Friday, January 6, 2017

Dinner @ Dolly Dim Sum yang marvelesss

Salam readers...

Khamis minggu lepas Kekna bercuti.
Cuti akhir tahun katanya...
Kekna cuti pun selain dari sebab nak rehat, Kekna ada kerja lain jugak.
Bukannya semata-mata nak perabihkan cuti je.

Khamis pagi, Kekna bangun awal sebab plannya nak pergi ke Econ Save Setapak Central.
Nak shopping barang-barang dapur yang dah kehabisan....
Barang-barang berat semua Kekna dah order dengan tesco online dah.
Kat EconSave tu Kekna nak beli barang-barang basah macam ikan, udang, ayam, pastu few barang-barang rumah yang lain.
Dah macam mood mak-mak dah... Hihihi...

Kekna keluar pagi and balik dalam pukul 2 lebih macam tu.
Balik rumah bukannya boleh rehat pun.
Kekna kena siang segala-mala tok nenek seafood yang Kekna beli kat EconSave tadi.
Nasib baik la Kekna dah terbiasa siang seafood, so memang takde masalahlah untuk Kekna buat.
Sejam lebih, siap semua benda.

Rehat-rehat kejap, lepas Asar Kekna kena bersiap balik sebab dah janji nak dinner dengan Mimy & Zura kat Dolly Dim Sum, NU Sentral.


Pukul 6 lebih petang kitorang berkumpul kat Dolly Dim Sum. 
Nasib baik orang tak ramai sangat on that time.


Dari kiri : Kekna, Aliya, Zura dan Mimy.

Ni 1st time Kekna jumpa Aliya.
Dia ni officemate Zura.
Baik jugak orangnye. Lembut je.



Ramai sangat dah yang tegur badan Kekna makin naik....
Aaaaa... Caner ni??
Kekna plan nak vogue2 bila pergi holiday yang dah di plan beberapa bulan lagi.
Sempat ke tak ni nak dapatkan body idaman? sobss... sobsss...

Takpelah. Dah orang ajak makan ni, so Kekna pun makan aje lah kan...
Lagipun Kekna dengar makanan kat Dolly Dim Sum ni sedap-sedap.
Tapiiii... mahal sikit.
Maknanya rakyat marhaen gaji cipu macam Kekna ni, time time gaji baru masuk je boleh pergi makan kat tempat-tempat macam ni.



Kitorang order salad prawn dumpling, prawn cheong fun, crispy shrimp cheong fun, crystal prawn dumpling, dolly mozza roll, yam croquette dan salted fish fried rice.

Apa yang kitorang order on that day memang sedap-sedap semuanya.
Tapi yang paling sedap, yang paling win untuk malam tu is crispy shrimp cheong fun.
Memang sedap sangat!
Very recommended!
Kitorang memang nyesal order 1 plate je.


Zura dan Mimy.
Diorang ni dah kerap dah makan kat sini.


Kekna dan Aliya.
Tak sabo dah nak makan sebab perut dah lapar...
Maunya tak lapar.. Kekna makan kat Setapak Central pukul 11 lebih pagi, lepas tu jalan-jalan shopping, balik rumah pukul 2 petang, lepas tu siang ikan ayam udang semua, lepas tu bersiap datang ke NU Sentral lagi...
Memang tak makan minum lepas pukul 11 pagi tu.
Memang la dah bercerut perut dah rasanyaa..

Tapi betullah cakap orang.
Makanan kat Dolly Dim Sum ni memang sedap.
Berbaloi dengan harganya yang mahal.


No comments: