Friday, February 10, 2017

Sefamilia dinner di Stalkers Cafe by Fattah Amin

Salam readers...

Ada kawan Kekna tegur, "Kerap nau ko pergi makan kat Stalkers Cafe..."

Ya, kawan-kawan sekalian alam.
Lately agak kerap jugaklah Kekna pergi makan kat Stalkers Cafe.
Biasanya Kekna pergi dengan Mimy.
Join group dia.

Kebetulan family Kekna datang aritu, Kekna tanya Shazrin,

"Adik, nak gi makan kat Stalkers Cafe tak?"

Shazrin : Boleh jugak.

Lagipun dah alang-alang Shahril ada, so Kekna decided untuk pergi makan 1 family kat situ pada malam hari Sabtu.
Bukan senang nak berkumpul sekali dengan Shahril sebab jadual kerja Shahril agak padat.
Dah la susah nak cuti.

Petang tu Fattah Amin ada Meet & Greet dengan Neelofa dan fans.
So, Stalkers Cafe memang penuh gile malam tu.
Die hard fan #lofattah memang berkumpul kat situ.
Sejam jugak la Kekna menunggu untuk dapat meja.

And yes, Kekna memang minat dengan Fattah Amin.
Fattah Amin aje ye.
Sebab bagi Kekna dia artis lelaki yang baik.
Hormat sangat kat ibu dia.
Maybe korang yang tak pernah jumpa dia depan mata akan anggap dia macam-macam.
Cuba jumpa dan tengok cemana dia layan family dia, then kalau korang nak judge korang judge lah.
Even mommy Kekna pun suka tengok dia.

Dah dapat meja, kitorang duduk sambil tengok menu.




Ni menu untuk malam aje ye.
Masa Kekna sampai tu, pasta semua dah takde.
Yang ada sandwiches & grilled je.
 

Ni mommy yang order...
Grilled chicken burger.
Nasib baik la mommy makan jugak.
Kan entri sebelum ni Kekna cakap mommy tak berapa gemar dengan makanan western.
Tapi burger burger ni ok la dia makan...

Daddy pulak order lamb chop.
Kekna tak amik gambar lamb chop tu sebab dia tengah bising makanan sampai lambat.
Kat entri yang lepas Kekna ada bagitahu yang daddy suka buat diri sendiri stress.
Ni salah satu benda jugak yang daddy stress.
Knowing daddy, dia bukan jenis penyabar.
Memang dari dulu lagi dia macam ni.
Kekna geram jugak sebab dia dah la sakit jantung.
Sepatutnya dia kena belajar untuk bersabar dalam semua benda tapi entah laa... makin menjadi-jadi pulak ketidaksabaran dia tu.
Dah lama sangat dah Kekna cuba educate daddy tapi tu la. Cenggitu jugak.
Kita sebagai anak dan orang muda kenalah bersabar.
Apapun Kekna tetap sayang daddy.
Cuma risau sikit tu ade laa...


Ni menu Kekna dan adik-adik.
Menu kitorang sampai lambat sebenarnya.
Dekat sejam setengah jugaklah menunggu.
Tapi kitorang faham je. Ate orang ramai kan...
Standard la kedai makan kalau ramai orang mesti makanan lambat sampai.

Tengah duk menunggu makanan, tetibe Kekna ternampak kelibat Acca (PA Fattah Amin).
Kekna bagitahu adik-adik,

"Eh, Acca kat sini.. Mesti Fattah akan sampai tak lama lagi..."

Tup-tup betul!
Tetibe Kekna ternampak Fattah Amin masuk dalam kedai dan bersalam dengan ibu dia.
Riuh rendah dalam kedai masa tu.
Fans Fattah dah macam orang gile dah. Hahahaha...

Tak rugi kalau bersabar.
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Ini yang Kekna pegang selama ni.
Dan disebabkan lama menunggu untuk dapat meja dan makanan sampai lambat, family kitorang dapat bergambar dengan Fattah Amin.
 




Memang langkah kanan betul adik-adik Kekna ni...
Kali pertama datang Stalkers Cafe terus dapat selfie dengan Fattah Amin.
Kekna malas nak berebut bertolak-tolak dengan fans lain.
Sebab tu takde gambar selfie dengan Fattah Amin.

Kalau tak kerana menunggu lama, mesti kitorang tak berpeluang untuk jumpa Fattah Amin.
Suka sangat la adik-adik dan anak sedara Kekna tu...
Happy betul muka diorang.
Memasing senyum lebar je lepas tu. Hahaha...

Keesokan hari, Wani hantar gambar ni kat Kekna :-
 

Eh, termasuk pulak muka Kekna kat dalam ig ajazrul.
Pemilik perfume AJ yang sekarang ni Fattah jadi duta untuk perfume tu.
Nasib baik la gambo tengah senyum. Hahaha...

No comments: