Thursday, April 27, 2017

Hang out dengan kawan 3 hari

Salam readers...

Kekna up lagi 1 entry untuk minggu ni...
Semalam 1 MTM diberi cuti sebab ada Annual General Meeting.
Maka berehat-rehatlah Kekna di rumah 1 hari.
Hari ni masuk kerja terus rasa lemau je...

Ok, kali ni Kekna nak kongsi cerita.
Kisah Kekna hang out dengan kawan Kekna 3 hari berturut-turut start 31 March 2017...
Actually kitorang dah lama dah janji nak tengok movie Beauty & The Beast sama-sama.
Sekali movie tu kena ban sekejap kat Malaysia...
Masa tu geram toksah cakap laaa...

Tak lama lepas tu movie tu boleh pulak ditayangkan kat Malaysia.
Amende laaaa...
Sekejap boleh, sekejap tak boleh.
Tu laa... Malaysia ni suka buat kontroversi suruh Walt Disney potong adegan "gay"...
Ingat Walt Disney tu nak tunduk ke dengan negara kecik macam Malaysia ni?
Tak rugi pun diorang tak tayang kat Malaysia tau...
Last-last bile Kekna tengok movie tu, takde pun adegan gay yang diorang duk heboh tuuu...
Amende laaa... Buat malu je..

Uihh... dah lari topik. Hikhik...

Kekna dan kawan Kekna tengok move Beauty & The Beast kat MBO Desa Petaling.
1st time Kekna jejakkan kaki kat situ...
Tempatnya ok laa... Selesa.

Dah habis tengok wayang, kitorang singgah kedai ABC Restaurant, Desa Petaling.
Malam-malam makan roti canai. 
Hihih...

1 April, Kekna keluar lagi dengan kawan yang sama.
Tengahari kitorang lunch sesama sebelum pergi ke SACC Mall...


 Baju basah sebab terkena hujan...
Tetibe je hujan turun lebat tengahari tu.. siap kilat petir pulak tuu...

Masa kat SACC Mall tu, Kekna dan kawan TERberkenalan dengan sorang aunty ni...
Dia pemilik kedai painting kat dalam SACC tu.
Aunty Meriam Omar namanya.
Kalau google nama dia, mesti ada.
Dia pelukis atas barang-barang porcelain. Cantik lukisan tangan dia...
1st time jumpa, kitorang terus dapat hadiah dari dia.
Baik hati sungguh!
TQ Aunty Meriam...

In sha ALLAH next time saya akan ke SACC Mall lagi untuk berjumpa dengan aunty...

Seharian berada kat SACC, Kekna dan kawan beransur ke Klang pulak.
Kawan Kekna ajak pergi makan satay kambing...
Menarik pulak bunyinya...

Tersesat-sesat kami cari kedai yang tak bernama nih...
Kawan Kekna pulak cam tak cam je kedai ni. Serius kedai ni tak bernama...
Orang tanya kat mana kedai ni, Kekna hanya boleh cakap kat Jalan Iskandar, Kampar Klang...
Kekna pulak 1st time datang.
Nak cam jalan terus tu memang susah laaa...


Kitorang order bakso ni...
Sedap....
 

Tapi yang ini memang paling win!
Satay kambing paling sedap yang pernah Kekna makan...
Memang sedap-sedap-sedap sungguh!
Sumpah tak tipu.
Tak muak, tak hamis... secukup rasa.
Juicy, lembut, ehhh memang sedap laaa...
Dah la murah...

Masa tu kitorang order satay kambing 30 cucuk, nasi goreng kampung 1dan telur dadar, bakso, teh ais dan teh o ais... 
Total hanya RM30.80 je...
Memang murah sangat-sangat kan...

Dah settle makan, kitorang pun balik ke Sentul...
Itupun kawan duk ajak makan lagi...
Dia teringin pulak nak makan pulut mangga...
Nasib baik la kat rumah Kekna ni ada restoran yang jual pulut mangga...

So, kitorang pun singgah la ke Al-Azmi Restaurant pulak...


Tercapailah hasrat kawan Kekna tu nak makan pulut mangga... hahah...
Kekna pulak order kerang bakar..
Lupa pulak nak amik gambar sebab bila kerang sampai je, kitorang terus ngapp.
Tahu aje la bila makan kerang, tangan kan jadi kotor...

End of 2nd day...
Hari ketiga pulak, Kekna dan kawan pergi jalan-jalan ke Summit USJ dan Paradigm Mall..
Kawan Kekna tu nak pergi amik barang kat kedai buku..
Katanya dia ada order something kat kedai buku tu...
Seronok pulak Kekna pergi ke kedai buku tu sebab sempoi betul.
Indie bookstore kan... bukan macam bookstore biasa macam MPH, Kinokuniya tuu..

Eh, lupa... sebelum ke Mall, kitorang singgah makan kat Nasi ayam Hainan Chee Meng dulu kat Jalan Klang Lama...
Sedap jugak nasi ayamnye...
Makan pulak dengan kerabu mangga.
Memang terangkat wehhh...
 

Nasi ayam hainan Chee Meng...
Sumpah sedap!
 

Penat sebenarnya keluar berjalan-jalan 3 hari berturut-turut tapi memang puas hati...
Puas hati sebab hilang stress...
Shopping ke tak shopping ke, tu lain citer..
Dapat keluar dengan kawan yang sekepala, itupun dah kira ok dah.
 

Sebelum balik kawan Kekna belanja makan Mango Sensation kat Snowflake pulak.
Sedap!
1st time rasa dan memang kena dengan tekak Kekna...

TQ kawan sebab sudi luangkan masa 3 hari 2 malam dengan Kekna..
Lenkali bolehlah kita keluar sama-sama lagi... hihi...

Tuesday, April 25, 2017

Gelang dari Sabah

Salam readers...

Amboi lama nau ye Kekna tak update belog.
Ku tak kuad uollss!
Tak kuat nak melawan rasa malas tu.
Hati memberontak nak menaip tapi MALAS!
Perasaan malas tu nauzubillah... macam jari-jari ni kena gari uollss...

Ok, ini adalah scheduled entry.
Kekna dah menaip semalam dah tapi saje upload hari ni.
Ikutkan hari ni Kekna bercuti.
Ada banyak hal kena settle sensorang.
Boifren mana boifren?
Boifren Kekna busy uolss.
Dia memang takkan boleh temankan Kekna.
Ku redha.... Sobsss sobss...

Hari tu dia pergi bercuti ke Sabah.
Balik dari sana, dia ajak berjumpa.
Kekna masa tu baru je sampai rumah dari ofis.
Rehat rehat sekejap, si dia pun sampai.

Kitorang pergi makan kat Sentul Boulevard.
Kekna akui boifren Kekna ni kelakar.
Ade je benda yang dia cakap akan buat Kekna gelak.
Dia tak romantik. Memang tak romantik.
Dia sempoi. Cool.
Dia suka membebel dalam kereta.
Tapi dia membebel tu kelakar.
Entahlah. Mungkin jugak Kekna ni jenis mudah terhibur.

Balik dari makan, dia terus hantar Kekna balik.
Sebelum Kekna keluar dari kereta, dia hulurkan something.

"Abang beli untuk sayang..."

Kekna amik 2 utas gelang yang dia bagi.
Cantikk.... Satu warna purple, satu lagi warna merah.
Dia pakaikan untuk Kekna yang warna purple..
.
"Nasib baik muat..."

Kekna menjeling,...
"Walaupun sayang ni gemuk, tangan sayang kecik aje tauu..."

Dia tergelak.

"Tengok ni... abang ingat kat sayang tau walaupun pergi bercuti..."

Kekna mencebik...



Terus Kekna pakai pergi ofis keesokkan hari. Hihii...

Actually malam tu dia ada bagitahu something.

"Mak dah bising abang tak kawin lagi..."
"Then?"
"In sha ALLAH tahun depan kott.."
"Dah ada calon ke?"
"Dengan siapa lagi abang rapat kecuali dengan yang kat sebelah ni..."
"Manalah tahu kot-kot abang ada rapat dengan orang lain jugak?"
"Yang sorang ni pun terabai... Inikan nak pasang ramai."

Korang, ini ke maksudnya melamar?
Kekna memang tak terkata sebenarnya.
Kata ya pun idak, kata tidak pun idak.
Cuma kalau betul dia melamar Kekna malam tu, Kekna harap lamaran dia tu betul-betul.
Bukan sebab main-main atau nak sedapkan hati Kekna je.

Korang rasa cemana?