan free postage je.
Dapat free Zenia Foundation lagi...
Ya ALLAH... Murah terlajak ni!!

ataupun

RM60.00 untuk setiap botol Zenia Collagen, Transgluta dan Transbella.

Harga asal Transgluta RM110.00 (Promo biasa RM69.90)
Harga asal Transbella RM90.00 (Promo biasa RM80.00)
Harga asal Zenia Collagen RM150.00 (Promo biasa RM130.00)

Kalau berminat, whatsapp Kaksu yang vogue the vass tu di 012- 918 4042 untuk order.

PROMO dari 8 May 2016 sampai 13 May 2016 je tau!

Cepat-cepat order kalau nak kulit cantik cerah putih berseri!