Tuesday, January 31, 2017

Dinner di Stalkers Cafe

Salam readers...

Sekejap timbul sekejap tenggelam Kekna sekarang ni.
Kemalasan sangat sangat nak update belog.
Lagi seronok update kat insta & fb aje.
Nak tutup blog ni karangg macam sayang la pulak.
Segala mala cerita gembira sedih duka ada tercatat kat dalam blog ni.

Aritu Kekna buat survey.
Ramai jugak la yang isi survey tu.
100% yang isi tu suruh Kekna keep update blog ni.
Ok la... ok la...
Kekna ikut je kehendak readers tapi takleh janji untuk update hari-hari tau.
#siscuba

By the way Kekna masih mengalu-alukan korang untuk isi survey tu.
Jangan takut jangan risau...
Identiti korang takkan direvealkan dimana-mana.

Klik borang survey disini [klik sini]

Ok, ni Kekna nak share kisah Kekna dinner kat Stalkers Cafe.

25hb baru-baru ni, Mimiziouslicious call Kekna.

Mimy : Nana, jom ikut Mimy malam ni
Kekna: Gi mana?
Mimy: Makan makan je kat Stalkers.
Kekna : Okay...

Kekna okay aje walaupun hari tu Kekna selekeh gile kotttt... Huhu..


Seharian duk buat minit... Headphone tu Kekna pakai sebab dengar recorder.

Selekeh pun selekeh laa...
Nak pergi dinner je pun, kan?
Lagipun tengah bujang single ni laa kite kena keluar sana-sini... #yeke
Takde sape yang nak halang pun kan...

Balik kerja, kitorang terus pergi ke Stalkers Cafe.


Jalan jem teruk hoiii...
Bertolak pukul 6 petang, sampai depan Stalkers Cafe pukul 7:30.
Ko rasaaa??

Dah sampai Stalkers Cafe, kitorang orderlah makanan.
Sementara tunggu makanan sampai, Kekna dan Mimy borak-boraklah dengan mak Fattah Amin (FA).
Kitorang panggil mak FA ni Ibu.
Ibu memang jenis ramah dan down to earth.
Cara dia bercakap sangat rendah diri...
Oh,,, Kekna suka sangat dengan Ibu ni.
Bila dia bercakap je, mesti dia belai-belai tangan Kekna, bahu Kekna, belakang badan Kekna.
Kekna pulak naik segan. Hahaha...


Yes, ibu ni jenis biasa-biasa je.
And kitorang sembang pun takdelah pasal isu peribadi FA sebab kitorang respect privacy diorang.
Diorang pun manusia biasa dan kite sebagai peminat tak perlu nak tanya lebih.
Sekadar minat dibelakang tabir aje.

Tapi ibu ni memang jenis ramah.
Ade je cerita yang dia nak share.
Btw, rupanya dulu FA pernah intern kat TM tau. Hikhik...


TQ mimy sebab bawak nana makan kat Stalkers Cafe ni...
Dia kata Kekna ni PA dia. -__-
Hahaha....


Kekna order ini....

Ejaz Olio dan Chocolate Devil.
Dua dua pun sedap!
Tak pernah muak...


Mimy pulak order nasik ape ntah...
Lupa dah...

Lepak situ sampailah pukul 9 lebih malam.

Sebelum balik, peluk-peluk dan salam dulu dengan ibu yang baik hati sangat tu...



Otw balik, Mimy tanya,

Mimy: Nana perasan tak mak fattah sukakan Nana?
Nana : Erk... perasan kot. Tapi kenapa Mimy cakap macam tu?
Mimy : Dia tunggu sampai Nana balik tau.  Lepas Nana salam dia, baru dia gerak. Siap hantar sampai luar lagi. Dia tak pernah buat macam ni tau.
Nana : Yeke?
Mimy : Iyaaa.... Mimy kan dah kerap datang sini...

Okayy...
Kekna pun tatau nak cakap ape.
Padahal ni kire 1st time Kekna bersembang dengan ibu.
Sebelum ni pernah jugak nampak ibu tapi tak sembang sebab crowded sangat.
Kali ni barulah Kekna boleh sembang macam-macam dengan dia.

Btw, sekarang ni Kak Long Kekna pun minat sangat dengan FA.
Siap follow IG, FB semualah.... Lagi over dari Kekna tau.
Pastu siap pesan kat Kekna lagi,

"Kak Ngah, kalau awak pergi wedding FA, Kak Long nak ikut tau..."

Hahaha...
Well, apa yang Kekna boleh cakap sekarang ni zaman kegemilangan FA.
Dan melalui penceritaan ibu, Kekna dapat rasa FA ni seorang lelaki yang baik & anak yang mendengar kata.
Beruntung laa sape yang dapat FA ni.

Ibu, nak jadi menantu ibu boleh? #eh!

😜😜😜

No comments: