Monday, February 6, 2017

Alhamdulillah dengan kemurahan rezeki

Salam readers...

Entri ni adalah scheduled entri.
Saat entri ni dipublish, Kekna mungkin tengah duk meneman daddy Kekna check up kat IJN.
Tak pun tengah duk penat melayan kehendak adik-adik yang datang dari kampung mintak Kekna bawak diorang ke sana-sini...

Kekna just nak share something.
Tak tahu la bagi korang entri ni menarik ke tak tapi pedulik ape Kekna kan?
Nak share jugak... Muahahaha #gelakjahat

Betul cakap orang,
'Buat baik akan dibalas baik. Kita tak kedekut dengan orang, orang pun takkan kedekut dengan kita.'

Wallahualam laa ini adalah balasan sebab Kekna suka tolong orang ataupun memang rezeki Kekna murah.
Lately ni selalu je kengkawan ofis belanja Kekna makan...
Sampai Kekna pun naik segan.
Belanja tu bukannya belanja singgit dua je tau.
Tapi yang mahal-mahal pun ada.

Korang layan gambar ajelah ye...
Hati-hati tau jangan pulak nanti ada yang terliur.. Hahah..


Nasi goreng peranakan @ Peranakan Place.


Nasi Kukus Ilham Mutiara Damansara.
Mr.H yang belanja. 


Spaghetti bolognese...
Officemate masakkan untuk Kekna... vahvahvah...


Ketupat palas & kari kambing.
Marveles wehhh...
Officemate yang masak jugak...


Dalam banyak-banyak, inilah yang paling sedap!!
Seafood bakar Jalan Bellamy.
Omaigoddd!!
Memang sedap sangat-sangat dan sangat berbaloi untuk makan.
All seafood are fresh!


See... geram kan tengok sotong-sotong gemuk besar gabak tu kan?


Makan-makan di Madam Kwan Mid Valley.


Yang ni kat The Chicken Rice Shop pulak.


Yang ini nasi kerabu.
Order delivery...


Subway melt, my favorite!


Grilled chicken olio. Sedap gilos!


Rezeki Kekna bukan aje melalui makanan, tapi jugak dari harta benda.
Gelang kristal ni adalah pemberian Kak Shidah...
Cantik kan?



Yang ini laksa penang TTDI.
Kekna bawak balik makan kat rumah aje.
Pedas berdesing tapi memang sedap!
Laksa penang ni adalah yang tersedap pernah Kekna makan selama ni.
Sumpah tak tipu.


Yang ni pun orang belanja jugak.
Oreo Cheese... Fav Kekna jugak!
Sebijik macam makan aiskrim vanila dengan oreo.
 
Nak tahu siapa yang selalu belanja Kekna walaupun tak diminta?

[sila scroll ke bawah ye... hihi..]























 Ni lah dia...
Dari kiri: Wanie, Kekna, Puan Tuty dan Izy...


Diorang bertiga la yang duk belanja Kekna.

Memandangkan sejak-sejak ada bos baru ni kitorang dah takleh sangat pergi lunch jejauh, diorang main belanja nasi campur bawah ofis ni pulak.
Kalau tak time breakfast, diorang akan belanja time lunch.
Kekadang Kekna menyelit tolong bayarkan cepat-cepat makanan diorang.

Terima kasih banyak-banyak kat korang.
Semoga kalian semua dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus.
Amiinnn...

 

No comments: