Wednesday, June 29, 2016

Shopping raya

Salam readers...

Last minit barulah Kekna ada mood nak shopping raya.
Kekadang Kak Long Kekna ada call & tanya, "Kak Ngah, awak dah beli ke belum baju raya?"
Mesti Kekna akan jawab, "Belum lagi... Tak tahu nak beli kat mana..."

Ha, memang pun Kekna tak tahu nak beli baju raya kat mana.
Tahun lepas Kekna beli baju raya 2 pasang kat Jakel Mall, KL.
Itupun last minit jugak sebab mommy call masa Kekna tengah berjalan-jalan kat area Masjid India.
Mommy bagitahu baju raya yang Kekna tempah kat kampung nampak macam baju tido.
Masa tu menggelabah kemain Kekna cari baju raya.
Nasib baik jumpa baju yang lawa.

Tahun ni Kekna taknak dah beli kat Jakel.
Sebab sekarang ni Jakel pun dah ada kat Kuala Terengganu tu.
Takut nanti baju raya Kekna sama pulak dengan sedara-mara kat sana.
Hahahaha...
Dah la tahun lepas ramai gile yang berkenan dengan baju yang Kekna beli kat Jakel tu.
Siap ada yang cakap, "Tahun depan nak beli baju kat Jakel jugak laa..."
Huhuu.... Sebab tu laa Kekna takmo dah beli kat Jakel.
Yela, Kekna taknaklah boria.
Sedangkan sesama adik beradik pun kitorang semua tak suka sama design dan corak, inikan pulak dengan orang lain.
Poyo kannn... hahahah... pedulik!
Masing-masing punya style la kan.. 

Kak Long kemain lagi cadangkan Kekna pergi kat situ sini.
Pergi baju brand Siti Nurhaliza laa, pergi Bangi Sentral la, Zawara laa...
Tapi tu la... Takut TERsama dengan orang lain pulak nanti.
No no no....

Kebetulan 25 Mei baru-baru ini, Iwan ada datang KL.
Dia stay kat rumah Kak Long 1 malam, pastu rumah Kekna 1 malam.
Hari Sabtu, kitorang keluar berdua pergi Sogo naik LRT.
Senang. Takyah fikir pasal parking. Lagipun dah sah-sah kat sana jalan jem teruk.
Baik naik LRT. Saja je la nak jalan-jalan cuci mata.
Lagipun mommy ada pesan suruh beli something kat Sogo tuu...
Tapi dah alang-alang ada kat sana, Kekna shopping la barang-barang dapur dan rumah sekali.
Yela, Sogo tengah buat sale kan.


Dia ni seperti biasa.
Asal pegang henset Kekna je, mesti dia selfie banyak-banyak.
Ni salah satu selfie dia yang ok sikit....



Nampak tak troli tuuu?
Amik troli, boleh sumbat semua barang-barang yang kitorang shopping kat atas tadi.
Masa ni Kekna nak shopping barang-barang dapur pulak.
Lauk-pauk dah tinggal sikit dah kat dapur rumah tuu..

Plan asal lepas pergi Sogo, nak terus pergi ke Mid Valley.
Tapi oleh sebab barang banyak sangat, Kekna ajak Iwan balik rumah dulu.
Nak jimat, kitorang naik grab car... RM10 je uolsss dari Sogo ke rumah Kekna.
Murah kan?

Dah sampai rumah, rehat-rehat kejap. Solat Zohor.
Dalam pukul 2 lebih, barulah kitorang keluar pergi Mid Valley pulak.
Seperti yang dijangka, MV memang ramai gile umat manusia membeli belah.
Nasib baik kitorang ke sini sebab nak cuci mata je.
Memang takde niat nak shopping tapi kot kalau ada terberkenan dengan apa-apa, boleh la sauk.


Dekorasi hari raya di Mid Valley. Cantik kannn....




Dalam henset Kekna ada gambar ni je.
Gambar kitorang berdua ada dalam kamera Iwan.
Actually seronok keluar dengan mamat ni sebab dia rajin amik gambar.
Baru-baru ni dia beli sjcam gopro.
Kemain lagi duk snap-snap guna kamera tu.

Tak lama lagi Iwan dah nak kahwin dah.
Tak sangka adik lelaki Kekna yang sorang ni bakal jadi suami orang.
Tinggal berapa bulan je lagi.
Persiapan kahwin dia pun hampir settle semua dah.
Nanti balik kampung, Kekna kena monitor lagi sikit-sikit.
Kot-kot ada yang tertinggal.

Alang-alang dah ada kat Mid Valley, kitorang decided untuk berbuka kat sana je terus.
Awal-awal lagi kitorang booking The Manhattan Fish Market.
Dah booking, kitorang sambung jalan-jalan lagi.
Iwan nak beli barang elektronik dapur dia.
So, kitorang survey la kedai-kedai elektronik kat Mid Valley tu.

Berjalan-jalan di bulan puasa memang mencabar sikit.
Dah la Mid Valley ni ada banyak kedai makan.
Bau makanan sana sini ohhh... Hihihi...

Haritu Kekna dan Iwan sempat dapat tempat duduk kat buaian dalam Mid Valley tuu.
Kalau korang pernah pergi MV, mesti perasan ada 1 buaian kat situ.
Memula ada couple cina duduk.
Bila diorang bangun, kitorang pulak yang duduk.
Yela, kaki ni macam dah nak patah kottt asyik berjalan je.
Perut usah cakap la.... memang lapar gile.
Tinggal 2 jam setengah lagi untuk berbuka...

Tapi tak sampai 5 minit pun kitorang duduk, ada sorang perempuan cha ya nun alif berdiri sebelah buaian tu.
Terjeling-jeling kat Kekna dan Iwan.
Iwan masa tu tengah duk main game dalam henset.
Yela, kitorang duduk sebab penat kot.
Nak duduk kat kerusi lain, semuanya dah penuh.

Perempuan tu pulak sekejap ke sana, sekejap ke sini tapi mata dia duk terjeling-jeling kat kitorang berdua.
Iwan cakap, "Mesti dia tunggu kita bangun sebab dia nak duduk sini".
Kitorang pun buat dunno je la.
Yela, dia tu memang sah-sah tak puasa.
Kot kalau penat, pergi je la duduk kat food court minum-minum dulu ke.

Memang betul cakap Iwan.
By the time kitorang bangun je, terus dia duduk.
Kekna dan Iwan pulak pergi la jenjalan masuk FOS...
Lebih kurang setengah jam lepas tu, kitorang lalu balik kat buaian tadi.
Tengok-tengok pompuan tadi still duduk kat situ. 
Tapi muka dia nampak bengkekkk je sebab ada 1 family lain duduk kat sebelah dia.
Hahaha...
Kesian betul.

Pukul 6 lebih, kitorang masuk ke The Manhattan Fish Market.
Rehat kat situ je terus. Senang.

Bila dah duduk tu gak, mesti snap-snap.








Macam biasa, Kekna amik Small Flame.
Iwan pun sama. Dia order small flame jugak.
Kenapa Kekna suka small flame?


Sebab ini...
Udang cheese ke ape ntah....
Cheese tuuu memang marveles wehhhh....
Everyone should try it!


Kekna order mushroom soup jugak.


Yang ini salad.


Quad Platter.
Favorite Kekna jugak.


Ni je gambar kitorang berdua yang ada dalam henset Kekna.
Iwan ni bila ntah nak share gambar-gambar kat dalam gopro dia tuh??


Candid!
Cam lawa je... heheh...
Matik laa puji diri sendiri. Hahah...

Alang-alang Iwan datang KL, Kekna amik peluang untuk kirimkan barang-barang yang Kekna nak bawak balik kampung.
Nanti bila dah nak fly, takyah dah susah-susah bawak banyak sangat barang.
Habis semua kasut-kasut, handbags, baju-baju Kekna kirim kat dia.
Dah sampai kat kampung dah pun barang-barang Kekna tu. Hihhihi...

Tak sabar ni nak balik kampung.
Nak bersahur kat kampung.
Nak berbuka puasa kat kampung.
Nak tido lama-lama kat kampung.
Hahahah...

Gonna miss my H! <3



Tuesday, June 28, 2016

Berbuka puasa di Seri Pacific Hotel bersama Geng Avengers

Salam reader...

Hujung-hujung bulan Ramadhan ni rajin pulak Kekna berbuka kat luar.
Yela, dah hujung-hujung ni idea nak masak pun dah kering dah.
Bila masuk je pukul 4 petang, Kekna mulalah menggelabah fikir nak masak apa untuk berbuka.
Penat otak oihhh... hahah

Nasib baik la awal-awal lagi geng avengers agak berbuka kat luar 24 Jun baru-baru ni.
Tenangnya jiwa raga takyah fikir nak masak apa.
Hihi...

Awal-awal lagi Ekin dah tolong booked kan kitorang untuk berbuka puasa di Seri Pacific Hotel.
Date yang kitorang pilih tu pulak ngam-ngam sama date dengan event Mood Republic kat PWTC tu.
Memula memang kitorang plan nak pergi ke hotel tu dengan kereta aje.
Tapi last last tak jadi sebab memasing takut jalan ke sana jem gila.
So kitorang semua decide untuk naik LRT je.

Kitorang bertolak dekat pukul 6 petang dari ofis.
Yela, kalau pergi awal-awal pun tatau nak buat apa kan...
Kitorang sampai je, terus pergi survey apa makanan yang ada.
On that time orang pun tak berapa ramai sangat.
Better tengok-tengok dulu apa yang ada nanti senang nak buat pilihan. Hihi...


Kenapa kitorang pilih Seri Pacific Hotel untuk berbuka kali ni?
Sebab ada kambing golek niiiii....
Mak aihhh, sedap gile wehhhh!!



Yang ni daging kmabing yang dah dipotong-potong.
Makan pulak dengan black pepper sauce atau mushroom sauce.
Panas-panas pulak tuuuu...
Nikmat dunia niii. Hihi..


Pizza pun ada....
Tapi mungkin sebab pizza ni dah siap lama, jadi agak keras sikit laaa...


Aneka jenis yong tau fuu...


Kueh teow goreng pun ada....


Makan pulak dengan kerang bakar ni..... Aduhhh... kecur liur korang tahu tak?


Ikan bakar


Sotong kunyit pun ada...
Ok laa... Liat sikit je.
Mungkin dah sejuk.


Masak lemak ketam dan gulai kambing pun ada...


Sayur mayur...


Yang ni bahagian sup gear box...


Dalam banyak-banyak makanan, soup gear box ni la yang paling sedap.
Isi daging dia lembut sangat-sangat!!
Waaaa.... tertelan-telan ailio Kekna mengenangkan kesedapan soup gear box ni tau...


Beriyani kambing favorite Kekna...
Nyesal tak makan banyak-banyak.
Sedappp!!!


Aneka jenis acar


Shawarma pun ada....


Sikitnya Kekna amik beriyani ni...
Eh, sikiit ke tu? Mihmihmih...
Bagi Kekna sikit laa sebab beriyani dia sedap ok.


Kekna letak daging kambing, sotong dan pizza dalam 1 plate.
Senang...


Kekna amik jugak fettuccine carbonara.
Tawar sikit.
Kalau ada grated cheese, mungkin sedap sikit kottt...


Murtabak, spaghetti bolognese  dan shawarma letak dalam 1 plate jugak.


Sup daging dan roti


Kami geng avengers.




Anti social je memasing ni.
Lepas makan je, perut kenyang, semua layan phone...
Nyampasssss.... hahaha...

So far ok la makan kat Seri Pacific Hotel ni.
Berbaloi...
Bayar RM69 je kat groupon, lepas tu boleh makan puas-puas.
Paling berbaloi bila amik soup gear box tuuu.
Bapakkk besar gear box dia. Daging pulak alahaiiiii lembut sangat-sangat.
Sikitt pun liat.
Kalau makan kat luar agaknya dah berapa RM dah.
Memang se'eh laa perut makan cenggini.
Acaner tak gemok?
T____T

Friday, June 24, 2016

Juadah berbuka puasa

Salam readers...

Tahun ni baru sekali Kekna jejakkan kaki ke Bazar Ramadhan.
Itupun sebab Kekna betul-betul malas masak dan berbuka sorang-sorang.
Kalau hari-hari lain kebiasaannya Kekna dan housemate yang akan masak.
Jimat sikit...
Eh, bukan jimat sikit. Jimat banyak kot.
Bayangkan laa minggu lepas RM10 pun tak keluar dari purse Kekna ok...

Minggu ni je teruk sikit sebab Kekna beli macam-macam kuih.
Pastu shopping baju raya, tudung raya...
Itupun Kekna dah habis jimat cermat dah sebab Kekna ada je repeat balik baju raya tahun lepas yang jarang dipakai.
Alaaa... tak mati pun kalau pakai balik baju lama.
Pastu ada baju raya tahun lepas yang Kekna tak pakai langsung.
Cam sayang la pulak tak pakai.
So, marilah kita pakai untuk raya tahun ni pulak.
Itupun kalau still muat la... hihii...

Ok, back to the tajuk asal.
Juadah berbuka.
Kekna memang selalu masak.
Selain jimat, masak sendiri ni kita puas hati sikit makan.
Sedap ke tak sedap ke, lain citer.
Kekadang tu ade jugak Kekna beli 1 lauk je kat bawah ofis ni.
Buat tambah-tambah orang kata.


Tomyam seafood, udang sos plum, ayam goreng, sambal kering ikan bilis dan sayur-mayur.
Makan macam ni pun dah kenyang.
Tapi tomyam tuu... perghhhh... sedap oihhh...
Pedas berdesing tapi cukup rasa manis, masam pekat likat...


Kekna pun dah lupa ni Ramadhan yang ke berapa.
Tapi Kekna dan housemates masak ikan 3 rasa, ayam goreng bawang dan masak lemak sayur putih.
Tambah pulak ada sambal belacan.
Memang menambah 2 pinggan ohhh...


Masa ni Kekna berbuka sorang-sorang.
Housemates Kekna ada event kat hotel.
Punyalah malas nak menapak kat bazar, Kekna masak sendiri.
Ayam goreng bawang, bawak masam manis dan potatoes dengan telur dadar.
Puas ati sangat dapat makan macam ni.


Ni jimat namanya.
Sebab makan berdua je dengan housemate.
Kitorang makan ikan masak kicap, suhun telur, ayam sos plum, kurma daging.
Sambal belacan tetap disisi. Hihi...


Yang ni pulak sambal udang, sup ayam, begedil beli kat ofis dan telur dadar.
Makan dengan nasi panas-panas.
Udang tu pulak memang fresh baru beli.


Ni lauk bajet namanya.
Masa ni lauk pun memang ngam-ngam yang last.
Guna je apa yang ada sebelum shopping lauk lain.
Kekna masak sambal ikan bilis, sup telur, sayur goreng dan ikan goreng.
Makan macam ni pun dah kira bersyukur sangat dah.


Untuk sahur malam 2 hari lepas Kekna agak rajin.
Kekna buat spicy squid aglio olio.
Terlajak pedas sebenarnya.
Nasib baik sedap. Eh, TERR puji masakan sendiri pulak. Hihi...


At the same time, Kekna ada beli lasagna 3 bekas kat jualan bawah ofis Kekna ni.
Lasagna dia memang sedap.
Kekna belilah 3 sebab nak kongsi-kongsi dengan housemates.
Sekali diorang tak makan laa lasagna.
So, Kekna kenalah habiskan semua.
Nasib baik kecik aje.
Kalau besar, confirm tak habis.

Actually bila kita masak sendiri, memang puas hati.
Tahun ni Kekna tak jumpa lagi pajeri nenas yang sedap.
Hari tu Kekna beli pajeri nenas, sedap tu sedap laa tapi sampai kena diarrhea la pulakss..
Terus serik nak beli dah.
Nanti balik kampung nak request mommy untuk masakkan pajeri nenas.
Nak buat sendiri? Memang tak pandai lerr... Hihihi...