Thursday, February 2, 2017

Dari studio Meletop

Salam readers...
Sehari sebelum kejadian, Kekna dapat mesej whatsapp dari Mimiziouslicious.

Kekna ni kan bujang.
Of course la boleh keluar kemana-mana.
Takde sape yang halang pun... #yeke

Mimy bagitahu ada kaler tema untuk malam tu.
Lavender atau grey.
Nasib baik Kekna ada banyak baju kaler grey.


Muka ceria tak sabo nak perg Live Meletop malam nanti.
Kekeke....
Heyy uolss... memang la Kekna jakun tau.
Tak pernah-pernah selama hidup ni Kekna pergi tengok live macam tu.
Retis femes pulak tu yang datang.
Memang la excited nye tu jadi lain macam sikit...hihi..


Kekna dan kengkawan sampai studio dalam pukul 7 lebih.
Memula masa sampai memang Kekna agak terkejut sebab ramai sangat orang.
Nasib baik la kena beratur kat luar dulu. 
Group Kekna yang dipanggil untuk masuk studio dulu.
Alhamdulillah...


Amik gambar sebelum masuk studio.


Dah dapat tempat duduk pun amik gambar jugak. Kekeke...


Nah... stage Meletop kat depan mata...
Simple je stage nye tapi menarik!

Tak lama lepas tu geng Caliph Buskers masuk.
Omaigod, hensem hensem semuanya.
Bersih je kulit masing-masing.
Dah jadi retis sekarang ni kan...


Tepat pukul 9 malam, rancangan Meletop pun start.
Tetamu undangan pertama is Faizal Tahir.
Alahaiiii, keciknya Faizal Tahir ni.
Same besor je dengan Lopa tu. Hahaha...

Dah habis sesi Faizal Tahir, Ning Baizura & Haris Baba pulak yang masuk studio.
Omaigoddd cantiknya Ning!!
Flawlessnya dia!!
Harris Baba pulak handsome sangat!



Saat yang ditunggu-tunggu dah tiba!
Fattah Amin in da houz!
Omaigod... omaigodd!!!
Semua penonton dalam studio menjerit macam histeria okeh!
Maunya tak, Fattah Amin ni handsome gile wehh!!
Cara bercakap pun lembut je...






Masa ni rancangan Meletop dah habis.
Nabil duk kat belakang buat muka macam tu pulak. Hahah..
Nabil ni nakal tau...
Ada je benda dia nak menyakat Lopa & tetamu artis yang datang. 

Well, Kekna tak amik pun gambar atau video masa Fattah nyanyi lagu "Wanita Terakhir" tu.
Sebab Kekna speechless.
Terasa Fattah nyanyi dari hati dia, jiwa dia.
Memang semua orang tahu yang lagu tu dia tuju kat Lopa.
Tapi tu la, bila dengar cerita baru pasal Lopa, Kekna jadi menyampah pulak.
Minah tu main tarik tali pulak.
Kalau suka, cakap la suka.
Kalau tak suka, cakap je la tak suka.
Takde la orang tu terhegeh-hegeh...
Sian Fattah... #keknamarah 
Tapi takpe. #doayangbaikbaik aje.


Inilah kenalan-kenalan Kekna...
Ada yang baru Kekna kenal.
Ada jugak yang pernah keluar makan sekali...

Tetibe tengok IG Fattah ada IG story baru...
Eh, ada Kekna dan Mimy laaa!
Hahah...

Dah puas tengok Lopa dan Fattah, kitorang pakat berkumpul kat Restoran Murni tak jauh dari stesen astro Bukit Jalil.


Kekna makan olio seafood.

Mimy makan bihun seafood.

Dua-dua sedap!




Masa program Meletop tu Fattah ada announce yang dia akan bagi semua penonton perfume sorang satu.
Actually tak semua pun yang dapat.
Tapi alhamdulillah ada rezeki Kekna..
Hihihi...

Kekna dapat AJ Parfum - Dior Addict 2.
Sedap baunya.
Tahan lama pulak tu.
Macam berbaloi je kalau beli. Sumpah tak tipu.

Kekna sampai rumah dalam pukul 12 lebih macam tu.
Sunyi sepi dah kawasan rumah.
Esok kena kerja lagi nih. Bos pulak ada.
Lately Kekna selalu balik lewat dari ofis.
Penat!


No comments: