Monday, January 2, 2017

Review sepanjang 2016

Salam readers...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU!!!

Apa azam tahun baru korang?
Kekna takde azam sebab tak tahu sape azam tu... kehkehkeh..
(Ok, tak klaka)

Sekejapan je dah masuk hari kedua di tahun baru.
Pejam celik pejam celik kita dah masuk ke tahun 2017.
Lagi 3 tahun kita akan masuk ke tahun 2020.
Dulu-dulu kan Kekna disajikan dengan fantasi-fantasi kononnye tahun 2020 ni ada kereta terbang laa, rumah-rumah semuanya ala-ala futuristik laa, pastu pakaian semua ala-ala robot laa...
Tapi ape yang Kekna tengok sekarang, duit yang banyak terbang, rumah-rumah pulak kebanyakkannya jens yang tinggi-tinggi. 
Kalau ada yang jenis banglo tu pun, tak tercapai dek akal harganya. Gile!
Pastu pakaian masing-masing diinspirasikan dari zaman-zaman dulu.
Ha, lagi 1 usahkan jadi futuristik, yang timbul sekarang ni raver la, hipster la... ape jadah ntah..
Dunia semakin merepek wehh... huhuh...

Ok, hari ni Kekna nak review sikit kenangan-kenangan diri Kekna di tahun 2016.

Actually Kekna tak puas lagi berada di tahun 2016 sebab rasa macam sekejap sangat 2016 berlalu.
Maybe sebab terlalu banyak benda yang berlaku pada Kekna kot sepanjang tahun lepas.
Yela, kenal dengan orang sana sini tapi tak berapa nak 'lekat' sangat laa...
Sebabnya tak serasi.
Tersalah sayang orang, 'tersangkut' dengan konflik yang ntah pape, termaki ex-tuan rumah, terbahagia tanpa sengaja. Eh!
Kekeke...


Yang ni awal tahun 2016.
Family Kekna datang KL dan macam biasa diorang akan pergi ke Danau Kota.
Ni Kekna bergambar dengan Shahril, adik lelaki Kekna yang jarang Kekna jumpa.
Rindu? Of course laa... Adik kottt...
Rasanya tahun ni baru 4-5 kali jumpa dia. T___T

Family Kekna kerap jugak datang KL.
Sebab tu Kekna jarang balik kampung.
Bila orang tanya, "Nana, ko balik kampung berapa kali setahun?"
Kekna akan jawab, "2 kali..."
Pastu ade la kononnye mulut-mulut duk mengata Kekna dah lupa daratan la, ape laa...
Heyyy, cili mulut tu kang baru tahu.
Buat apa nak balik kampung banyak kali sedangkan family Kekna selalu datang KL untuk jalan-jalan?
Of course Kekna pun rindu dengan rumah kat kampung tapi dah kalau family selalu sangat datang sini, buat apa lagi Kekna nak balik?
Well, pendapat dan cara masing-masing kan?

Diawal tahun 2016 juge Kekna kerap dijemput untuk menghadiri sesi review produk kat dalam blog.
Ni dikira pendapatan sampingan je laa...
Modal dia, hanya menaip dalam blog.
Tu je...

Alhamdulillah dengan peluang yang diberikan.
Boleh tambah duit, plus at the same time boleh berkenalan dengan blogger blogger femes yang lain.


Diusia 30-an jugak la Kekna baru start nak cuba benda-benda baru yang tak pernah Kekna buat.
Salah satunya macam gambar kat atas tu.
Memula ingatkan tak best main archery ni tapi rupa-rupanya best jugak. Hihi...
Memang pengalaman yang takleh Kekna lupa laahhh...



Kekna jugak bersyukur sangat dikurniakan kawan-kawan yang best dan sporting.
Kebanyakkan kawan Kekna ni sebenarnya officemates Kekna sendiri.
Yela, Kekna ni nampak aje huhahuha...
Tapi Kekna tak reti sebenarnya nak cari kenalan luar.

So far la kan, kengkawan Kekna semuanya jenis kuat makan.
Ada je yang mengajak Kekna untuk terjah restoran sana-sini.
Disaat ada yang masih tercari-cari kawan susah senang, alhamdulillah Kekna dah jumpa kawan susah senang Kekna.
Itu belum lagi masuk kawan-kawan satu unit Kekna lagi.
Yang tu lagi gila-gila. Kekna panggl Geng Pantai Timur.
Asal lunch je, menggelupur ajak makan sana sini.
Pastu kerap belanja Kekna pulak tu.
Naik segan pulak Kekna.


Pertengahan tahun 2016, Kekna berpindah rumah ke satu tempat yang agak selesa, sunyi dan sesuai untuk Kekna ber-hybernate. Hihii...
15 hari pertama duduk kat rumah tu, Kekna stay sorang-sorang.
Masa tu heaven nya ALLAH swt je yang tahu.
Sebab rasanya dah jadi nature diri Kekna yang tak berapa bergaul dengan orang sangat. Huhu...

And gambar kat atas tu adalah kawan baik Kekna dari Kuala Terengganu.
Dialah kawan jauh Kekna yang pertama datang ke rumah baru Kekna.
Kekna ingat lagi kata-kata dia kat Kekna,

"Aku tak sangka kau, Diana mampu berdikari sampai macam ni."

Yes, kalau orang kenal Kekna dari dulu (zaman sekolah), orang memang takkan sangka Kekna boleh hidup berdikari sendiri sekarang.
Sebabnya dulu Kekna agak fragile, gedik-gedik gitu, gegirl like sooo attitude sampaikan orang kate Kekna takkan mampu survive sorang-sorang.
Padahal semua orang tak tahu hati Kekna ni kental tahap lebur dengan api pun dia takkan cair.
Gitulah perumpamaannye.

Oh, lagi 1.
Pertengahan tahun ni jugaklah Kekna gaduh dengan ex tuan rumah Kekna yang jahat.
Kekna dah berpindah pun, dia sibuk nak pau jugak duit Kekna.
Padahal bila Kekna tuntut duit deposit rumah, dia tak kasi 1 sen pun.
Sampai Kekna mati pun, Kekna takkan halalkan sesen pun duit Kekna yang dia dah amik.
Huh!


Kemeriahan raya tahun 2016 jugak masih boleh dirasai.
Alhamdulillah semua ahli keluarga dapat berkumpul walaupun Shahril balik masa raya kedua.

Ikutkan dah 3 orang adik beradik Kekna yang dah kawin.
3 orang lagi belum kahwin.
Kekna still menunggu jodoh yang still sesat tak tahu kat mana.
Takpe... sesat la dulu ye.
Bila dah rasa puas tu, silalah kembali ke pangkal jalan ye. Hikhik...



2 gambar kat atas ni adalah gambar kontroversi Kekna untuk tahun 2016.
Dah sah-sah orang Melayu kite jenis malas membaca.
Punyalah panjang berjela-jela caption gambar Kekna tulis hanya lakonan semata-mata, Kekna masih lagi dapat ucapan tahniah dari kawan-kawan.
Pastu bila Kekna suruh diorang bacacaption betul-betul, barulah diorang tersedar gambar tu hanyalah lakonan. Hahahah....
Kelakar betullah.

Gambar-gambar tu diambil masa perkahwinan adik lelaki Kekna, Iwan.


Kemuncak akhir tahun 2016, bos Kekna dipanggil balik ke SPRM.
Tahun ni saje Kekna jaga 3 orang bos.
Jan-Mar 2016 - Tuan Saiful
Mar - mid Dec 2016 - Tuan Ramli
Mid Dec -now - Tuan Zamri.

Bukan senang wehhh nak jaga bos-bos ni.
Tengok dalam drama Melayu, macam senang aje kerja secretary ni.
Padahal dia punya susah tu dah macam dalam movie 'Devil wears Prada' ok.
Secretary ni takleh buat kerja senyap-senyap.
Maksudnya all progress semuanya kena update bos.
Penat? Of course penat sebab Kekna jenis yang tunjuk result je.
Well, lain bos lain perangai kan?
Nak tak nak memang kena adapt jugak.
Buruk baik perangai dia, kita kena hadaplah.
Diri kite sendiri pun ada jugak attitude baik dan buruk yang dia kena hadap.
Manusia, mana ada yang sempurna, kan?

Actually di akhir tahun 2016 ni ada je aktiviti-aktiviti yang Kekna lakukan tapi tak terupdate pulak dalam blog.
Kalau nak tahu perkembangan terkini Kekna lagi cepat, baik follow fb Kekna je terus.

Cari je fb nuradiana aziz. Confirm jumpa. Hhih..


The colors my life in 2016.
Alhamdulillah for everything.
Yang baik datang dari ALLAH SWT, yang buruk itu datang dari diri Kekna sendiri.


Dihujung entri, nahhh tataplah gambar paling cun Kekna di tahun 2016.
Hahahaha...
Jangan meluat ye.
Memang Kekna ni kuat perasan sikit. Mihmihmih...


No comments: