Wednesday, February 8, 2017

Cuti awal tahun

Salam readers...

Leganya kepala dapat bercuti panjang bersama family.
 Beberapa bulan ni banyak betul kerja kat ofis.
Tu tak campur lagi dengan balik lewat hari-hari.
Pastu dengan isu bodoh dalam ofis tu yang tak habis-habis.
Memang buat Kekna serabut kepala.

Minggu lepas ramai betul yang bercuti panjang sempena hari raya.
Time tu memang ofis Kekna takde orang.
Kekna pulak tak bercuti sebab nak settle kan kerja yang tak settle settle.
Minggu ni barulah Kekna start bercuti.
Kekna cuti start Sabtu minggu lepas sampailah esok.
Jumaat nanti masuk ofis 1 hari.

Kekna bukannya bercuti saja-saja.
Kekna bercuti pun sebab family Kekna datang.
Daddy ada check up kat IJN 6 & 7hb baru-baru ni.
Adik-adik dan mommy Kekna pun datang sekali.
Dah alang-alang datang, Kekna bawak la diorang jalan-jalan.

Mommy nak pergi ke Bangi Sentral.
Kekna pulak ikutkan aje.

Kekna suka pergi 1 kedai ni je kat Bangi Sentral.
Nama kedai tu D'yana.
Baju-baju kat situ semua lawa-lawa dan harga berpatutan.
Mommy memang dari dulu lagi suka shopping jubah brand D'yana ni.
Dulu-dulu kitorang beli ubah D'yana ni kat ruang legar Carrefour Wangsa Maju.
Sekarang ni dah ada kedai sendiri lagi la selesa.


Ni salah satu peplum dress kat D'yana.
Cantik kan?
Tapi dress ni untuk majlis kahwin/ tunang boleh la pakai.
Sabo Diana. Saboo...
Belum tiba masanya untuk pakai baju ni...

Lepas pergi Bangi Sentral, kitorang pergi ke Bangi Gateway pulak.
Ada 1 kedai tudung murah kat situ nama Assyaima Collection.
Ni dah 2 kali Kekna beli tudung kat situ.
Shawl instant ada manik-manik ala neelofar tu harga baru RM20 sehelai.
Kain pun jenis tak panas.
Oklah kalau nak buat lasak kan?

Kekna ada terbaca pasal bad review pasal Assyaima ni.
Orang tu beli thru online.
Bagi Kekna, memang ada risiko kalau beli secara online ni.
So, lebih baik kalau nak shopping, shopping je terus kat kedai.
At least boleh rasa dia punya material cemana, corak macam mana...
Kan?

Malam hari Sabtu, Kekna bawak family pergi makan di Stalkers Cafe - Fattah Amin.
Saje je la bawak family makan-makan kat situ.
Shazrin (adik bongsu) la yang nak sangat datang makan kat kedai retis ni.
Pasal ni nanti Kekna cerita kat dalam entri lain ye.

Hari Isnin, lepas daddy habis check up, Kekna bawak family pergi ke Ikea.
Saje jalan-jalan.
Pergi hari bekerja ni tak la ramai sangat orang.
Seronok sikit nak jalan lama-lama kat dalam Ikea tu.


Sempatlah diorang semua makan meatballs Ikea yang femes sangat tu.
Tapi mommy la yang paling klaka sebab dia takleh telan langsung meatballs tu.
Knowing mommy, dia memang tak suka makanan western.
Kitorang paksa dia makan sikit, dia just gigit secoet je lepas tu terus buat muka geli geleman.
Hahaha...
 

Kekna memang suka betul dengan deko-deko kat Ikea ni.
Simple tapi kemas dan cantik.



Daddy tersayang.
Kali ni Kekna betul-betul geram dengan daddy.
Lately dia suka sangat stress kan diri sendiri.

Dia pergi dengar salah satu group busker buat persembahan depan Sogo.
Kebetulan orang tu nyanyi tak sedap.
Dia punyalah geram sampaikan dia rasa sakit kat jantung.
Haihhhh, yang daddy ni pun satu!
Sape suruh dengar? Dah tahu orang tu nyanyi tak sedap, pergi je la jejauh.

FYI, daddy Kekna ni memang suka muzik.
Pantang dengar muzik, dia memang akan berhenti.
Dia sama je macam arwah tokki dulu.
Arwah tokki ni penyanyi kampung.
Selalu buat persembahan kalau ada kenduri kendara dalam kampung.

Daddy Kekna pulak penyanyi dalam negeri Terengganu.
Ape ntah nama group dia..
Penah la daddy buat persembahan dengan Sultan Terengganu.

Jiwa dia ni memang jiwa muzik.
Setiap petang mesti dia berkaroke kat rumah.
Orang cakap, Kekna banyak menurun daddy.
Dari segi warna kulit sampailah bakat menyanyi.
Dalam ramai-ramai adik-beradik, Kekna sorang je yang pandai menyanyi.
Bezanya Kekna ni ada darah gemuruh.
Takleh perform depan orang ramai.
Nanti suara tak berapa nak keluar. Kalau keluar pun, terketar-ketar.

Teringat masa Kekna perform time majlis sambut menantu Iwan & Amani.
 Kekna nyanyi lagu 'Diam Diam Jatuh Cinta'.
Lagu ni lagu slow je. Takde terjerit ke ape.
But oleh sebab gemuruh, suara Kekna terketar-ketar.
Spoil betul. Hahaha...
 

Mommy tersayang.
Dia ni dah start push Kekna untuk kahwin.

Tipulah kalau Kekna kata Kekna tak rapat dengan sesiapa.
Kekna boleh cakap Kekna sedang mengenali hati budi seseorang.
Haha... ayat retis sangat kan...

Orang ni tak jauh pun dari Kekna.
 Kenal dah lama tapi lost contact bertahun-tahun.
Tapi sejak 3 tahun lepas kitorang bermesej-mesej.
Dia concern tentang Kekna. Bila dia nampak post sedih Kekna, mesti dia akan call malam tu.
Kekadang kalau Kekna sedih, Kekna ada jugak call dia untuk luahkan perasaan.

Dia tahu Kekna dengan mamat #exclusive dulu.
Banyak jugak nasihat yang dia bagi.
Kitorang makin kerap call & mesej lepas dia tahu Kekna dah single balik.

Sekarang n dia tengah dalam kesusahan.
On the spot dia balik kampung kat Dungun tu.
Kesian jugak dia. Memang 3-4 hari ni dia nampak serabut sangat.
Saat Kekna menaip entri ni pun, Kekna bermesej dengan dia.
Katanya nak pergi amik angin kat Muzium.
Pergilah awak. Pergilah.
Tenangkan fikiran awak tu.

Ok, Kekna rasa Kekna dah terlajak cerita hal lain dah ni...
Hoihhh, kalau tak tersasar memang tak sah kan?
Huhu...


Ni Iwan....
Sian dia kena tolong pasangkan meja kopi Kekna.

Masa pergi Ikea aritu, Kekna ada beli 1 meja kopi.
Saja nak gantikan yang lama tu.
Nasib baik la ada Iwan ni.
Boleh jugak tolong-tolong pasangkan meja.

Alhamdulillah sangat Kekna ada adik-beradik yang boleh diharap.
Minta tolong je, mesti diorang tolong tanpa banyak bunyi.

Well, esok ada 1 hari lagi nak berjimba kat rumah.
Tak puas lagi ni nak berdating dengan katil.
Family pun dah balik semalam...

Sempatlah pagi semalam Kekna masakkan nasi lemak untuk adik-adik.
Alhamdulillah diorang suka dan cakap sedap.
Hihi...
Ni confirm balik kampung nanti Kekna kena masak. T___T
Adoiii...

No comments: