Tuesday, June 20, 2017

Iftar di luar lagi

Salam readers...

Jumaat minggu lepas, Kekna diajak untuk berbuka puasa kat luar lagi.
Haih, akhir-akhir Ramadhan ni macam makin kerap pulak berbuka puasa kat luar.

On that day, Kekna decided untuk berbuka puasa di Al-Azmi Gardens, Sentul.
Plan asal nak makan goreng-goreng je sebenarnya.
Sekali time order,

"Bang, bulan puasa kitorang tak buat goreng-goreng..."

Alaaaaaa....
Kekna ni dah la teringin nak makan western kat situ.
Kawan pulak teringin nak makan nasi goreng.
Tak pepasal kena order lauk-lauk.
Tapi takpe... order je la.
Ate perut lapo.
Ape yang terhidang memang boleh telan aje.

Kitorang order :-


Ikan siakap masak stim limau


Sup daging super pedas.

Masa makan sup ni, dedua tersedak sebab pedas sangat.
Hahahha...


Kailan goreng


Kali ni giliran kawan Kekna pulak yang tolong habiskan makanan....
Sebab Kekna dah kenyang sangat-sangat.
Tak tahu la kenapa hari tu Kekna makan nasi sikit je dah kenyang.
Padahal sebelum berbuka tu lapar kemain...

Makan cenggini baru RM60 camtu.
Berbaloi jugak la sebab ikan siakap tu besar.

Dah settle makan, kitorang jalan-jalan ke Tasik Titiwangsa.
Just pusing-pusing sebab cuaca sejuk baru lepas hujan.

Balik rumah, terus terlentang sebab mengantuk sangat-sangat + badan rasa lenguh.
Maunya tak lenguh.
Petang dah sangkut dengan jem dari pukul 5 petang sampai 6:30 petang baru sampai rumah.
Sampai je depan rumah, kawan dah siap-siap menunggu dah kat dalam kereta.
Mintak izin naik kat rumah dulu sebab nak letak barang-barang.
Pastu turun balik, baru pergi ke restoran.
Nasib baik la Al-Azmi Gardens ni dekat je dengan rumah.

Apapun, syukur alhamdulillah dengan rezeki dari ALLAH swt.

Eh, tak lama lagi dah nak raya.
Lagi berapa hari Kekna akan balik kampung.
Hooreeyyy!

Monday, June 19, 2017

Cerita 14 Jun

Salam readers...

Alkisah 14 Jun yang lepas adalah birthday kawan Kekna.
Bila ditanya nak makan ape, dia cakap dia nak makan kat restoran mamak.
Kekna dah macam, "What?? Takkan mamak je kot... Ni birthday kot..."
Tapi dia tetap kate nak makan kat kedai mamak.
Okay la... okay laa... kite ikut je kehendak birthday boy.

Memula Kekna plan nak bawak dia makan kat Mahbub Bangsar.
Dari pagi Kekna call Mahbub, tak dapat.
Sampailah pukul 4 lebih petang, Kekna berjaya call Mahbub tapi reservation dah full.
Pftttt!
Backup plan haruslah kena ada kan.
Kekna booking kat Syed Bistro Restaurant.
Restoran ni pun tak jauh dari lokasi Restoran Mahbub tu.

Pukul 5:30 petang kitorang bertolak ke Syed Bistro dari KL Gateway Mall.
Barulah Kekna tahu horror rupanya jalan kat situ kalau pukul 5 petang ke atas.
Bayangkan la jalan dari KL Gateway sampai ke pintu depan UM amik masa 45 minit uolss!
Sedangkan kalau jalan tak jem, hanya amik masa tak sampai 2 minit pun.

Nasib baik laa driver jenis tak mudah marah.
Dia cool je bawak kereta.
Sampai depan Hospital Pantai, jalan dah lega dah sikit.

Kitorang sampai kat Restoran Syed Bistro ni dalam pukul 6:40 petang camtu.
Itupun banyak kali pusing cari parking.
Tempat padat macam tu memang la susah nak dapat parking kan.

Dah sampai teruslah kitorang order.


Kekna makan nasi bukhara kambing.
Birthday boy pulak makan roti canai kosong 2 bijik, ayam masak kuzi dan kari ayam.

Kekna : Roti kosong je?
Kawan : Ya, teringin.

Apa-apa je lah. Padahal Kekna dah bagitahu dah suruh dia makan apa yang dia nak sebab Kekna yang belanja.

Settle makan, Kekna hulur pulak kek Chocolate Odyssey dari Secret Recipe.
Kekna beli 1 slice je untuk dia...
And Kekna paksa dia untuk tiup lilin.

Kawan : Malu la dah tua-tua nak sambut birthday lagi.

Hahahah...
Dalam pada malu tu, dia tiup jugak lilin yang Kekna dah pasang.
Hihi..

Balik dari makan, kitorang ronda-ronda kat bandar KL.
Lewat malam sikit dia ajak Kekna lepak minum mangga susu kat Kampung Baru.
Kitorang singgah di Classic Cafe.
 

Inilah mangga susu itu.
Kekna pulak minum milo ais je.
Tak lalu nak minum jus-jus bagai.

Kawan Kekna kata kat situ memang no.1 jus mangga susu dia.
Sedap.
Idok pulak Kekna rasa jus tu.
Tapi kalau dah dia kate sedap, maknanya sedap sungguh la tu kot... 

Lepak-lepak kejap, terus dia hantar Kekna balik rumah.
Lagipun esoknya kena kerja lagi.

Haihhh... lambatnya raya.
Tak sabar nak balik kampung ni... huhu..


Friday, June 16, 2017

Iftar di Restoran Chief Ikan Bakar, Sg Tua Batu Caves

Salam readers...

12 June 2017 (Isnin), Kekna diajak untuk berbuka kat luar.
Kekna on je...

Sakit gusi pulak masih tak hilang-hilang lagi.
Nak makan ubat pun tak boleh sebab berpuasa.
Nak tak nak kenalah tahan sakit tu dulu.

Yang 'kawan' Kekna ni pulak dah risau dah...
Yela, dia duk ingat Kekna tak boleh makan benda-benda keras.
Padahal Kekna boleh je mengunyah.
Tapi kena kunyah sebelah kiri la... Sebelah kanan tak boleh kunyah sebab sakit.
Ade ke patut dia cakap, "I think you only can eat soft food..."
Dia ingat Kekna ni baby ke ape? -____-

Kitorang decided untuk berbuka di Restoran Chief Ikan Bakar kat Sg. Tua Batu Caves.
1st time Kekna datang ke restoran tu.
Nampak cozy.
Kawan Kekna kate dia kerap makan kat situ.


Bersusun seafood kat dalam seafood display ni...
Geram-geram je Kekna tengok ikan-ikan segar nih.
Ada macam-macam jenis ikan.
Ikan siakap, kerapu, talapia. Ehhh, ketam pun ada laa.


Udang galah, lala, sotong pun ada uolss...
Tak mampu makan yang mahal, ikan kembung pun ada.
Ikan pari dan ikan bawal pun ade.
Pilih je nak ape.

Dah pilih seafood, kite bagitahu la nak masak ape.
Masak stim ke, makan 3 rasa ke, masak pedas ke... apa-apa je lah.
Macam Kekna hari tu, kitorang amik ikan kerapu masak 3 rasa.
Pastu Kekna request untuk buat berkuah sikit.
Takde la nanti makan kering gituje dengan nasik kan..


Haaa... kat sini ada ikan singgang jugak tau.
Kekna tak tahu la sedap ke tak sebab hari tu Kekna tak try pun.
Kalau korang nak try, boleh aje.


Ini la kerapu 3 rasa itu.
Sedap jugak.
Lagipun Kekna penggemar masak 3 rasa.
Kirenya masak 3 rasa kat sini menepati citarasa Kekna laa...

Kekna pilih ikan bersaiz sederhana je sebab makan berdua aje kan.
Time lapar ni memang la asik nak order yang besar-besar.
Nanti time berbuka confirm sekejap tolak makanan kat orang tu orang ni...
Untuk elakkan membazir, baik kite pilih yang biasa-biasa je.


Udang masak pedas.
Yang ni pun ok.
Sebenarnya Kekna kempunan nak makan udang butter.
Tapi dia tak buat pulak masa tu.

Suppose kitorang tak order pun udang ni.
Sebab yang makannya Kekna sorang je.
Yang kawan Kekna tu pulak sibuk makan nasi dengan sup cendawan dia.
Memang style 'kilauan emas' sungguh laa dia ni.


Telur dadar yang wajib ada.
Hihih...



Yang ni sup cendawan.
Kawan Kekna ni suka sangat makan sup cendawan.
Makan kat mana-mana, mesti dia order sup cendawan.
Rasanya tak susah kot masak sup cendawan ni kan..


Ini pulak kailan goreng.
Pun sedap makan cenggitu je...

Dah settle makan, terus balik rumah.
Yela, Kekna kan tak sihat sangat.
Gusi sakit melampau tahap nampak tampo orang ok!

Sampai rumah, terus serbu dapur cari air suam untuk makan ubat.
Sakit jiwa wehhh sakit macam ni.
Tido pun tak lena.
Sobss... sobsss...

Tuesday, June 13, 2017

Sakit ketika bercuti

Salam readers...

Korang tahu kan, sakit ketika tengah bercuti adalah SANGAT TAK BEST!
Arghhh!!
Iolss is stress...
Banyak sungguh la dugaan di bulan ramadhan tahun ni.

Maunye tak...
1st week puasa, tetibe Kekna terkena kuku cengkam kat ibu jari kaki.
Sakitnye tu Tuhan je yang tahu ok.
Kekna pulak jenis pakai kasut je manjang.
Tak suka pakai sandal-sandal ni...
Bila terkena cengkam kuku ni, hari-hari Kekna kena pakai selipar jepun pergi ke ofis.
Nak usik pun tak berani lagi.
Takut sakit.... Hahah...

Belum pun sembuh ibu jari kaki tu, tetibe Kekna terkena pulak sakit gusi.
Sakitnye tu rasa macam nak tampo orang je tau.
Sampai ke saat Kekna menaip entri ni, sakitnya tu tak hilang-hilang lagi.

Asalnya lepas berbuka puasa hari Sabtu tu Kekna dah rasa semacam dah kat gigi geraham belah kanan ni.
Godek punya godek, korek punya korek, rupa-rupanya ada bijik cili yang melekat kat celah gusi tu.
Then, Kekna gosok gigi dan rehat-rehat.
Time rehat-rehat tu, sakit kat gusi tu still tak hilang sampailah hari Ahad.
Hari Ahad tu Kekna just duduk tergolek je atas katil sebab menahan sakit.
Lepas berbuka, lagi la sakit rasanya.
Sampaikan Kekna takleh kunyah makanan sebelah kanan.
Ok fine. Kekna tunggu sampai Isnin.

Bangun pagi hari Isnin tu Kekna rasa gusi bengkak sangat-sangat.
Serta merta Kekna bangun dari katil dan ngadap cermin.
Yela, takut la pipi nampak bengkak ke ape kan....

Kebetulan kawan Kekna ada mesej.
Mengadu kat dia....
Terus dia suruh Kekna bersiap sebab dia nak temankan Kekna pergi klinik gigi.
Ok, ku turunkan ego.
Sebelum ni kawan Kekna tu jenuh ajak Kekna keluar tapi Kekna tolak.
Tapi time tu memang I really need him to help me.

Pukul 11 lebih dia datang fetch Kekna kat rumah.
Terus zasss pegi Klinik Pergigian Rohaya kat Sentul Boulevard.
Kekna suka dengan servis klinik ni.
Staff ramah, doktor pun baik, suasana klinik pun cozy...
Setiap kali birthday, klinik ni akan hantar sms wish birthday kat kita & bagi promosi scaling untuk 2 orang.

Masa rawatan tu, doktor tu kata,

"Oh, your gigi baru is coming out!"

Lerrrr.... gigi geraham bongsu baru nak tumbuh rupanya...
And doc tu cakap lagi,

"Memang you sakit sikit sebab gigi tu dekat dengan pipi. Tapi nak cabut sekarang memang tak boleh. Kena tunggu lagi 6 bulan..."

Masa tu aku dah macam... "What? 6 bulan lagi?"
Masalahnya sekarang ni, usahkan nak tunggu 6 bulan lagi, tunggu 6 minit lagi pun belum tentu aku boleh tahan... Waaaaaa...... T___T

Doc tu cakap lagi,

"Its ok. I'll give you medicines. If you still rasa sakit selepas ambil ubat, you datang sini lagi ye..."

Kekna pun anggukkan aje la...
Lepas berbuka semalam, Kekna terus makan ubat-ubat tu.
Tak tahan wehhh!
Sakit bebenor!!!!

Cuti 3 hari ni takde makna bagi Kekna.
Sakit sepanjang masa.
T___T



Friday, June 9, 2017

Tak ada entri berbuka puasa ke?

Salam readers...

Ape kabo semua?
Mood nak update blog ke laut dah...
Mentang-mentang la tengah berpuasa, sampaikan mood pun berpuasa sekali. Heheh...

Bulan puasa tahun ni memang Kekna maaalaasss sangat nak masak.
Hari-hari pun membeli je.
Mood memasak takde.
Lagipun balik kerja kan dah penat. Nak ngadap dapur tu alahaiiii malas sungguh!
Kalau dah beli makanan siap-siap kat office, balik rumah terus boleh rehat.
Tergolek-golek layan drama Hero Seorang Cinderella kat laptop.
Kan senang tu.
Hidup bujang kan, cenggini la.
Masak pun untuk sorang makan je. Macam tak berbaloi.
Tapi kalau weekend memang Kekna akan masak.
Sebab weekend Kekna malas nak keluar pergi mana-mana.
Kalau keluar pun sebab teringin sangat nak makan something.

Macam minggu pertama berpuasa, weken Kekna masak.
Weekdays hari-hari Kekna makan nasi arab.
Hari ni makan nasi arab ayam, esok makan nasi arab kambing pulak.
Bergilir-gilir.
Masuk minggu kedua, Kekna dah muak makan nasi arab.
So, berubah beli benda-benda yang simple pulak.
Nasi lemak ke, nasi minyak ke..

Weken minggu lepas Kekna tak masak langsung sebab Kekna plan dengan kawan Kekna untuk berbuka sekali.
Hari Jumaat petang Kekna balik ke rumah kawan Kekna kat Desa Petaling.
Ada sorang lagi kawan lain yang join.

Awal-awal lagi kitorang plan nak makan kat Al-Rawsha Kampung Pandan.
Nasi arab dia memang sedap meletopsss!
Memang Kekna suka sangat makan nasi arab.
Ate salasilah keluarga Kekna berasal dari Arab..
Sebab tu jugak laa badan Kekna ni besau...
Ikut rangka badan orang Arab.
Kurus-kurus Kekna pun tetap akan nampak besar.
Cuma Kekna ni katik je...


Tuan tanah.


Kat Al-Rawsha, kitorang bertiga order nasi arab madghut kambing.
Nasib baik tiga-tiga ni sekepala suka makan kambing.
Daging kambing dia wallaaahhhh sangat!
Lembut.
Madghut dia pun sedap. Sumpah tak tipu.

Tapi......
Ade tapi nih..
Nasi dia makin sikit la compare dengan tahun lepas.
Harga pulak dah naik sikit.
Keciwa sungguh.
Tapi takpelah.
Nak buat cemana kan.... Rezeki takat tu je.

Dah kenyang berbuka kat Al-Rawsha, kitorang menghala pula ke Ikea Cheras.
1st time Kekna jejakkan kaki ke Ikea Cheras.
Kalau nak compare dengan Ikea Damansara, Ikea Cheras ni lagi besar dan luas kot.
Tapi quite confusing la dia punya laluan showroom.
Nak masuk mytown kang, banyak kedai dah nak tutup.


Sebelum keluar dari Ikea, sempat beli aiskrim vanilla dia.
Sedap.

Balik rumah kat Desa Petaling, masing-masing buat hal sendiri.
Kekna layan phone.
Tuan rumah duk gardening.
Yang lagi sorang layan Kpop dalam laptop.
Last last lepas tu masing-masing terbongkang kat ruang tamu.

Babak sahur pun ada.
Kekna dan tuan rumah memang jenis jarang bersahur.
Tapi kitorang dah janji dengan yang sorang lagi tu untuk bangun sahur sekali.
Sebelum tido, masing-masing alarm la jam masing-masing.
Pukul 4:30 macam tu, jam berbunyi.
Kekna yang terjaga dulu tapi tak sampai hati pulak nak kejutkan yang lagi 2 orang tu.
So, Kekna duduk tercongok dulu.
Perati je yang 2 orang yang tengah tido tu.
Yang si tuan rumah pulak klako...
Jam dia dah berbunyi, tetibe dia bangun pastu dia snooze kan jam dia.
Pastu elok je dia baring balik sampai selimut dan peluk bantal.
Wehh,,, kata nak bangun sahur!
Tak leh jadi ni. Dah la Kekna still mengantuk.
Then, Kekna pun sambung tido balik sebab masih awal lagi.
Tak lama lepas tu jam tuan rumah berbunyi lagi. Tengok-tengok dah pukul 5.
Tuan rumah panggil sekali je nama Kekna, terus Kekna celik mata.
Kekna memang jenis sensitif sikit kalau orang panggil nama time tido.
Mesti Kekna terjaga terus.
Tuan rumah kejutkan yang sorang lagi.
Nampak lena benor yang sorang tu tido.
Banyak kali seru nama tapi tak bangun-bangun jugak.
Pastu giliran Kekna pulak tolong kejutkan.
Kekna tepuk-tepuk bahu, goncang-goncang sikit badan dia.
Pun tak gerak-gerak.
Weh, memang tido mati ni...
Kekna dan tuan rumah tergelak besar.
Serta-merta si budak bertuah ni celik mata.
Hahahah...

Kitorang bersahur pun simple je.
Minum air dan makan roti.
Lepas sahur, sembang-sembang kejap pastu masing-masing sambung tido.
Dah tengahari baru celik mata semula.

On that day, kitorang malas nak keluar.
So tuan rumah ajak kitorang masak.
Si tuan rumah ni memang pandai masak.
Kekna just tolong-tolong je dia duk dapur.

Sebelum start masak untuk makanan berbuka, tuan rumah ajak kitorang baking brownies dulu.
Wahhh, dah macam masuk kelas memasak je ni. Hihihi...
30 minit je dah settle.

Time masak makanan berbuka tu, Kekna tolong-tolong la tuan rumah.
Kitorang masak kailan ikan masin, daging masak lemak cili api dan telur dadar.
Serius, makan macam ni pun dah nikmat sangat dah.


Dah siap semua, kite hidang atas meja makan.

Dah siap berbuka, macam biasa kitorang buat hal sendiri.
Pastu bergosip pasal retis.
Dari Kpop sampailah Fattah Amin. Hahaha...


Sambil-sambil tu kitorang makan colek kedongdong.
Sedapp hoiii!
Krup krap krup krap je makan...

Lewat malam sikit. kitorang pergi hantar yang sorang lagi tu balik rumah dia.

Esoknya, Kekna dan tuan rumah hanya melepak-lepak kat rumah.
Petang baru keluar sebab kitorang dah booking kat Mahbub Bangsar untuk berbuka puasa kat sana.


Kitorang order roti telur sebijik. murtabak daging sebijik, sup kambing & roti steam.
Ya ALLAH, sumpah sedap makan macam ni....
Biasanya kalau berbuka puasa je mesti makan nasi kan.
Tapi bila kitorang berbuka macam ni memang lebih puas hati.
Kenyang dan macam-macam rasa ada.
Sup kambing kat Mahbub memang win!
Sedap dan tak puas Kekna makan.

Oh, kitorang order jugak nasi beriyani ayam madu.
Rugi la datang Mahbub tapi tak makan nasi beriyani ayam madu dia.
Kitorang tapau je untuk makan lewat malam nanti.

Lepas berbuka, kitorang pergi ke Mid Valley pulak.
Shopping.
Kawan Kekna tu beli kasut, Kekna pulak beli baju.
Sekejap aje pun shopping sebab Kekna kena dirty urine.
Yela, bulan puasa ni Kekna kurang minum air.
Memang senang la kena dirty urine ni.
Tak sakit tapi buat Kekna tak selesa.

Balik rumah, terus kawan Kekna tu buat air barli.
Wehhh, Kekna tak pernah minum air barli.
Tak sedap ok!

Kawan Kekna paksa jugak Kekna minum.
Seksa weh... seksa.
Tak kena dengan tekak Kekna laa air barli ni.
Cemana laaa korang boleh minum air barli ni ye. Huhu...

30 minit jugak kawan tu menunggu Kekna untuk habiskan segelas air barli tu...
Dah macam makan ubat pulak....
Oihhh serik! Takmo minum barli lagi.

Esoknya kitorang pergi kerja sama-sama.


Kawan Kekna bagi hadiah ni....
Best best!
Kekna beberapa kali dah try produk innisfree ni dari kawan Kekna tu...
And product innisfree ni best rupanya.
Paling best gel make up remover tu...
Cuci bersih muka dari make up lepas guna benda alah tu.

Kekna ingat lepas ni nak bertukar ke product Innisfree pulak laa...

2 hari lepas Kekna berbuka McDelivery je.
Beli Foldover Lazeez... Ok, tak sedap.
Pasni takmo beli lagi dah... huhuu..

Semalam Kekna makan nasi lemak masakan orang Terengganu. Sedap hoiii...
RM5 sebungkus.
Tak kisah la harga mahal sikit pun sebab sedap sangat kot...

Hari ni tak tahu dah nak makan ape.
Masalah sungguh la bab-bab makan ni...
Nak makan samyang kang ada jugak yang tercirit nanti.

Korang plan makan ape berbuka nanti?


Friday, June 2, 2017

Genap 9 tahun

Salam readers...

Syukur alhamdulillah... Hari ni dah genap 9 tahun Kekna berkhidmat dengan salah satu GLC yang terkemuka kat Malaysia nih...
Syukur ya ALLAH...!

Sekejap aje dah 9 tahun. 
Banyak betul kenangan sepanjang 9 tahun ni.
Suka, duka, gembira, sedih... semuanya ada...
Lengkap!


Masa kecik-kecik dulu kan, Kekna bercita-cita nak jadi macam daddy Kekna.
Nak kerja office macam daddy.
Dah masuk U pun, Kekna tetap dengan cita-cita Kekna.
Nak kerja office jugak.
Tak kisahlah kerja apa, jawatan apa asalkan ada meja, ada komputer..
Gituuu...Hahhaha...
Cita-cita tak tinggi langsung.
Lantak. Yang penting realistik.
Kita tahu takat mana kemampuan kite.
Ni tak, belajar malas tapi cita-cita nak jadi doktor. Kau mampu? Hahaha...
At the same time, Kekna bercita-cita nak jadi penyanyi jugak.
Tapi idoknye mommy Kekna tu restu...

Habis belajar U, Kekna cepat-cepat apply kerja.
Sementara dapat kerja yang proper, Kekna kerja sementara kat kedai carpet aunty Kekna dengan gaji RM350.00.
Ya, RM350 je wehh.
Guna kudrat banyak... Tenaga pompuan kuat manalah sangat kan nak angkat carpet berat-berat yang bersaiz 10x12 tuu...
Tapi Kekna tak kisah pun sebab duit bukan motivation Kekna.
Rasa terbeban ke ape, takpe.
Yang penting cari pengalaman.
Bestnya kije kat situ sebab boleh jumpa ramai orang dan boleh belajar cemana orang deal untuk tawar harga.

5 bulan bekerja dengan aunty, Kekna dapat kerja kat Taman Tamadun Islam sebagai Customer Service Officer dengan gaji RM650.00.
Tugas Kekna kat situ jadi in-house tour guide.
So, mana-mana visitors yang datang in group, Kekna dan team yang akan guide diorang untuk jalan-jalan kat dalam taman monumen.
Best kije kat sini walaupun kena duk tengah panas.
Kulit Kekna yang memang dah hitam ni makin rentung jadinya.
Walaupun gaji tak berbaloi dengan apa yang dibuat, takpe...
Kekna tetap happy dengan kerja Kekna.

Dah 2 pengalaman kerja yang Kekna ada.
Tapi cita-cita Kekna nak kerja kat office belum lagi tercapai.

1 day, uncle Kekna yang kerja kat TM jugak mintak Kekna sediakan resume.
Tanpa banyak soal, Kekna pun bagi la dia resume terbaru Kekna.
Tak lama lepas tu, Kekna dapat call dari nombor yang tak dikenali.

Staff TM : Hello... Saya L**** dari Group HR, TM. Boleh saya bercakap dengan Cik Nuradiana?
Kekna : Ya saya.
Staff TM : Ok, cik ditawarkan untuk menghadiri sesi interview di Menara TM Kuala Lumpur? Boleh cik datang pada ** May 2008? 2 hari lagi?
Kekna : Ok. Saya akan datang.
Staff TM : Terima kasih, cik.

Mula-mula Kekna was-was. Macam tak percaya.
Betul ke TM yang call aku tadi nih? Ke scammer?
Then, Kekna confirm kan dengan uncle Kekna.
Betul yang call Kekna tu memang orang TM.
Balik kerja, Kekna terus bagi tahu daddy.
Wahhh, kemain happy dia! Terus dia suruh packing barang untuk bertolak ke KL.
Kekna pulak terus mohon cuti EL.

Masa interview memang Kekna gemuruh.
Maunya tak gemuruh, ada ramai kot panel yang ada.
Nasib baik dia tak suruh speaking.
Kalau tak, confirm berterabur.

Balik interview, Kekna kerja macam biasa.
Kekna memang happy kerja kat Taman Tamadun Islam tu...
Siap Kekna buat OT sampai tengah malam.

2 minggu berlalu...
Kekna dapat surat dari TM.
Katanya Kekna berjaya dapat kerja dengan TM!
Alhamdulillah...
Orang yang paling happy of course la mommy & daddy.
Tapi... status jawatan Kekna adalah kontrak selama 1 tahun.

Kawan-kawan Kekna kat tempat kerja tu pulak macam tak berapa izinkan untuk Kekna bekerja kat KL.
Sebab tak menjamin katanya.
Yela, status jawatan pun kontrak.
Tapi disebabkan cita-cita Kekna dan harapan mommy & daddy, Kekna pergi jugak ke TM.
Gamble walaupun hakikatnya Kekna takut!
Takut sebab jawatan Kekna secretary.
Kekna takut dapat bos yang garang.
Kekna takut Kekna tak boleh adapt dengan kehidupan kat KL ni.
Kekna takut berjauhan dengan family.
Kekna takut bekerja sorang-sorang sedangkan kat sini Kekna ada ramai kawan.
Kekna takut nanti kontrak Kekna tak sambung.
Macam-macamlah yang Kekna takut.
Tapi Kekna kuatkan semangat.
Kekna percaya rezeki tu ada kalau kita ikhlas.


Bergambar dengan kawan baik Kekna, Zie.
Tengok la kulit muka Kekna tu. Rentung sudah...
Badan pun slim lagi masa ni.
Masa ni Kekna bangun awal pagi sebab nak jumpa kawan-kawan yang bekerja di Taman Tamadun Islam buat kali terakhir sebelum Kekna memulakan kerja di TM.

Pukul 9 lebih pagi, family Kekna datang amik Kekna kat Taman Tamadun Islam dan kami terus bertolak ke KL.
Sedihnya toksah cakap laa...
5 bulan bekerja kat Taman Tamadun Islam.
Hubungan antara staff pun dah macam family dah.
 
02 June 2008, Kekna official report duty di TM.
Sepatutnya report duty tu 01 June 2008 tapi masa tu KL cuti.

Masa mula-mula report duty, Kekna dapat surat lagi.
Kekna ditempatkan ke 1 unit 'special'.
Kekna ingatkan unit tu berkenaan dengan event ke ape.
Rupa-rupanya unit siasatan.

Maka bermulalah kehidupan baru Kekna sebagai staff TM.
Terlalu banyak benda baru yang Kekna belajar kat sini.
Kat sinilah Kekna mulakan hidup berdikari.
Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Mula-mula memang Kekna takut Kekna takleh survive.
Tapi alhamdulillah, dah 9 tahun pun kat sini.
Syukur nikmat dengan apa yang ALLAH SWT berikan kepada Kekna.
 

Antara gambar terawal Kekna di TM.
Masa ni ada teambuilding kat Awana Genting.
Kecik aje Kekna dulu.... Pinggang pun ramping.
Sekarang ni dah macam tong drum dah. Waaaaa.... T____T


Ni pun antara gambar terawal Kekna di TM.
Masa ni kekna bersiap-siap nak pergi ke Majlis Hari Raya Group Audit tahun 2008.
Pakaian pun ala-ala kampung je.
Maklum laa time ni tak reti bergaya lagi.

Perjalanan kerjaya Kekna kat TM ni tak mudah sebenarnya.
Setiap 2 tahun, Kekna akan bertukar bos.
Bukan senang ye nak adapt perangai bos-bos ni.
Lain bos, lain ragamnya.
Tapi nasib baik laa Kekna ni dikurniakan hati yang agak keras.
Lagipun Kekna bukan sejenis yang overthinking.
Just let things flow.

Dipuji melambung, kena maki hamun, kena herdik, kena fitnah, diperbodohkan, dan macam-macam lagi yang Kekna hadap kat sini.
Nak melayan ragam bos, 1 hal.
Tambah pulak kena melayan karenah team sendiri dan team lain, dan nak build networking dengan secretaries yang bermacam-macam ragam jugak memang mencabar Kekna.
Ramai secretary yang mengada-ngada ye kat sini.
Cakap suka sindir-sindir, susah nak bagi cooperation dan bermacam-macam lagi laa...
Amende yang buat diorang poyo sangat pun tak tahu la...

Konsep Kekna pulak senang.
Kekna menyenangkan kerja orang lain dan Kekna percaya orang akan menyenangkan kerja Kekna jugak.
Kalau kite poyo pun, bukannya orang suka...
Lagi orang bercakap buruk pasal kite, ade laa...

 Well, sepanjang Kekna bekerja kat TM ni, Kekna dapat ramai kenalan.
Tambah-tambah lepas Kekna attend kursus secretary 5 tahun lepas.
Masa tu la Kekna build networking dengan ramai secretary lain.

Kawan datang dan pergi.
Kekna jugak ada ramai kawan TM yang datang sekejap, and then tak lama lepas tu pergi tinggalkan Kekna.
As long as tak bermusuh, Kekna ok je.
Ada yang bertukar tempat kerja, ada yang tetibe lost contact, ada yang terlalu busy sampai susah nak berjumpa.
Tak apa. Masing-masing ada kehidupan masing-masing.


Ni kawan-kawan Kekna sekarang.
Puan Tuty dan Wanie.
 

Dari kiri : Wanie, Puan Tuty dan Kekna.
 

Gambar terbaru Kekna...

Puan Tuty dan Wani banyak support Kekna.
Banyak bagi sokongan moral kat Kekna.
Bersyukur dapat kenal dengan diorang berdua.
Salah satu sumber kekuatan Kekna bila dilanda masalah.
Tempat untuk Kekna mengadu domba.

Dan Kekna jugak tempat untuk diorang menangis melalak mengadu...
Susah senang sama-sama katanya.
Lagipun kami bertiga memang berasal dari pantai timur.
Wanie dari Kelantan.
Kekna dan Puan Tuty dari Kuala Terengganu.
Kampung yang sama pulak tu....
Hiihi....
 
Well, disebabkan pertukaran bos setiap 2 tahun, maka 9 tahun Kekna berkhidmat kat TM ni bermakna dah 5 orang bos yang Kekna pernah jaga.
Masing-masing ada ragam sendiri.
Tapi yang paling best adalah bos Kekna yang pertama, Encik Khadzar.
Sumpah Kekna rindu nak bekerja dengan dia.
Dia macam bapak-bapak.
Kalau Kekna buat kerja cepat, dia bagi Kekna upah lunch.
Kalau Kekna buat silap, dia tegur Kekna secara berhemah.
 Kalau Kekna sakit, dia concern sangat-sangat.
Dia dah anggap Kekna ni macam anak dia sendiri.

Teringat beberapa ayat yang pernah Encik Khadzar bagitahu kat Kekna :-

"Nur, kalau aku balik lewat, kau takyah tunggu. Kau anak dara. Bahaya balik lewat..." - Ni sebab dia kesian tengok Kekna balik lewat kerana tunggu dia.

"Kau budak baru. Takde pengalaman. Aku anggap je kau ni budak baru nak belajar..." - Masa ni kali pertama Kekna berjumpa dengan dia.

"Nur, sekecil-kecil ruang roma kita terlihat oleh orang bukan muhrim, sekecil-kecil itulah jika api neraka tembus, akan membakar seluruh bumi..." - Masa ni Kekna pakai baju t-shirt lengan sampai siku pergi ofis.

Dia jugak banyak sangat bagi nasihat kat Kekna.
Kebaikan dia hanya ALLAH swt saja yang mampu membalasnya.
TQ Encik Khadzar.

---
Punyalah happy bekerja kat TM ni, dari Kekna kurus sampailah dah jadi tong drum sekarang ni.
Dari kulit rentung dah jadi cerah sikit...
Dari seorang yang fragile, Kekna jadi kuat hati...

Memang Kekna akan loyal dengan TM.
Kerana TM laa, Kekna dapat hulurkan duit pada family.
Kerana TM laa, Kekna dapat ubah nasib diri.
Kerana TM laa, Kekna boleh tolong family.
Kekuatan Kekna adalah family Kekna.
Apa saja kesusahan yang Kekna alami kat TM ni, Kekna akan terbayangkan family.
Automatik Kekna akan jadi kuat untuk mengharungi semua.

Sebab Kekna bekerja hanya untuk family Kekna.
Kekna nak senangkan family Kekna.
Kekna taknak jadi lupa diri...
Kekna taknak jadi sombong.
Kesusahan ahli keluarga Kekna bermakna kegagalan Kekna membantu diorang.
Sebab tu Kekna akan mudah down kalau Kekna dapat tahu ahli keluarga Kekna susah. 
Kekna TAK AKAN BAGI family Kekna rasa susah.
Tak kirelah kakak ke, abang ke, adik-adik ke....
Kekna susah takpe.
Kekna catu makan pun takpe. Asalkan diorang semua cukup makan pakai semua.
Takde catu-catu...
Nanti Kekna akan rasa sedih dan akan rasa loser.
Kekna dah anggap Kekna yang bertanggungjawab untuk senangkan seluruh family Kekna.

TM lah punca rezeki utama Kekna sekarang.
Terima kasih ALLAH kerana beri peluang kepadaku untuk mencari rezeki halal disini.
Terima kasih TM kerana beri peluang untuk aku berkhidmat disini.


Alhamdulillah...

Wednesday, May 31, 2017

Dinner @ D'saji Tasik Titiwangsa

Salam readers...

Cerita ni dah lama sebenarnya...
Terperam kat dalam draft tak di publish.
Bila Kekna scroll bahagian draft, tengok-tengok entri ni belum di post pun lagi...
Hah, ape lagi... kita sambung la mengarang.

Akhir bulan March aritu, Puan Tuty ajak pergi makan malam kat D'saji Tasik Titiwangsa.
Kekna pulak memang free on that day.
So apelagi, on terus laaa...

Lepas maghrib Kekna terus pergi ke D'saji tu.
Ala... tak jauh pun dari rumah Kekna.
Tapi Kekna yang paling lambat sampai. Mihmihmih....


Kitorang duk meja no. 8. Ong sikit katanya. Hihi...

Sampai-sampai je, terus Kekna makan...
Banyak jugak pilihan makanan yang ada kat sini...
Btw, jangan tanya Kekna berapa RM sorang makan kat sini sebab semuanya orang belanja.
Hihi..

Meh kite tengok makanan yang Kekna makan kat D'saji tu....
Sorry ye Kekna tayang gambo makanan time time puasa ni.
Sape yang terliur sampai bukak puasa tu, Kekna takmo bertanggungjawab eh. Kihkihkih...








Sotong ni banyak kali Kekna angkut... sebab sedap sangat.
Sambil menaip ni pun Kekna rasa terliur sangat.
Ada jugak balik ofis nanti singgah pasar kejap beli sotong segar..





Yang ni kueh teow kambing...
Memang super marvelessss!!
Memang favorite Kekna daging kambing ni.
Makan pulak dengan kueh teow goreng kering macam ni....
Perghhhh....


Desserts... ABC.
Ada banyak lagi makanan sebenarnya tapi Kekna je yang tak amik.
Tak larat wehh nak makan semua.
Ni pun nyesal makan banyak sebab badan Kekna memang tengah naik dengan jayanya...

Dulu memula masuk TM, berat badan Kekna just 48kg je.
Sekarang ni dah cecah 70kg dah. Ape cer?? T___T

Sambil duk makan tu, ada la persembahan kebudayaan...


Kami....


Tuan tanah...



Sempat jugak kitorang amik gambar dengan penari kebudayaan...

Kitorang stay sampai la restoran nak tutup...
Punyalah banyak benda duk sembang...

Tuesday, May 30, 2017

I-City & Shopping raya dengan Iwan dan Amani

Salam readers...

Kisahnya  7 April 2017 (Jumaat), Iwan dan Amani datang ke rumah Kekna.
Iwan kata dia saja nak bawak Amani datang jalan-jalan ke KL.
Kekna pulak tak kisah diorang nak stay kat rumah Kekna pun.
Yela, Amani lagi rapat dengan Kekna compare to Kak Long.

Jumaat petang Iwan dan Amani sampai kat rumah Kekna.
Diorang rehat-rehat kejap pastu kitorang bertolak ke rumah Kak Long.
Saja la nak singgah rumah Kak Long kat Segambut tu.
Lagipun Amani belum pernah pergi ke rumah Kak Long lagi.

Lepak-lepak kat rumah Kak Long sekejap, terus kitorang zasss pergi ke I-City, Shah Alam.
Amani tak pernah lagi pergi sini.
Iwan pulak teringin nak masuk rumah salji.
Ok la... ok la.... ku turutkan saje.

Korang layan gambar aje lah ye...
Malas pulak nak tulis caption satu-satu.
Lagipun gambar tak teratur.
Malas nak susun balik.
Eh, semuanya malas laa! Hahaha...























Kitorang pergi hari Jumaat, so orang tak ramai sangat.
Selesa sikit la nak amik gambar...

Tapi ada 1 benda yang Kekna ralat masa kat Snow Walk I-City.
Layanan staff dia agak tak mesra alam.
Poyo pun ada jugak.
Dah la snow wear coat dia banyak yang dah koyak rabak.
Bila kita mintak tukar, tak dibaginya pulak.
Kita bayar kott tiket mahal-mahal.
So, Kekna rasa kita ada hak kot untuk dapat yang terbaik.
Kalau orang tengah ramai tu kita faham la jugak kalau dia tak bagi.
Ini berapa kerat je pun yang datang... Itupun berkira.
Complaint dah pun dibuat.. Tengok la apa respon dari pihak I-City nanti.

Balik dari I-City, kitorang terus balik rumah.
Malam hari yang sama Iwan terasa macam nak demam pulak.
Hahahah...
Gatal sangat nak duk dalam Snow Walk lama-lama kan.
Iwan ni jenis tak tahan sejuk.
Dalam Snow Walk tu kan sejuk melampau.
Badan macam Kekna ni memang jenis tahan sejuk. Tapi Iwan tak...
Dah la kat rumah Kekna ni takde ubat.


Over betul. Hahaha... Dah la tido atas tilam Kekna.

The next day, Iwan demam lagi so dia suruh Kekna bawak Amani jalan-jalan.
Sebelum kitorang keluar jalan-jalan, Kekna hantar Iwan pergi ke klinik dulu.
Dekat 2 jam jugak menunggu kat klinik tu.

Balik dari klinik, Kekna bawak la Amani jalan-jalan kat Sunway Putra Mall...
Kekna suka shopping mall ni.
Macam-macam ada...
Tempat makan pun banyak.

Banyak jugak yang kitorang shopping hari tu.
Penat jalan-jalan, kitorang singgah makan kat Sepiring.
Sedap pulak tengok menu-menu dia. Hihi...


Pulut kuning in da houzzz....
Dah lama Kekna teringin nak makan pulut kuning.
Dan pulut kuning dan kari ayam kat Sepiring ni memang sedap!
9.5/10 rating yang Kekna bagi.
Puas hati dapat makan pulut kuning yang sedap.


Amani pulak order mee kari.
Sedap jugak katanya....


Ini laa adik ipar iollss...


Ini Kekna punya... Milo stylo ais kacang namanya...
Kenapalah sedap sangat ni? Hahah...


Gambar tuan tanah haruslah ade. Hihi..


Ini yang kitorang berdua makan...


Semuanya sedap dan berbaloi dengan harga.
Puas hatilah makan...


Punyalah kenyang kitorang makan sampai lupa laki kat rumah tengah sakit.
Hahaha...

Balik rumah dah lewat petang.
Iwan pun dah makan ubat.
Badan dia pun dah okay sikit. Suhu badan pun dah berkurang.
Then, Kekna bawak dia makan kat Al-Azmi Restaurant.
Dekat sikit dengan rumah.



Kitorang yang perempuan ni dah kenyang.
Tapi terpaksa jugak makan.
Yela, takkan la nak biarkan Iwan makan sensorang kan...

Settle makan, kitorang terus balik rumah.
Hoihhh, penat toksah cakap laa...

The next day, masing-masing tengahari baru nak celik mata.
Dah mandi semua, kitorang pergi ke Bangi Sentral.
Iwan dah ok sikit dar demam. So bolehlah jalan jauh sikit.
Amani nak shopping baju raya.
Kekna pun nak shopping jugak sebenarnya.. Hikhik...
Kekna salah tema kaler sebenarnya.
Kekna ingatkan tahun ni tema raya warna biru.
Rupa-rupanya warna lain. Ku panik, uollss!
Nasib baik jumpa baju cantik ikut tema warna. Hihi...



Sebelum shopping, Kekna bawak diorang makan nasi beriyani ayam madu kat Restoran Mahbub, Bangsar dulu.
Bagi perut kenyang, barulah happy nak shopping.
Setengah hari jugak la kitorang shopping kat situ.
Lepas tu kitorang pergi pulak ke Mid Valley....
Itupun semata-mata nak beli kipas Kekna.
Kipas kat rumah Kekna tu dah rosak.
Asik tido dalam kepanasan je... Tak lena aihhh.
Beli kipas murah-murah je kat Aeon Big.

Malam tu barulah selesa sikit tido sebab guna kipas baru. Sejuk.
Hihii...

Hari Isnin pagi barulah Iwan dan Amani balik ke Kemaman.
Puas hati la tu dapat jenjalan kat KL.
Sebelum ni datang tak sempat nak jalan-jalan sangat sebab kesuntukkan masa.
Next time datang la lagi...
Kena plan awal-awal nak pergi mana.
Yang penting takmo pergi tempat-tempat sejuk macam Snow Walk tu lagi.
Nanti tak pepasal demam pulak.
Haha...