Tuesday, April 25, 2017

Gelang dari Sabah

Salam readers...

Amboi lama nau ye Kekna tak update belog.
Ku tak kuad uollss!
Tak kuat nak melawan rasa malas tu.
Hati memberontak nak menaip tapi MALAS!
Perasaan malas tu nauzubillah... macam jari-jari ni kena gari uollss...

Ok, ini adalah scheduled entry.
Kekna dah menaip semalam dah tapi saje upload hari ni.
Ikutkan hari ni Kekna bercuti.
Ada banyak hal kena settle sensorang.
Boifren mana boifren?
Boifren Kekna busy uolss.
Dia memang takkan boleh temankan Kekna.
Ku redha.... Sobsss sobss...

Hari tu dia pergi bercuti ke Sabah.
Balik dari sana, dia ajak berjumpa.
Kekna masa tu baru je sampai rumah dari ofis.
Rehat rehat sekejap, si dia pun sampai.

Kitorang pergi makan kat Sentul Boulevard.
Kekna akui boifren Kekna ni kelakar.
Ade je benda yang dia cakap akan buat Kekna gelak.
Dia tak romantik. Memang tak romantik.
Dia sempoi. Cool.
Dia suka membebel dalam kereta.
Tapi dia membebel tu kelakar.
Entahlah. Mungkin jugak Kekna ni jenis mudah terhibur.

Balik dari makan, dia terus hantar Kekna balik.
Sebelum Kekna keluar dari kereta, dia hulurkan something.

"Abang beli untuk sayang..."

Kekna amik 2 utas gelang yang dia bagi.
Cantikk.... Satu warna purple, satu lagi warna merah.
Dia pakaikan untuk Kekna yang warna purple..
.
"Nasib baik muat..."

Kekna menjeling,...
"Walaupun sayang ni gemuk, tangan sayang kecik aje tauu..."

Dia tergelak.

"Tengok ni... abang ingat kat sayang tau walaupun pergi bercuti..."

Kekna mencebik...



Terus Kekna pakai pergi ofis keesokkan hari. Hihii...

Actually malam tu dia ada bagitahu something.

"Mak dah bising abang tak kawin lagi..."
"Then?"
"In sha ALLAH tahun depan kott.."
"Dah ada calon ke?"
"Dengan siapa lagi abang rapat kecuali dengan yang kat sebelah ni..."
"Manalah tahu kot-kot abang ada rapat dengan orang lain jugak?"
"Yang sorang ni pun terabai... Inikan nak pasang ramai."

Korang, ini ke maksudnya melamar?
Kekna memang tak terkata sebenarnya.
Kata ya pun idak, kata tidak pun idak.
Cuma kalau betul dia melamar Kekna malam tu, Kekna harap lamaran dia tu betul-betul.
Bukan sebab main-main atau nak sedapkan hati Kekna je.

Korang rasa cemana?
 

No comments: