Friday, July 14, 2017

Kisah raya 2017 - raya kedua dan seterusnya

Salam readers...

Ok, start raya kedua Kekna dah kurang dah amik gambar.
Malass...

Padahal raya kedua tu banyak kot singgah rumah sedara-mara.
Tapi tu la... Sedara mara pulak jarang kita jumpa.
Nak tunggu raya barulah nampak muka.
Jadi ralit pulak bergosip bersembang bila bertemu.

So, gambar raya kedua adalah yilek.

Raya ketiga pun haramm tak bergambar.
Hahahaha...
Awatnya laa haii... Malas betul nak posing-posing.
Tapi malam raya ketiga tu aunty Kekna (Cik Rus) buat rumah terbuka.
Ade la Kekna selfie sekeping dua.
Anak sedara beriya nak tolong amikkan gambar tapi tu laaa...


Selfie di hari raya ketiga.
Itupun dah malam raya dah.



Cik Rus masak singgang ikan, ikan panggang, budu, tempoyak, sambal belacan dan ulam-ulaman.
First time Kekna makan tempoyak dan TAK SEDAP.
Hahaha...
Kekna tanya mommy,
"Gini ke rasa tempoyak?"
Mommy cakap, 
"Yela... Gini la rasa dia..."
Ok, tak kena dengan tekak Kekna.
1st and last la kot Kekna telan tempoyak.
Budu tu ok lagi laa.
Itupun tak best mana...
Tatau la kenapa orang suka sangat makan budu siap boleh hirup cenggitu je...

Raya kelima, Abang Yu pulak buat rumah terbuka.
Tapi untuk kitorang adik beradik je laa...

Kekna pergi awal ke rumah dia sebab dia pun takde kakitangan.
Kekna bolehlah tolong apa-apa yang patut.
Kesian jugak kat Kak Ejam masak sorang-sorang.

Hari tu Kekna sponsor Big Apple Donuts.
Itu je la kedai donut yang ada kat K. Terengganu.


Kak Ejam masak nasi lemak, telur mata dan ayam goreng.
Air pulak Kak Ejam buat laici dan teh o.
Nasi lemak Kak Ejam memang terbaik laaaa....

Actually raya keempat tu Kekna tak kemana-mana.
Just duk rumah tunggu kawan datang.
Kalau tak buat gitu, memang tak dapat jumpa la kawan-kawan sebab setiap hari ada rumah terbuka.

Ramai jugak kawan-kawan yang datang.
Rumah Kekna pulak takde orang sebab family semua pergi rumah terbuka.
Seronok jugak kawan-kawan datang time family takde sebab takde yang mengacau.
Kalau tak, mesti ada yang terintai-intai... Hahah..

Salah sorang kawan Kekna yang datang adalah Mimy.
Setiap kali raya, mesti dia datang ke rumah Kekna.



BFF ofis ni..
Hihi...

Tapi pagi hari raya keempat tu ada kejadian lawak.
Pecah perut kitorang gelak.
Ada lembu tersesat masuk dalam kawasan rumah kitorang.
Nak datang beraya ke ape ntah.
Hahahhahaha....

Yang kelakarnya lembu tu dah sampai ke bahagian belakang rumah dah.
Anak sedara bongsu Kekna yang nampak lembu tu masuk.
Mula-mula kitorang tak percaya jugak sebab ingatkan lembu tu kat tanah kosong sebelah rumah.
Sekali anak sedara menjerit,

"Eh, ada lembu masuk kat belakang!"


Masing-masing yang tengah duk bersembang kat ruang tamu terus meluru keluar.
Tengok-tengok memang betul pun ada lembu sesat...
Terus mommy amik penyapu halau lembu keluar dari pagar.
Yang sadisnya, lembu tu berak pulak sampai terkena kat baju Amani yang tersadai kat ampaian.
Baju Kak Long dan Abang Zam pulak habis lekat bulu lembu.
Tak pasal-pasal kena cuci balik baju.
Baju Kekna nasib baik sidai kat depan rumah. 
Kalau tak, memang Kekna buang je baju tu...
Hahahah...

Pastu masing-masing gotong royong bersihkan taik lembu yang bersepah kat belakang rumah tu.
Busuknya ya ampun!!
Kepam ok bau dia..
Kekna asik ter uwekkk uweekk je masa cuci tu...
Tapi kan memang kelakar.
Pecah perut gelak bila teringat benda ni.
Nasib baik laa lembu tu tak naik kat balkoni rumah.
Kalau tak, menggelupur la masing-masing lari.
Hahah...

Actually ada lagi kisah Kekna beraya dengan kawan-kawan.
Itu Kekna cerita kat entri lain ye...







Monday, July 10, 2017

Kisah raya 2017 - hari pertama

Salam readers...

Selamat hari raya!
Sekejap aje dah masuk minggu ketiga raya kan?
Cepat sungguh masa berlalu.

Kekna nak share cerita raya Kekna yang agak simple tahun ni.
Kenapa Kekna cakap simple?
Tak seperti tahun-tahun lepas, Kekna memang tak miss bagi duit raya kat sedara-mara yang kecik.
Tapi tahun ni Kekna tak bagi.
Bukan sebab kedekut ke ape.
Tapi Kekna ada plan besar yang menuntut Kekna untuk menyimpan duit.
Plan tu pulak maybe akan berlaku dalam masa terdekat, dengan izin ALLAH swt juga.
So, sekarang ni memang Kekna kena berjimat cermat.
Simpan duit.
Tapi untuk anak-anak sedara dan family member yang susah tetap Kekna hulurkan duit raya.
Itupun Kekna guna baki duit raya tahun lepas je.
Duit yang Kekna tukar kat bank tahun lepas ade lagi.
So, Kekna guna duit tu je. 
Nasib baik cukup. Hihi...


Ootd raya Kekna ...
Tema Kekna raya kali ni adalah Klasik Tradisional.


Kalau ikut raya tahun-tahun lepas, pagi raya mesti Kekna bling-bling.
Merelip...
Tapi tahun ni malas laa  nak jadi Che Ta sangat.
Simple simple je sudehh...

Tapiiii... nasib baik jugak Kekna pakai simple je.
Punyalah berpeluh Kekna kena betulkan sampin Shahril...
Tak tahu laa kenapa sampin dia buat perangai hari tu.
Lipat-lipat, tetap tak jadi.
Berpeluh dah Kak Ngah ni tau!

Bila semua dah settle, dah makan, dah siap pakai baju, tibalah masa untuk bersalam-salaman...
Waktu yang paling syahdu sebenarnya ni.
Cuma Kekna ni tak berapa gemor nak buat drama air mata pagi-pagi raya.
Bukannye apa, takmo rosakkan eye liner tu. Hahahah...


Mami bersalaman dengan daddy.


Kak Long.


Abang Zam.


Alia.


Fifi.


Abang Yu.


Kak Ejam.


Alyssa.


Amisha.


Tuan belog.


Shahril.


Shazrin.


Kami 1 family.
Ini pun tak cukup korum.
Abang Yu jadi jurukamera. 
Iwan & Amani pulak tak balik lagi sebab diorang beraya kat kampung Amani dulu.


Legasi perempuan.


Legasi lelaki.


Kami adik beradik.

Dah settle bersalaman, kitorang terus keluar rumah untuk pergi beraya.


Rumah pertama, rumah adik daddy.
Ayah Chik Zul.



Kalau perempuan berkumpul, mesti gosip-gosip..
Hihi...

Lama jugak berkunjung ke rumah Ayah Chik Zul..
Lepas tu kitorang pergi ke rumah Mak Dik Nab pulak.
Mak Dik Nab ni adik daddy jugak.
Kat sana kitorang makan nasi minyak Mak Dik Nab.
Sedap sungguh nasi minyak Mak Dik Nab tu. Hihi...


Bergambar dengan anak sedara kesayangan...

Misha : Angah, misha doakan angah tak kawin...

Kekna : Pftttttt!!!

Dia takut kalau Kekna kawin, kasih sayang Kekna kat dia akan berkurangan.
Ade ke patut dia fikir gitu? Hhahaha...



Adik bongsu Kekna yang hensem. Shazrin Hafiq.
Boleh diharap dia ni....
Kalau dengan Kekna, dia tak berkira pun.
Sebut je nak apa, dia akan tunaikan...


The love in my life.
Kut-kut mana pun dia memang priority Kekna.


Alyssa Adriena.
Dah besar dah dia.
Akhir tahun ni dia akan menghadapi PT3.
Harap-harap boleh jawab laaa elok-elok.


Nur Alia Shahirah.
Anak sedara pertama Kekna...
Ramai yang cakap dia seiras Kekna.
Sekali tengok orang ingat dia adik Kekna. Hahahah..
Akhir tahun ni nak amik SPM..


Pak polisi...
Shahril Izuan, adik Kekna yang bekerja di KLIA1 sebagai polis bantuan.
Punn boleh harap dan kuat mengusik.
Tahun ni dia dapat beraya hari pertama je.
Pagi raya kedua dah fly balik KL semula... T___T


Kami yang masih bujang...


Haaa... amik gambar last dari tuan belog.

Actually ramai yang tanya Kekna, "Kenapa senyap sangat raya tahun ni kat dalam fb?"
Selama ni kalau raya memang akan banyak post dari Kekna.
Tapi entahlah tahun ni tetibe mood nak post jadi sendu.
Nak ngadap fb pun malas.
Maybe sebab faktor umur.
Rasa macam, "Sampai bila nak menayang-nayang dalam fb?"
Nak tayang kat sape?

Ada sorang sedara Kekna datang masa raya pertama tegur,

"Amboii,,, pakai gelang baru..."

Kekna dah macam, "Errr..."

Tahun lepas kau duk mengira-ngira berapa handbag yang aku beli.
Tahun ni kalau tengok gelang aku pulak.
Tahun depan kau nak tengok aku apa?

Kekna pakai something or beli something bukan untuk menunjuk.
Kalau tak tunjuk pun orang boleh perati., ini kan pulak kita duk menayang dalam fb?
Entah apa-apa yang orang fikir pasal kita.

Kekna nak jadi orang yang simple.
Kekna taknak berlawan dengan sesapa.
Ini tak, siap dia cakap,

"Si polan (anak dia) dah beli rumah kat KL. Harga setengah juta. Awak bila lagi nak beli rumah?"

So what?
Bukannya aku kisah pun...

And korang nak tahu apa yang Kekna jawab?

"Si polan tu family backup. Deposit rumah dah berapa ratus ribu family bayar. Kita ni nak apa-apa kena usaha sendiri. Harta kumpul sendiri tak harapkan orang lain..."

Terus terdiam orang tu...

Yela.
Jangan la nak compare keluarga kau dengan keluarga aku.
Keluarga kau semua ada bisnes.
Keluarga aku pulak sekadar makan gaji je.
Duit kau makan 7 keturunan pun tak habis.
Tapi at least aku bangga, keluarga aku berjaya atas usaha sendiri.
Bukannya melangut duit mak bapak.

Ha, kan dah emo sekejap. Hahah...
Cukuplah setakat ni Kekna share.


Ada lagi entri raya yang bakal menyusul...
Harap sudi membaca. 
☺☺