Friday, July 14, 2017

Kisah raya 2017 - raya kedua dan seterusnya

Salam readers...

Ok, start raya kedua Kekna dah kurang dah amik gambar.
Malass...

Padahal raya kedua tu banyak kot singgah rumah sedara-mara.
Tapi tu la... Sedara mara pulak jarang kita jumpa.
Nak tunggu raya barulah nampak muka.
Jadi ralit pulak bergosip bersembang bila bertemu.

So, gambar raya kedua adalah yilek.

Raya ketiga pun haramm tak bergambar.
Hahahaha...
Awatnya laa haii... Malas betul nak posing-posing.
Tapi malam raya ketiga tu aunty Kekna (Cik Rus) buat rumah terbuka.
Ade la Kekna selfie sekeping dua.
Anak sedara beriya nak tolong amikkan gambar tapi tu laaa...


Selfie di hari raya ketiga.
Itupun dah malam raya dah.



Cik Rus masak singgang ikan, ikan panggang, budu, tempoyak, sambal belacan dan ulam-ulaman.
First time Kekna makan tempoyak dan TAK SEDAP.
Hahaha...
Kekna tanya mommy,
"Gini ke rasa tempoyak?"
Mommy cakap, 
"Yela... Gini la rasa dia..."
Ok, tak kena dengan tekak Kekna.
1st and last la kot Kekna telan tempoyak.
Budu tu ok lagi laa.
Itupun tak best mana...
Tatau la kenapa orang suka sangat makan budu siap boleh hirup cenggitu je...

Raya kelima, Abang Yu pulak buat rumah terbuka.
Tapi untuk kitorang adik beradik je laa...

Kekna pergi awal ke rumah dia sebab dia pun takde kakitangan.
Kekna bolehlah tolong apa-apa yang patut.
Kesian jugak kat Kak Ejam masak sorang-sorang.

Hari tu Kekna sponsor Big Apple Donuts.
Itu je la kedai donut yang ada kat K. Terengganu.


Kak Ejam masak nasi lemak, telur mata dan ayam goreng.
Air pulak Kak Ejam buat laici dan teh o.
Nasi lemak Kak Ejam memang terbaik laaaa....

Actually raya keempat tu Kekna tak kemana-mana.
Just duk rumah tunggu kawan datang.
Kalau tak buat gitu, memang tak dapat jumpa la kawan-kawan sebab setiap hari ada rumah terbuka.

Ramai jugak kawan-kawan yang datang.
Rumah Kekna pulak takde orang sebab family semua pergi rumah terbuka.
Seronok jugak kawan-kawan datang time family takde sebab takde yang mengacau.
Kalau tak, mesti ada yang terintai-intai... Hahah..

Salah sorang kawan Kekna yang datang adalah Mimy.
Setiap kali raya, mesti dia datang ke rumah Kekna.



BFF ofis ni..
Hihi...

Tapi pagi hari raya keempat tu ada kejadian lawak.
Pecah perut kitorang gelak.
Ada lembu tersesat masuk dalam kawasan rumah kitorang.
Nak datang beraya ke ape ntah.
Hahahhahaha....

Yang kelakarnya lembu tu dah sampai ke bahagian belakang rumah dah.
Anak sedara bongsu Kekna yang nampak lembu tu masuk.
Mula-mula kitorang tak percaya jugak sebab ingatkan lembu tu kat tanah kosong sebelah rumah.
Sekali anak sedara menjerit,

"Eh, ada lembu masuk kat belakang!"


Masing-masing yang tengah duk bersembang kat ruang tamu terus meluru keluar.
Tengok-tengok memang betul pun ada lembu sesat...
Terus mommy amik penyapu halau lembu keluar dari pagar.
Yang sadisnya, lembu tu berak pulak sampai terkena kat baju Amani yang tersadai kat ampaian.
Baju Kak Long dan Abang Zam pulak habis lekat bulu lembu.
Tak pasal-pasal kena cuci balik baju.
Baju Kekna nasib baik sidai kat depan rumah. 
Kalau tak, memang Kekna buang je baju tu...
Hahahah...

Pastu masing-masing gotong royong bersihkan taik lembu yang bersepah kat belakang rumah tu.
Busuknya ya ampun!!
Kepam ok bau dia..
Kekna asik ter uwekkk uweekk je masa cuci tu...
Tapi kan memang kelakar.
Pecah perut gelak bila teringat benda ni.
Nasib baik laa lembu tu tak naik kat balkoni rumah.
Kalau tak, menggelupur la masing-masing lari.
Hahah...

Actually ada lagi kisah Kekna beraya dengan kawan-kawan.
Itu Kekna cerita kat entri lain ye...







No comments: