Monday, March 27, 2017

Outstation

Salam readers...

Holla...!
Ape kabo semua?
Malam ni Kekna ada mood pulak nak menaip belog.

Heyy, ada orang kata Kekna dah lama tak update belog sebab life Kekna dah tak colorful macam dulu.
Hoho...
Sesuke deme aje ye mengata hakak cenggitu.
Silalah follow fesbuk dan IG hakak kalau nak tahu life hakak ni colorful ke idok.
Kalau setakat korang yang baca belog ni je, belum tentu korang tahu life Kekna cemana okeh.
Sebab tak semua benda Kekna share kat sini ye.

Ni Kekna nak share cerita.
Cerita Hari Itu Dalam Sejarah.
Ate dah dekat 9 tahun Kekna jadi secretary ni, tak pernah-pernah pulak Kekna diajak outstation sekali.
Kalau keluar pun sebab pergi teambuilding je.
Kalau takde teambuilding, tak merasa laa Kekna keluar dari opis tu.

Kesahnya akhir bulan Feb aritu, 22 Feb 2017...
Kekna diajak bos untuk outstation dengan officemates lain ke Ipoh.
Haa..haa...haaa! Korang jangan nak memandai-mandai speku bebukan ye.
Bos Kekna ajak Kekna outstation sekali sebab Kekna ada kerja jugak kat sana.
Bukan sesaje pegi enjoy ye.

Kami bertolak awal pagi 22 Feb tu.
Dah sampai Ipoh, kitorang singgah makan kat Restoran Nasi Vanggey.
Pucuk dicita ulam mendatang laa...
Nasi vanggey ni salah satu nasi kegemaran Kekna.


Meriahnya lauk yang Kekna amik... Lupa segala diet miet. Hihi...
Kekna amik lauk ayam goreng dan kari kambing.
Pastu sayur sikit.
Kuah banjir...
Terliur wehh!
TQ Boss belanja kami!

Dah kenyang, terus check-in hotel.
Kitorang stay kat Hotel The Weil, Ipoh.
Quite nice jugak la hotel ni...

Sebelum beristirehat, kitorang kena meeting dulu...


Geng pantai timur.. haha..
Kekna - Terengganu
Puan Tuty (tudung hitam) - Terengganu
Wani (tudung kelabu) - Kelantan

Bila kitorang sembang, yang Terengganu cakap loghat Terengganu.
Yang Kelantan pulak cakap loghat Kelantan.
Meriah jadinya. Hihi...

Meeting sampai ke petang.
Then, barulah kami dilepaskan untuk balik ke bilik masing-masing.
Kekna, Puan Tuty & Wanie berkongsi 1 bilik.


Apa-apa hal susun perkakasan kosmetik dulu.
Kekna tak suka barang bersepah sana sini.
Bila dah susun macam ni, sedap sikit mata memandang.


Then, meniarap atas katil sambil bukak laptop.
Kekna kena adjust MAPS/KPI Kekna sebab ada isu sikit.
Serabut ohh dengan isu KPI ni.
Unnecessary tension.
Orang lain interupt, effect Kekna sekali. Huh!

Bos, Puan Tuty dan AGM pergi meeting kat luar.
Sementara diorang meeting kat luar tu, Kekna dan Wani berjalan-jalan di Ipoh Parade yang duk bersebelahan je dengan Hotel Weil ni.
Memang sangat best!

Sekejap aje kitorang jalan-jalan ke sana.
Then Kekna dan Wani meronda-ronda dalam kawasan hotel pulak.
Tup-tup kitorang terjumpa roof-top pool ni.


Pool nye kecik aje tapi pemandangan sekitar pool memang sangat cantik!


Meja dan bangku yang banyak.


Kekna ni ape lagi, snap-snap laaa pemandangan disekitar pool ni tanpa menyedari si Wani snap gambar Kekna pulak.
Mamarazi sungguh.
Kekna tengah tertonggek macam tu pun di snap nye.... Hahah...
 

Bila dah sedar kena snap gambar candid be like...

....

Lepas Asar, kitorang meeting lagi sampai maghrib.
Lepas tu rushing bersiap sebab nak keluar makan malam pulak.
Gambar masa makan malam tu Kekna tak snap sebab tengah deal dengan Celcom.

Hoihh, Celcom ni memang menduga kesabaran Kekna sungguh.
Dah 2 kali nombor Kekna kena bar sebab bil melambung.
Padahal Kekna tak pernah call orang lama-lama.
BF Kekna yang call Kekna lama-lama tu ade la...

Bila Kekna tanya ape faktor nombor Kekna kena bar, dorang cakap Kekna guna internet banyak.
Pftttt!
Kekna pakai bil yang memang dah ada pakej internet kott...
Diorang kata pakej Kekna RM0.20/minit..
Pfffttt sekali lagi...
Diorang cakap lagi Kekna dah tukar pakej awal bulan Feb aritu..
Heyyy, bila masa pulak Kekna tukar pakej ni?
Membara sungguh hakak malam tu...
Pftttt banyak kali...

Apelagi, malam tu Kekna shoot email kat top management celcom.
Padan muka!
Punyalah spoil mood Kekna masa tu sampai takde selera makan kott...

Dah settle makan, memasing balik ke bilik.
Kat bilik, BF Kekna  pulak call.
Cakap berjam-jam wehh...
Geleng kepala Puan Tuty & Wani.
Sampaikan diorang dah nak tido pun, Kekna still bersembang dengan si dia.
Hahaha...

Bukan bersembang saje-saje ye, readers.
Kekna bersembang sambil gosok baju, sambil mengadap laptop buat kerja.
Nasib baik laa BF Kekna ni faham...

Wani dan Puan Tuty dah tido, Kekna baru terhegeh-hegeh nak mandi segala.
Malam tu memang tido lena laa dibuai mimpi indah.
Gitchuu...

----------

Esok pagi, sebelum Subuh lagi Kekna dah bangun.
Yang dua ketul tido awal dari Kekna tu liat betul nak bangun.
Hahahah... Klako pulak bila Kekna ingat balik...

 Dah siap semua, kitorang pun turun ke cafe untuk breakfast.


Muka segor-segor semuanya kecuali Kekna...
Kulit dah macam hantu cina. Biru nau kulit tu...
 

 Posing bajet cun adalah wajib.
Nanti boleh buat profile whatsapp. KAH!


Kita breakfast heavy sikit ye...
Roti canai yang very the marvelesss!
Nyesal makan sekeping je.
Alang-alang dah langgor diet ni, makan berkeping-keping pun takpe.


Kalau stay kat mana-mana hotel, Kekna memang suka serbu nasi lemak dia.
Sedap la jugak...
Mac n cheese dia pun best...
Pepagi buta makan mac n cheese.. Ko ado?
 

Last, makan bubur...
Oihh, ni dah tahap makan kenyang sampai tahun depan nih..

Dah settle makan, kitorang memulakan kerja masing-masing.


Time ni dah settle kerja.
Dah nak masuk tengahari dah ni...
Kekna tetap tersenyum walaupun time ni Kekna tengah pening, mabuk dan rasa nak pitam.

Dah settle semua, kitorang beransur pulang ke hotel untuk check out.


Gambar last sebelum keluar daripada hotel.
Dah check out pun kitorang masih buat tugasan lagi.

Punyalah penat campur dengan mabuk jalan, minggu seterusnya Kekna amik EL 1 hari.
Tak tahan wehhh...
Mabuk sampai tahap muntah...
Ni kes AGM Kekna laa ni bawak kereta macam pelesit. Hahaha...
Memang bila dingat balik, rasa cam nak kelako.
Kitorang duk kat seat belakang dah macam naik roller coaster dah.
Hahahha...
Kenangan buruk ke tu?
Eh, tak laaa.. kenangan manis la ni.
Bila lagi nak merasa benda-benda macam ni kan?

Kalau bos tanya nak join outstation lagi ke tak?
Kekna akan jawab, takkkk.....
Penat wehhhh...
Baik ko buat kerja kat ofis macam biasa je.
Hahah..

 

No comments: