Monday, May 29, 2017

Salam Ramadhan

Salam readers...

Wahh lamanya Kekna tak update belog kan?
Dah nak masuk bulan baru dah ni.
1 entri pun tak nampak bayang, kan? Hikhikhik...

Hari ni masuk hari ke3 umat Islam berpuasa.
Alhamdulillah.. kita masih diberi peluang untuk melakukan ibadah puasa untuk tahun ini.


Ni nak citer...
Tatau la pasal ape bulan puasa tahun ni Kekna malaaaassss sangat nak masak untuk berbuka.
Rasa macam hari-hari pun nak tapau makanan kat bazar je. 
Sumpah malass...
Mungkin sebab setiap weekend Kekna dah masak.
So, bila tiba bulan puasa ni rasa macam nak makan makanan lain pulak.
Takmo makan masakan sendiri.

Macam hari pertama puasa kan jatuh hari Sabtu.
Nak ajak bf berbuka sekali, parent dia pulak datang sini.
So, terpaksalah berbuka dengan housemates.
Petang tu Kekna plan nak pergi ke Bazar Jalan TAR.
Biasanya hari Sabtu ada pasar malam kat situ kan...
Kekna teringat pulak nasi beriyani kambing kat pasar malam Jalan TAR tu.
Mulalah kecur liur nih...

Lepas asar, Kekna bertolak ke pasar malam Jalan TAR.
Orang ramai wehhh...
Tapi memandangkan Kekna jalan sorang-sorang, so agak heaven laa...
Yela, takyah dengar orang merungut panas laa, rimas laa...
Hihih...

Dari Jalan TAR sampailah ke hujung Masjid Jamek, takde 1 makanan pun yang menarik perhatian Kekna.
Lagi kecewa bila nasi beriyani kambing yang Kekna nak tu tak berniaga..
Tatau la pulak kot-kot Kekna yang tak jumpa gerai dia.
Melilau Kekna cari gerai nasi beriyani tu tapi tak jumpa.
Tak apalah... Tak ada rezeki.
Tetibe dapat idea lain....

2 tahun lepas Kekna pernah pergi ke Bazar Ramadhan Wangsa Maju.
Kat sana pun meriah jugak...
Terus Kekna zasss ke sana.

Masa tu dah dekat pukul 5:30 petang.
Takpe... lambat lagi waktu berbuka.
Sempat lagi kalau lari sekejap ke Wangsa Maju ni...

Al-kisahnya masa sampai kat bazar sana, hujan pulak...
Tapi takdelah lebat sangat.
Hujan renyai-renyai...
Kekna redah je hujan tu semata-mata nasi beriyani kambing.
Hahaha...

Jalan punya jalan, terjumpalah nasi beriyani kambing pilihan hati.....
Kekna dah cakap, kalau nasi beriyani ni tak sedap, maunya ku carutzz sepuas hati...
Hahah... Nasib baik la nasi beriyani tu sedap...
Tapi tak sesedap nasi beriyani kat masjid jamek tuuu...

Balik rumah Kak Shidah pulak sedekahkan kuih onde-onde dan akok kat Kekna...
Semoga murah rezeki Kak Shidah.

Haa... tu la kisah puasa hari pertama Kekna tahun ni...
Kemain lagi sanggup gagahkan diri jalan jauh semata-mata nasi beriyani kambing...
Hihihi...

Hari ni korang berbuka apa pulak?
Kekna dah beli siap-siap dah nasi arab kambing kat bawah ofis ni.
Kebetulan ada jualan.
Takyah penat-penat masak....
Kalau nak masak pun tak tahu nak masak ape...
Lauk yang ada pun ayam dan udang je...

Ok la korang...
Kejap lagi dah nak masuk waktu berbuka...
Selamat berbuka puasa uolsss...


No comments: