Friday, March 31, 2017

PCB oh PCB!

Salam readers...

Pagi ni Kekna tengok slip bonus.
Kengkonon nak tengok berapa amount bonus yang masuk.
Yela, kalau tengok dalam account, kite tengok amount bersih je.
Kekna nak tahu exact amount yang sepatutnya yang Kekna dapat.

Dengan sukahati muka cerianya Kekna bukak Gems.
Skrol punya skrol... panggggggg ternampak jumlah PCB dalam slip tu.
Wat the kacang pis!!
Dekat RM1K ditolak untuk PCB ok!
Dekat RM1K!!

Terus Kekna tercarutzzz...
Dah lama oiihh Kekna tak sebut kuat-kuat nama Cadbury tuu...
Pagi tadi dah la tercarutzz... kuat pulak tu.
AGM Kekna pun dengar..
AGM Kekna tu lagi laa banyak PCB dia kena tolak. Dekat RM7K!

Gile wehh... gile...!
Amik sikit-sikit, takpelah.
Ini sampai lebih dari RM500 dia kaut camtu je.
Senang betul gomen kaut duit orang.

Bila dilihat balik, kami golongan pertengahan ni yang paling tersepit.

Ok, kite tengok cenggini...

Golongan bawahan, dapat bantuan kerajaan macam-macam.
BRIM, dana-dana.
Jangan disebut pasal prosedur yang leceh ke ape sebab itu memang perlu diikut supaya sistem pengagihan dan pemberian dapat diberikan secara teratur dan lancar.
Filing kan...
Nak minta apa-apa, ikut aje lah prosedur yang ditetapkan.
Once dah settle, tinggal tadah tangan je.
Any tax pun takyah bayar kecuali gst.
BRIM masuk lambat pun kecoh.
Bukannya tak dapat langsung...

Macam Kekna time gaji kecik dulu.
Setiap tahun dapat bantuan RM200 - Dana Bakti Remaja.
Memang RM200 tu nampak kecik aje & takkan tahan pun sampai setahun.
Tapi bagi golongan bawahan, dapat RM200 tu dah dikira besar nikmat dah.

Golongan atasan pulak, diorang semua kalau kerajaan tak bantu pun takpe asalkan ada projek masuk dalam company.
Duit banyak, diorang boleh beli macam-macam.
Nak beli rumah, sekelip mata aje dah dapat.
Apatah lagi nak beli kereta, barang kemas...
Setakat bayar tax tu, pejam mata je dah langsai.

Kami ni golongan pertengahan.
Nak kata kaya, tak la kaya sangat. Kekadang kayap jugak.
Nak kata miskin, ada pendapatan masuk setiap bulan.
Tapi kamilah yang bayar semua tax.
Dari gst sampailah income tax.
GST tu takpelah sebab kalau kerap belanja, maknanya banyaklah GST kena bayar.
Kalau jenis jarang keluar rumah macam Kekna ni, memang takdelah banyak sangat kena bayar GST tu.
Tapi income tax tu... Bukan sikit-sikit tau diorang potong.
Banyakkkk....

Kitorang golongan pertengahan ni, mohon apepun semuanya tak layak.
Gaji dah melebihi dari gaji minimum yang dah ditetapkan laaa ape laaa...
Macam-macam.
BRIM kami tak dapat.
Apatah lagi kalau mohon apa-apa dana.
Memang permohonan ditendang bulat-bulat.
Beri kepada yang lebih memerlukan katanya.

Then, kami dapat apa?
Duit kamilah yang kena korek saban hari tapi kami apapun tak dapat balik...
Adil ke?
Kami tersepit, tahu tak?
Then kerajaan bagi apa kat kami?

Terbeban tahu tak?
Huh!

No comments: