Wednesday, January 4, 2017

Kali pertama mereka menjejakkan kaki di KL

Salam readers...

2 minggu lepas Kekna dapat call dari Iwan.

Iwan : Aku nak gi KL Jumaat ni...
Kekna : Datanglah... Stay mana?
Iwan: Rumah ko laa...
Kekna : Ok je...

Jujur Kekna cakap, Kekna lagi suka orang datang ke rumah Kekna terutamanya family dan kawan-kawan rapat.
Bukannya sebab Kekna sunyi ke ape. No..
Tapi sebab Kekna suka treat orang.
Lagipun rumah Kekna sekarang ni bukannya macam rumah Kekna kat Vista Angkasa dulu tu.
Rumah kat vista dulu macam sarang tikus.
Rumah sekarang kemas la sikit. 
So takdelah malu sangat kalau tetamu datang.

Iwan datang dengan Amani (bini dia), kakak Amani, abang ipar Amani dan anak sedara Amani.
So total 5 orang.
Bantal, tilam semuanya dah ada. Takdelah risau sangat.


23hb Disember, Iwan sampai dalam pukul 1:30 macam tu.
Kekna amik half day tapi pukul 12:15 Kekna dah balik rumah sebab nak masak nasi.
Kekna dah bagitahu Iwan takyah singgah makan mana-mana sebab Kekna dah tapau lauk.
Kekna jamukan diorang dengan ikan singgang, sayur brokoli goreng, ikan goreng, telur dadar, gulai ayam...
Ntah sedap ke idok tatau la...

Dah siap makan semua, diorang cakap nak pegi Sogo naik tren.
Nasib baik la LRT tak jauh dari rumah Kekna.
Kitorang pun naik la tren ke Sogo...
Diorang cakap ni first time diorang naik tren.
Anak sedara Amani la yang paling excited. Dia cakap dia naik Thomas & Friends.
Hahah...
Amani & adik beradik dia pun tak pernah naik tren ni.

Kitorang shopping kat Sogo, then Kekna bawak diorang pergi ke Jakel.
Yela, Jakel kan tengah buat sale.
Bolehlah beli kain murah-murah.

Sebelum ni Kekna adalah beli kain lace tapi aritu Kekna dah tak nampak dah lace tu.
Yang ada lace lain yang tak cantik dah....
Nasib baik Kekna beli cepat-cepat aritu.

Bila Kekna nampak diorang penat. Kekna ajak diorang balik.
Masa tu pun dah lewat petang.
Lagipun malam hari yang sama Iwan nak pegi ke Danau Kota pulak.
At least kalau balik awal sikit, bolehlah rehat sekejap, solat ke ape sebelum pergi Danau Kota tuu...

Lepas Isyak, kitorang pegi ke Danau Kota pulak.
Kitorang balik dalam pukul 12 lebih macam tu..

Esoknya, awal pagi Kekna siapkan breakfast untuk diorang.
Kekna just buat french toast je buat alas perut sebelum ke IKEA Damansara.
Yela, diorang cakap diorang tak pernah datang KL.
So, Kekna bawak la tempat yang best-best untuk diorang shopping.

Macam Ikea ni, Amani selalu je order dengan online shopper.
Dah alang-alang datang KL, bolehlah beli barang direct terus.

Apapun, kitorang makan dulu.


Dari kiri: Amani, Iwan, abang ipar Amani, anak sedara Amani & kakak Amani...
Kekna tak tahu sebenarnya nama abang ipar, kakak dan anak sedara Amani tu... Hihi...
Kalau sembang, duk panggil saya awak je sebab diorang pun sebaya dengan Kekna je.
Mati-mati Kekna ingatkan kakak Amani tu tua dari Kekna.
Perasan muda betullah Kekna ni kan? Hikhik...


Tuan belog yang kuat perasan... :p


Amani dan Iwan...
Habis dalam seratus jugak makan kat situ.

Dah settle makan, kitorang ronda-rondalah kat dalam gudang besar tu.


Datang Ikea, tak sah kalau tak amik gambar.... Hihi..



Ha, adik ipar dah terikut-ikut dah perangai gedik kakak ipar.
Kehkehkeh...
Kemain korang kan bergambor ajet ajet romantika gituu...
Korang tunggulah giliran Kak Ngah korang nantiii...


Macam biasa, mamat ni nak berlakon pulak kengkonon tengah buat air...
Hmmm...

Dah settle shopping kat Ikea, Kekna bawak diorang pergi ke Mid Valley pulak.
Diorang nak shopping handbag sebenarnya tapi takde yang berkenan...

Malam, barulah kitorang balik rumah.
Itupun sebab malam tu jugak diorang dah nak balik.
Ikutkan plan Iwan nak stay 3-4 hari tapi abang ipar dia pulak kena kerja keesokkan hari...
Sebab tulah diorang berjalan kaw-kaw sebab nak kejar masa.


Sebelum balik, Kekna bawak diorang makan nasi beriyani ayam madu kat Restoran Mahbub, Bangsar.



Masa pegi Ikea tu, Kekna ada beli rak kasut dan meja kopi....
Saje je la beli nak bagi rumah nampak kemas dan cantik sikit.
TQ Iwan sebab tolong pasangkan rak kasut dan meja kopi tu...

Rak kasut ni berharga RM89 je.
Meja kopi pulak baru RM29.90.


Dari kejauhan je nampak meja kopi tu...
Gambar ni Kekna amik lepas mengemas aritu...
Lega tengok rumah kemas dan bersih.
Nak tergolek-golek sambil tengok tv pun boleh. Takyah lapik toto bagai sebab lantai tu bersih dah.
Rumah bujang, deko pun biasa-biasa je laa...

No comments: