Friday, June 2, 2017

Genap 9 tahun

Salam readers...

Syukur alhamdulillah... Hari ni dah genap 9 tahun Kekna berkhidmat dengan salah satu GLC yang terkemuka kat Malaysia nih...
Syukur ya ALLAH...!

Sekejap aje dah 9 tahun. 
Banyak betul kenangan sepanjang 9 tahun ni.
Suka, duka, gembira, sedih... semuanya ada...
Lengkap!


Masa kecik-kecik dulu kan, Kekna bercita-cita nak jadi macam daddy Kekna.
Nak kerja office macam daddy.
Dah masuk U pun, Kekna tetap dengan cita-cita Kekna.
Nak kerja office jugak.
Tak kisahlah kerja apa, jawatan apa asalkan ada meja, ada komputer..
Gituuu...Hahhaha...
Cita-cita tak tinggi langsung.
Lantak. Yang penting realistik.
Kita tahu takat mana kemampuan kite.
Ni tak, belajar malas tapi cita-cita nak jadi doktor. Kau mampu? Hahaha...
At the same time, Kekna bercita-cita nak jadi penyanyi jugak.
Tapi idoknye mommy Kekna tu restu...

Habis belajar U, Kekna cepat-cepat apply kerja.
Sementara dapat kerja yang proper, Kekna kerja sementara kat kedai carpet aunty Kekna dengan gaji RM350.00.
Ya, RM350 je wehh.
Guna kudrat banyak... Tenaga pompuan kuat manalah sangat kan nak angkat carpet berat-berat yang bersaiz 10x12 tuu...
Tapi Kekna tak kisah pun sebab duit bukan motivation Kekna.
Rasa terbeban ke ape, takpe.
Yang penting cari pengalaman.
Bestnya kije kat situ sebab boleh jumpa ramai orang dan boleh belajar cemana orang deal untuk tawar harga.

5 bulan bekerja dengan aunty, Kekna dapat kerja kat Taman Tamadun Islam sebagai Customer Service Officer dengan gaji RM650.00.
Tugas Kekna kat situ jadi in-house tour guide.
So, mana-mana visitors yang datang in group, Kekna dan team yang akan guide diorang untuk jalan-jalan kat dalam taman monumen.
Best kije kat sini walaupun kena duk tengah panas.
Kulit Kekna yang memang dah hitam ni makin rentung jadinya.
Walaupun gaji tak berbaloi dengan apa yang dibuat, takpe...
Kekna tetap happy dengan kerja Kekna.

Dah 2 pengalaman kerja yang Kekna ada.
Tapi cita-cita Kekna nak kerja kat office belum lagi tercapai.

1 day, uncle Kekna yang kerja kat TM jugak mintak Kekna sediakan resume.
Tanpa banyak soal, Kekna pun bagi la dia resume terbaru Kekna.
Tak lama lepas tu, Kekna dapat call dari nombor yang tak dikenali.

Staff TM : Hello... Saya L**** dari Group HR, TM. Boleh saya bercakap dengan Cik Nuradiana?
Kekna : Ya saya.
Staff TM : Ok, cik ditawarkan untuk menghadiri sesi interview di Menara TM Kuala Lumpur? Boleh cik datang pada ** May 2008? 2 hari lagi?
Kekna : Ok. Saya akan datang.
Staff TM : Terima kasih, cik.

Mula-mula Kekna was-was. Macam tak percaya.
Betul ke TM yang call aku tadi nih? Ke scammer?
Then, Kekna confirm kan dengan uncle Kekna.
Betul yang call Kekna tu memang orang TM.
Balik kerja, Kekna terus bagi tahu daddy.
Wahhh, kemain happy dia! Terus dia suruh packing barang untuk bertolak ke KL.
Kekna pulak terus mohon cuti EL.

Masa interview memang Kekna gemuruh.
Maunya tak gemuruh, ada ramai kot panel yang ada.
Nasib baik dia tak suruh speaking.
Kalau tak, confirm berterabur.

Balik interview, Kekna kerja macam biasa.
Kekna memang happy kerja kat Taman Tamadun Islam tu...
Siap Kekna buat OT sampai tengah malam.

2 minggu berlalu...
Kekna dapat surat dari TM.
Katanya Kekna berjaya dapat kerja dengan TM!
Alhamdulillah...
Orang yang paling happy of course la mommy & daddy.
Tapi... status jawatan Kekna adalah kontrak selama 1 tahun.

Kawan-kawan Kekna kat tempat kerja tu pulak macam tak berapa izinkan untuk Kekna bekerja kat KL.
Sebab tak menjamin katanya.
Yela, status jawatan pun kontrak.
Tapi disebabkan cita-cita Kekna dan harapan mommy & daddy, Kekna pergi jugak ke TM.
Gamble walaupun hakikatnya Kekna takut!
Takut sebab jawatan Kekna secretary.
Kekna takut dapat bos yang garang.
Kekna takut Kekna tak boleh adapt dengan kehidupan kat KL ni.
Kekna takut berjauhan dengan family.
Kekna takut bekerja sorang-sorang sedangkan kat sini Kekna ada ramai kawan.
Kekna takut nanti kontrak Kekna tak sambung.
Macam-macamlah yang Kekna takut.
Tapi Kekna kuatkan semangat.
Kekna percaya rezeki tu ada kalau kita ikhlas.


Bergambar dengan kawan baik Kekna, Zie.
Tengok la kulit muka Kekna tu. Rentung sudah...
Badan pun slim lagi masa ni.
Masa ni Kekna bangun awal pagi sebab nak jumpa kawan-kawan yang bekerja di Taman Tamadun Islam buat kali terakhir sebelum Kekna memulakan kerja di TM.

Pukul 9 lebih pagi, family Kekna datang amik Kekna kat Taman Tamadun Islam dan kami terus bertolak ke KL.
Sedihnya toksah cakap laa...
5 bulan bekerja kat Taman Tamadun Islam.
Hubungan antara staff pun dah macam family dah.
 
02 June 2008, Kekna official report duty di TM.
Sepatutnya report duty tu 01 June 2008 tapi masa tu KL cuti.

Masa mula-mula report duty, Kekna dapat surat lagi.
Kekna ditempatkan ke 1 unit 'special'.
Kekna ingatkan unit tu berkenaan dengan event ke ape.
Rupa-rupanya unit siasatan.

Maka bermulalah kehidupan baru Kekna sebagai staff TM.
Terlalu banyak benda baru yang Kekna belajar kat sini.
Kat sinilah Kekna mulakan hidup berdikari.
Semuanya bergantung pada diri sendiri.

Mula-mula memang Kekna takut Kekna takleh survive.
Tapi alhamdulillah, dah 9 tahun pun kat sini.
Syukur nikmat dengan apa yang ALLAH SWT berikan kepada Kekna.
 

Antara gambar terawal Kekna di TM.
Masa ni ada teambuilding kat Awana Genting.
Kecik aje Kekna dulu.... Pinggang pun ramping.
Sekarang ni dah macam tong drum dah. Waaaaa.... T____T


Ni pun antara gambar terawal Kekna di TM.
Masa ni kekna bersiap-siap nak pergi ke Majlis Hari Raya Group Audit tahun 2008.
Pakaian pun ala-ala kampung je.
Maklum laa time ni tak reti bergaya lagi.

Perjalanan kerjaya Kekna kat TM ni tak mudah sebenarnya.
Setiap 2 tahun, Kekna akan bertukar bos.
Bukan senang ye nak adapt perangai bos-bos ni.
Lain bos, lain ragamnya.
Tapi nasib baik laa Kekna ni dikurniakan hati yang agak keras.
Lagipun Kekna bukan sejenis yang overthinking.
Just let things flow.

Dipuji melambung, kena maki hamun, kena herdik, kena fitnah, diperbodohkan, dan macam-macam lagi yang Kekna hadap kat sini.
Nak melayan ragam bos, 1 hal.
Tambah pulak kena melayan karenah team sendiri dan team lain, dan nak build networking dengan secretaries yang bermacam-macam ragam jugak memang mencabar Kekna.
Ramai secretary yang mengada-ngada ye kat sini.
Cakap suka sindir-sindir, susah nak bagi cooperation dan bermacam-macam lagi laa...
Amende yang buat diorang poyo sangat pun tak tahu la...

Konsep Kekna pulak senang.
Kekna menyenangkan kerja orang lain dan Kekna percaya orang akan menyenangkan kerja Kekna jugak.
Kalau kite poyo pun, bukannya orang suka...
Lagi orang bercakap buruk pasal kite, ade laa...

 Well, sepanjang Kekna bekerja kat TM ni, Kekna dapat ramai kenalan.
Tambah-tambah lepas Kekna attend kursus secretary 5 tahun lepas.
Masa tu la Kekna build networking dengan ramai secretary lain.

Kawan datang dan pergi.
Kekna jugak ada ramai kawan TM yang datang sekejap, and then tak lama lepas tu pergi tinggalkan Kekna.
As long as tak bermusuh, Kekna ok je.
Ada yang bertukar tempat kerja, ada yang tetibe lost contact, ada yang terlalu busy sampai susah nak berjumpa.
Tak apa. Masing-masing ada kehidupan masing-masing.


Ni kawan-kawan Kekna sekarang.
Puan Tuty dan Wanie.
 

Dari kiri : Wanie, Puan Tuty dan Kekna.
 

Gambar terbaru Kekna...

Puan Tuty dan Wani banyak support Kekna.
Banyak bagi sokongan moral kat Kekna.
Bersyukur dapat kenal dengan diorang berdua.
Salah satu sumber kekuatan Kekna bila dilanda masalah.
Tempat untuk Kekna mengadu domba.

Dan Kekna jugak tempat untuk diorang menangis melalak mengadu...
Susah senang sama-sama katanya.
Lagipun kami bertiga memang berasal dari pantai timur.
Wanie dari Kelantan.
Kekna dan Puan Tuty dari Kuala Terengganu.
Kampung yang sama pulak tu....
Hiihi....
 
Well, disebabkan pertukaran bos setiap 2 tahun, maka 9 tahun Kekna berkhidmat kat TM ni bermakna dah 5 orang bos yang Kekna pernah jaga.
Masing-masing ada ragam sendiri.
Tapi yang paling best adalah bos Kekna yang pertama, Encik Khadzar.
Sumpah Kekna rindu nak bekerja dengan dia.
Dia macam bapak-bapak.
Kalau Kekna buat kerja cepat, dia bagi Kekna upah lunch.
Kalau Kekna buat silap, dia tegur Kekna secara berhemah.
 Kalau Kekna sakit, dia concern sangat-sangat.
Dia dah anggap Kekna ni macam anak dia sendiri.

Teringat beberapa ayat yang pernah Encik Khadzar bagitahu kat Kekna :-

"Nur, kalau aku balik lewat, kau takyah tunggu. Kau anak dara. Bahaya balik lewat..." - Ni sebab dia kesian tengok Kekna balik lewat kerana tunggu dia.

"Kau budak baru. Takde pengalaman. Aku anggap je kau ni budak baru nak belajar..." - Masa ni kali pertama Kekna berjumpa dengan dia.

"Nur, sekecil-kecil ruang roma kita terlihat oleh orang bukan muhrim, sekecil-kecil itulah jika api neraka tembus, akan membakar seluruh bumi..." - Masa ni Kekna pakai baju t-shirt lengan sampai siku pergi ofis.

Dia jugak banyak sangat bagi nasihat kat Kekna.
Kebaikan dia hanya ALLAH swt saja yang mampu membalasnya.
TQ Encik Khadzar.

---
Punyalah happy bekerja kat TM ni, dari Kekna kurus sampailah dah jadi tong drum sekarang ni.
Dari kulit rentung dah jadi cerah sikit...
Dari seorang yang fragile, Kekna jadi kuat hati...

Memang Kekna akan loyal dengan TM.
Kerana TM laa, Kekna dapat hulurkan duit pada family.
Kerana TM laa, Kekna dapat ubah nasib diri.
Kerana TM laa, Kekna boleh tolong family.
Kekuatan Kekna adalah family Kekna.
Apa saja kesusahan yang Kekna alami kat TM ni, Kekna akan terbayangkan family.
Automatik Kekna akan jadi kuat untuk mengharungi semua.

Sebab Kekna bekerja hanya untuk family Kekna.
Kekna nak senangkan family Kekna.
Kekna taknak jadi lupa diri...
Kekna taknak jadi sombong.
Kesusahan ahli keluarga Kekna bermakna kegagalan Kekna membantu diorang.
Sebab tu Kekna akan mudah down kalau Kekna dapat tahu ahli keluarga Kekna susah. 
Kekna TAK AKAN BAGI family Kekna rasa susah.
Tak kirelah kakak ke, abang ke, adik-adik ke....
Kekna susah takpe.
Kekna catu makan pun takpe. Asalkan diorang semua cukup makan pakai semua.
Takde catu-catu...
Nanti Kekna akan rasa sedih dan akan rasa loser.
Kekna dah anggap Kekna yang bertanggungjawab untuk senangkan seluruh family Kekna.

TM lah punca rezeki utama Kekna sekarang.
Terima kasih ALLAH kerana beri peluang kepadaku untuk mencari rezeki halal disini.
Terima kasih TM kerana beri peluang untuk aku berkhidmat disini.


Alhamdulillah...

No comments: