Thursday, March 30, 2017

Boat Noodle, KL Gateway

Salam readers...

Well, malam ni tetibe rajin pulak Kekna nak update belog.
Tangan rasa gatal nak menaip aje.

16 March baru-baru ni, Mimy ajak Kekna lunch kat Boat Noodle, KL Gateway.
Sejak mall baru ni launching, Kekna tak pernah lagi jejakkan kaki kat sini.
Yela, mall masih baru, kan?
Banyak lagi kedai-kedai yang still under renovation.
Tapi memandangkan Mimy dah ajak, Kekna on je.

Lepas dapat permission dari bos, terus Kekna dan Mimy shoot ke mall baru itu.
Naik LRT je senang.
1 stesen je dari ofis. Heheh..

Kekna ni jarang-jarang sangat nak dapat keluar makan awal.
Ni kire hari bertuah Kekna laa kalau dapat keluar dari gua ofis tu time lunch.
Huhuhu...

Tempat baru, pergi pulak hari kerja. So, mall tu macam lengang aje.
Susah payah cari kedai boat noodle ni.
Rupa-rupanya nun jauh sebelah kanan pintu masuk rupanya.
Dalam pada nampak lengang aje mall tu, rupa-rupanya ramai jugak yang datang makan boat noodle nih.
Sampai kena tunggu turn sekejap untuk dapat meja kosong.
Sekejap aje la.. tak lama pun.

Dah dapat meja, apelagi meng-order terus laa...




Klik untuk  tumbesaran gambar ye, anak-anak. Heheh...

Gambar menu Kekna snap guna henset Mimy.
Minah tu kalau Kekna suruh hantar gambar yang disnap tadi, memang berjanggut la menunggunya.
Kekna pulak terlupa nak send sendiri gambar tu ke henset Kekna.
Jawabnya sampai ke sudah la tak dapat....


Nur cahaya terang benderang kat belakang...
Terus gambar nampak kabur.
Kabur pun kabur laa... Yang penting ade sekeping gambar sensorang. Hahah
 

Minah belakang tu dah makin kurus sekarang ni.
Dia diet kaw-kaw punya.
Kekna masih belum mampu lagi nak diet macam dia.

Pernahlah Kekna tak makan nasik 2 hari berturut-turut.
Nak tahu ape jadi lepas tu?
Kekna cirit birit gastrik 3 hari berturut-turut.
Amek ko! Nak diet sangat kan?
Merasalah berdating dalam toilet selalu.

So now dah serik.
Nak diet tu boleh tapi takleh extreme.
Kena pelan-pelan kayuh.
 

Kami.

Asal jumpa je mesti ade cerita.
Share la segala luahan perasaan permasalahan masing-masing.
 Seronok bercerita sambil makan sebenarnya.
Sedar tak sedar, ehh makanan dah habis.
Pastu sedar tak sedar, ehhhh badan dah gemok. Hahah...


Ni gambar terbaru Kekna.
Flawless pulak tengok muka sendiri. Hahah.. Perasan sungguh!
Ni kes pakai foundation Mac hadiah dari Mimy la ni...
TQ Mi...
Nanti dah habis pakai, nana bagi bekas Mac ni kat Mimy ye untuk redeem. Hihih..

 

No comments: