Tuesday, January 31, 2017

Dinner di Stalkers Cafe

Salam readers...

Sekejap timbul sekejap tenggelam Kekna sekarang ni.
Kemalasan sangat sangat nak update belog.
Lagi seronok update kat insta & fb aje.
Nak tutup blog ni karangg macam sayang la pulak.
Segala mala cerita gembira sedih duka ada tercatat kat dalam blog ni.

Aritu Kekna buat survey.
Ramai jugak la yang isi survey tu.
100% yang isi tu suruh Kekna keep update blog ni.
Ok la... ok la...
Kekna ikut je kehendak readers tapi takleh janji untuk update hari-hari tau.
#siscuba

By the way Kekna masih mengalu-alukan korang untuk isi survey tu.
Jangan takut jangan risau...
Identiti korang takkan direvealkan dimana-mana.

Klik borang survey disini [klik sini]

Ok, ni Kekna nak share kisah Kekna dinner kat Stalkers Cafe.

25hb baru-baru ni, Mimiziouslicious call Kekna.

Mimy : Nana, jom ikut Mimy malam ni
Kekna: Gi mana?
Mimy: Makan makan je kat Stalkers.
Kekna : Okay...

Kekna okay aje walaupun hari tu Kekna selekeh gile kotttt... Huhu..


Seharian duk buat minit... Headphone tu Kekna pakai sebab dengar recorder.

Selekeh pun selekeh laa...
Nak pergi dinner je pun, kan?
Lagipun tengah bujang single ni laa kite kena keluar sana-sini... #yeke
Takde sape yang nak halang pun kan...

Balik kerja, kitorang terus pergi ke Stalkers Cafe.


Jalan jem teruk hoiii...
Bertolak pukul 6 petang, sampai depan Stalkers Cafe pukul 7:30.
Ko rasaaa??

Dah sampai Stalkers Cafe, kitorang orderlah makanan.
Sementara tunggu makanan sampai, Kekna dan Mimy borak-boraklah dengan mak Fattah Amin (FA).
Kitorang panggil mak FA ni Ibu.
Ibu memang jenis ramah dan down to earth.
Cara dia bercakap sangat rendah diri...
Oh,,, Kekna suka sangat dengan Ibu ni.
Bila dia bercakap je, mesti dia belai-belai tangan Kekna, bahu Kekna, belakang badan Kekna.
Kekna pulak naik segan. Hahaha...


Yes, ibu ni jenis biasa-biasa je.
And kitorang sembang pun takdelah pasal isu peribadi FA sebab kitorang respect privacy diorang.
Diorang pun manusia biasa dan kite sebagai peminat tak perlu nak tanya lebih.
Sekadar minat dibelakang tabir aje.

Tapi ibu ni memang jenis ramah.
Ade je cerita yang dia nak share.
Btw, rupanya dulu FA pernah intern kat TM tau. Hikhik...


TQ mimy sebab bawak nana makan kat Stalkers Cafe ni...
Dia kata Kekna ni PA dia. -__-
Hahaha....


Kekna order ini....

Ejaz Olio dan Chocolate Devil.
Dua dua pun sedap!
Tak pernah muak...


Mimy pulak order nasik ape ntah...
Lupa dah...

Lepak situ sampailah pukul 9 lebih malam.

Sebelum balik, peluk-peluk dan salam dulu dengan ibu yang baik hati sangat tu...



Otw balik, Mimy tanya,

Mimy: Nana perasan tak mak fattah sukakan Nana?
Nana : Erk... perasan kot. Tapi kenapa Mimy cakap macam tu?
Mimy : Dia tunggu sampai Nana balik tau.  Lepas Nana salam dia, baru dia gerak. Siap hantar sampai luar lagi. Dia tak pernah buat macam ni tau.
Nana : Yeke?
Mimy : Iyaaa.... Mimy kan dah kerap datang sini...

Okayy...
Kekna pun tatau nak cakap ape.
Padahal ni kire 1st time Kekna bersembang dengan ibu.
Sebelum ni pernah jugak nampak ibu tapi tak sembang sebab crowded sangat.
Kali ni barulah Kekna boleh sembang macam-macam dengan dia.

Btw, sekarang ni Kak Long Kekna pun minat sangat dengan FA.
Siap follow IG, FB semualah.... Lagi over dari Kekna tau.
Pastu siap pesan kat Kekna lagi,

"Kak Ngah, kalau awak pergi wedding FA, Kak Long nak ikut tau..."

Hahaha...
Well, apa yang Kekna boleh cakap sekarang ni zaman kegemilangan FA.
Dan melalui penceritaan ibu, Kekna dapat rasa FA ni seorang lelaki yang baik & anak yang mendengar kata.
Beruntung laa sape yang dapat FA ni.

Ibu, nak jadi menantu ibu boleh? #eh!

😜😜😜

Monday, January 16, 2017

Lunch @ Madam Kwan, Bangsar Shopping Centre

Salam readers....

Selagi gaji tak habis, selagi tu la kitorang akan mengkokak sampai duit dalam akaun tu jadi semput...
Bukan avengers la kalau tak buat perangai cenggini.
Hujung bulan je, memasing ber krikkrikkrik sebab duit dah semput dalam account. Haha..

Tak puas makan kat Sushi Tei, diorang ajak lagi Kekna makan kat Madam Kwan, Bangsar Shopping Centre.
BSC ni tak jauh pun dari ofis Kekna. 
Tu yang kerap jugak datang sini untuk makan-makan tu...

Madam Kwan kat BSC ni agak cozy walaupun ramai orang.
Ambience pun cantik.
Kiranya untuk release stress sambil makan tu sesuai sangatlah.
So seperti biasa, kitorang snap snap laa...




Ni Kekna punya....


Ni Leen punya...


Ni Farid punya...


Dan ini pulak Ekin punya...


Makan simple je sebab motif utama nak berkumpul ramai-ramai je...

Yela, kan Kekna ada bagitau sekarang ni Kekna dah jarang jumpa diorang.
Terkilan pun ada...
Yela, sekarang ni Kekna kan busy. Dapat bos baru.
Banyak benda yang Kekna kena uruskan.
Plus ada isu-isu yang tak settle lagi.
Isu bodoh je sebenarnya.


Balik dari Madam Kwan, Kekna teruslah naik ke ofis....
Ekin, Leen dan Farid tu duk 1 ofis. Kekna je sorang duk ofis lain.

Tup-tup dapat gambar kat atas ni.
Kemain diorang ye....
Dah kenyang makan kat Madam Kwan, boleh pulak diorang menjamu dessert aiskrim pulak kat depan TMCC...
Hahahah...

Friday, January 13, 2017

Ber-sushi-an dengan Avengers

Salam readers...

Lamanya baru nak update belog ye.
Still takleh move on dengan entri Dolly Dim Sum yang super marvelesss tu. Hihi...

Ok ok. Meh la Kekna up 1 entri di hari Jumaat yang mulia ni.

By the time dapat gaji memang Geng Avengers akan berkumpul sama-sama untuk lunch sekali.
Yela, Kekna dah jarang-jarang dah jumpa diorang sekarang ni.
Nak-nak setelah beberapa isu sulit dan isu-isu merepek yang Kekna takleh cerita kat diorang.
Lagipun sekarang ni Kekna dah dapat bos baru.
Busy jugak la Kekna sebab nak kena arrange macam-macam.
Dah lama sangat dah Kekna tak balik on time.
Sekarang ni paling awal pun Kekna balik dalam pukul 6.
Bagi Kekna itu dah dikire lewat la tu sebab biasanya pukul 6 tu Kekna dah sampai rumah dah.. Hihi...

Tapi takpe.
Ate cari rezeki halal kan?
Lagipun selagi tak siap kerja, hati tak tenang ohhh.. huhuhu...

Ok, berbalik kepada cerita lunch dengan Avengers.
Diorang ni memang suka makan sushi.
So hari gaji tu kitorang pergilah makan kat Sushi Tei, NU Sentral.
Ni memang tempat makan favorite diorang.
Kekna ok je mana-mana pun. Ate easy going.


Kami...
Happy kan muka memasing...
Maunya tak happy. Gaji baru masuk kot.
Feeling kaya kejap. Hikhik...


Lawak betul Leen masa ni...
Kekna kena paksa suap takoyaki kat Leen.


Dia ni mesti request gambar pose ala-ala candid.


Kitorang ni kalau order memang tak reti nak order sikit-sikit... 
Mesti order banyak.
Pastu bila dah kenyang, mulalah diorang lantik sorang untuk jadi DBKL - tukang perabihkan makanan.
Biasanya Leen atau Ekin la yang jadi mangsanya. Hahaha...

Bila perut dah kenyang be like.... :-


Rasanya si Ekin ni yang snap gambar ni...
Ke Farid..? Ntah lupa dah.
Hahahah... Kuangjaq sangat kan.. :p

Yela, Kekna nak makan dengan Avengers pun tak senang.
Ade je pengacau yang sengaja hantar mesej banyak-banyak.
Nak tak nak memang kena balas.
Kalau tak gaduh la jawabnya.
Ku dah tak larat nak bergaduh hoiii.. Huhu...

Geng Avengers pulak duk terjeling-jeling je Kekna main mesej.
Kikiki....
Nak speku Kekna main mesej dengan bf lettew.

Welllll, iolss takde boifren ye. Titik.



Friday, January 6, 2017

Dinner @ Dolly Dim Sum yang marvelesss

Salam readers...

Khamis minggu lepas Kekna bercuti.
Cuti akhir tahun katanya...
Kekna cuti pun selain dari sebab nak rehat, Kekna ada kerja lain jugak.
Bukannya semata-mata nak perabihkan cuti je.

Khamis pagi, Kekna bangun awal sebab plannya nak pergi ke Econ Save Setapak Central.
Nak shopping barang-barang dapur yang dah kehabisan....
Barang-barang berat semua Kekna dah order dengan tesco online dah.
Kat EconSave tu Kekna nak beli barang-barang basah macam ikan, udang, ayam, pastu few barang-barang rumah yang lain.
Dah macam mood mak-mak dah... Hihihi...

Kekna keluar pagi and balik dalam pukul 2 lebih macam tu.
Balik rumah bukannya boleh rehat pun.
Kekna kena siang segala-mala tok nenek seafood yang Kekna beli kat EconSave tadi.
Nasib baik la Kekna dah terbiasa siang seafood, so memang takde masalahlah untuk Kekna buat.
Sejam lebih, siap semua benda.

Rehat-rehat kejap, lepas Asar Kekna kena bersiap balik sebab dah janji nak dinner dengan Mimy & Zura kat Dolly Dim Sum, NU Sentral.


Pukul 6 lebih petang kitorang berkumpul kat Dolly Dim Sum. 
Nasib baik orang tak ramai sangat on that time.


Dari kiri : Kekna, Aliya, Zura dan Mimy.

Ni 1st time Kekna jumpa Aliya.
Dia ni officemate Zura.
Baik jugak orangnye. Lembut je.



Ramai sangat dah yang tegur badan Kekna makin naik....
Aaaaa... Caner ni??
Kekna plan nak vogue2 bila pergi holiday yang dah di plan beberapa bulan lagi.
Sempat ke tak ni nak dapatkan body idaman? sobss... sobsss...

Takpelah. Dah orang ajak makan ni, so Kekna pun makan aje lah kan...
Lagipun Kekna dengar makanan kat Dolly Dim Sum ni sedap-sedap.
Tapiiii... mahal sikit.
Maknanya rakyat marhaen gaji cipu macam Kekna ni, time time gaji baru masuk je boleh pergi makan kat tempat-tempat macam ni.



Kitorang order salad prawn dumpling, prawn cheong fun, crispy shrimp cheong fun, crystal prawn dumpling, dolly mozza roll, yam croquette dan salted fish fried rice.

Apa yang kitorang order on that day memang sedap-sedap semuanya.
Tapi yang paling sedap, yang paling win untuk malam tu is crispy shrimp cheong fun.
Memang sedap sangat!
Very recommended!
Kitorang memang nyesal order 1 plate je.


Zura dan Mimy.
Diorang ni dah kerap dah makan kat sini.


Kekna dan Aliya.
Tak sabo dah nak makan sebab perut dah lapar...
Maunya tak lapar.. Kekna makan kat Setapak Central pukul 11 lebih pagi, lepas tu jalan-jalan shopping, balik rumah pukul 2 petang, lepas tu siang ikan ayam udang semua, lepas tu bersiap datang ke NU Sentral lagi...
Memang tak makan minum lepas pukul 11 pagi tu.
Memang la dah bercerut perut dah rasanyaa..

Tapi betullah cakap orang.
Makanan kat Dolly Dim Sum ni memang sedap.
Berbaloi dengan harganya yang mahal.


Wednesday, January 4, 2017

Kali pertama mereka menjejakkan kaki di KL

Salam readers...

2 minggu lepas Kekna dapat call dari Iwan.

Iwan : Aku nak gi KL Jumaat ni...
Kekna : Datanglah... Stay mana?
Iwan: Rumah ko laa...
Kekna : Ok je...

Jujur Kekna cakap, Kekna lagi suka orang datang ke rumah Kekna terutamanya family dan kawan-kawan rapat.
Bukannya sebab Kekna sunyi ke ape. No..
Tapi sebab Kekna suka treat orang.
Lagipun rumah Kekna sekarang ni bukannya macam rumah Kekna kat Vista Angkasa dulu tu.
Rumah kat vista dulu macam sarang tikus.
Rumah sekarang kemas la sikit. 
So takdelah malu sangat kalau tetamu datang.

Iwan datang dengan Amani (bini dia), kakak Amani, abang ipar Amani dan anak sedara Amani.
So total 5 orang.
Bantal, tilam semuanya dah ada. Takdelah risau sangat.


23hb Disember, Iwan sampai dalam pukul 1:30 macam tu.
Kekna amik half day tapi pukul 12:15 Kekna dah balik rumah sebab nak masak nasi.
Kekna dah bagitahu Iwan takyah singgah makan mana-mana sebab Kekna dah tapau lauk.
Kekna jamukan diorang dengan ikan singgang, sayur brokoli goreng, ikan goreng, telur dadar, gulai ayam...
Ntah sedap ke idok tatau la...

Dah siap makan semua, diorang cakap nak pegi Sogo naik tren.
Nasib baik la LRT tak jauh dari rumah Kekna.
Kitorang pun naik la tren ke Sogo...
Diorang cakap ni first time diorang naik tren.
Anak sedara Amani la yang paling excited. Dia cakap dia naik Thomas & Friends.
Hahah...
Amani & adik beradik dia pun tak pernah naik tren ni.

Kitorang shopping kat Sogo, then Kekna bawak diorang pergi ke Jakel.
Yela, Jakel kan tengah buat sale.
Bolehlah beli kain murah-murah.

Sebelum ni Kekna adalah beli kain lace tapi aritu Kekna dah tak nampak dah lace tu.
Yang ada lace lain yang tak cantik dah....
Nasib baik Kekna beli cepat-cepat aritu.

Bila Kekna nampak diorang penat. Kekna ajak diorang balik.
Masa tu pun dah lewat petang.
Lagipun malam hari yang sama Iwan nak pegi ke Danau Kota pulak.
At least kalau balik awal sikit, bolehlah rehat sekejap, solat ke ape sebelum pergi Danau Kota tuu...

Lepas Isyak, kitorang pegi ke Danau Kota pulak.
Kitorang balik dalam pukul 12 lebih macam tu..

Esoknya, awal pagi Kekna siapkan breakfast untuk diorang.
Kekna just buat french toast je buat alas perut sebelum ke IKEA Damansara.
Yela, diorang cakap diorang tak pernah datang KL.
So, Kekna bawak la tempat yang best-best untuk diorang shopping.

Macam Ikea ni, Amani selalu je order dengan online shopper.
Dah alang-alang datang KL, bolehlah beli barang direct terus.

Apapun, kitorang makan dulu.


Dari kiri: Amani, Iwan, abang ipar Amani, anak sedara Amani & kakak Amani...
Kekna tak tahu sebenarnya nama abang ipar, kakak dan anak sedara Amani tu... Hihi...
Kalau sembang, duk panggil saya awak je sebab diorang pun sebaya dengan Kekna je.
Mati-mati Kekna ingatkan kakak Amani tu tua dari Kekna.
Perasan muda betullah Kekna ni kan? Hikhik...


Tuan belog yang kuat perasan... :p


Amani dan Iwan...
Habis dalam seratus jugak makan kat situ.

Dah settle makan, kitorang ronda-rondalah kat dalam gudang besar tu.


Datang Ikea, tak sah kalau tak amik gambar.... Hihi..



Ha, adik ipar dah terikut-ikut dah perangai gedik kakak ipar.
Kehkehkeh...
Kemain korang kan bergambor ajet ajet romantika gituu...
Korang tunggulah giliran Kak Ngah korang nantiii...


Macam biasa, mamat ni nak berlakon pulak kengkonon tengah buat air...
Hmmm...

Dah settle shopping kat Ikea, Kekna bawak diorang pergi ke Mid Valley pulak.
Diorang nak shopping handbag sebenarnya tapi takde yang berkenan...

Malam, barulah kitorang balik rumah.
Itupun sebab malam tu jugak diorang dah nak balik.
Ikutkan plan Iwan nak stay 3-4 hari tapi abang ipar dia pulak kena kerja keesokkan hari...
Sebab tulah diorang berjalan kaw-kaw sebab nak kejar masa.


Sebelum balik, Kekna bawak diorang makan nasi beriyani ayam madu kat Restoran Mahbub, Bangsar.



Masa pegi Ikea tu, Kekna ada beli rak kasut dan meja kopi....
Saje je la beli nak bagi rumah nampak kemas dan cantik sikit.
TQ Iwan sebab tolong pasangkan rak kasut dan meja kopi tu...

Rak kasut ni berharga RM89 je.
Meja kopi pulak baru RM29.90.


Dari kejauhan je nampak meja kopi tu...
Gambar ni Kekna amik lepas mengemas aritu...
Lega tengok rumah kemas dan bersih.
Nak tergolek-golek sambil tengok tv pun boleh. Takyah lapik toto bagai sebab lantai tu bersih dah.
Rumah bujang, deko pun biasa-biasa je laa...

Monday, January 2, 2017

Review sepanjang 2016

Salam readers...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU!!!

Apa azam tahun baru korang?
Kekna takde azam sebab tak tahu sape azam tu... kehkehkeh..
(Ok, tak klaka)

Sekejapan je dah masuk hari kedua di tahun baru.
Pejam celik pejam celik kita dah masuk ke tahun 2017.
Lagi 3 tahun kita akan masuk ke tahun 2020.
Dulu-dulu kan Kekna disajikan dengan fantasi-fantasi kononnye tahun 2020 ni ada kereta terbang laa, rumah-rumah semuanya ala-ala futuristik laa, pastu pakaian semua ala-ala robot laa...
Tapi ape yang Kekna tengok sekarang, duit yang banyak terbang, rumah-rumah pulak kebanyakkannya jens yang tinggi-tinggi. 
Kalau ada yang jenis banglo tu pun, tak tercapai dek akal harganya. Gile!
Pastu pakaian masing-masing diinspirasikan dari zaman-zaman dulu.
Ha, lagi 1 usahkan jadi futuristik, yang timbul sekarang ni raver la, hipster la... ape jadah ntah..
Dunia semakin merepek wehh... huhuh...

Ok, hari ni Kekna nak review sikit kenangan-kenangan diri Kekna di tahun 2016.

Actually Kekna tak puas lagi berada di tahun 2016 sebab rasa macam sekejap sangat 2016 berlalu.
Maybe sebab terlalu banyak benda yang berlaku pada Kekna kot sepanjang tahun lepas.
Yela, kenal dengan orang sana sini tapi tak berapa nak 'lekat' sangat laa...
Sebabnya tak serasi.
Tersalah sayang orang, 'tersangkut' dengan konflik yang ntah pape, termaki ex-tuan rumah, terbahagia tanpa sengaja. Eh!
Kekeke...


Yang ni awal tahun 2016.
Family Kekna datang KL dan macam biasa diorang akan pergi ke Danau Kota.
Ni Kekna bergambar dengan Shahril, adik lelaki Kekna yang jarang Kekna jumpa.
Rindu? Of course laa... Adik kottt...
Rasanya tahun ni baru 4-5 kali jumpa dia. T___T

Family Kekna kerap jugak datang KL.
Sebab tu Kekna jarang balik kampung.
Bila orang tanya, "Nana, ko balik kampung berapa kali setahun?"
Kekna akan jawab, "2 kali..."
Pastu ade la kononnye mulut-mulut duk mengata Kekna dah lupa daratan la, ape laa...
Heyyy, cili mulut tu kang baru tahu.
Buat apa nak balik kampung banyak kali sedangkan family Kekna selalu datang KL untuk jalan-jalan?
Of course Kekna pun rindu dengan rumah kat kampung tapi dah kalau family selalu sangat datang sini, buat apa lagi Kekna nak balik?
Well, pendapat dan cara masing-masing kan?

Diawal tahun 2016 juge Kekna kerap dijemput untuk menghadiri sesi review produk kat dalam blog.
Ni dikira pendapatan sampingan je laa...
Modal dia, hanya menaip dalam blog.
Tu je...

Alhamdulillah dengan peluang yang diberikan.
Boleh tambah duit, plus at the same time boleh berkenalan dengan blogger blogger femes yang lain.


Diusia 30-an jugak la Kekna baru start nak cuba benda-benda baru yang tak pernah Kekna buat.
Salah satunya macam gambar kat atas tu.
Memula ingatkan tak best main archery ni tapi rupa-rupanya best jugak. Hihi...
Memang pengalaman yang takleh Kekna lupa laahhh...



Kekna jugak bersyukur sangat dikurniakan kawan-kawan yang best dan sporting.
Kebanyakkan kawan Kekna ni sebenarnya officemates Kekna sendiri.
Yela, Kekna ni nampak aje huhahuha...
Tapi Kekna tak reti sebenarnya nak cari kenalan luar.

So far la kan, kengkawan Kekna semuanya jenis kuat makan.
Ada je yang mengajak Kekna untuk terjah restoran sana-sini.
Disaat ada yang masih tercari-cari kawan susah senang, alhamdulillah Kekna dah jumpa kawan susah senang Kekna.
Itu belum lagi masuk kawan-kawan satu unit Kekna lagi.
Yang tu lagi gila-gila. Kekna panggl Geng Pantai Timur.
Asal lunch je, menggelupur ajak makan sana sini.
Pastu kerap belanja Kekna pulak tu.
Naik segan pulak Kekna.


Pertengahan tahun 2016, Kekna berpindah rumah ke satu tempat yang agak selesa, sunyi dan sesuai untuk Kekna ber-hybernate. Hihii...
15 hari pertama duduk kat rumah tu, Kekna stay sorang-sorang.
Masa tu heaven nya ALLAH swt je yang tahu.
Sebab rasanya dah jadi nature diri Kekna yang tak berapa bergaul dengan orang sangat. Huhu...

And gambar kat atas tu adalah kawan baik Kekna dari Kuala Terengganu.
Dialah kawan jauh Kekna yang pertama datang ke rumah baru Kekna.
Kekna ingat lagi kata-kata dia kat Kekna,

"Aku tak sangka kau, Diana mampu berdikari sampai macam ni."

Yes, kalau orang kenal Kekna dari dulu (zaman sekolah), orang memang takkan sangka Kekna boleh hidup berdikari sendiri sekarang.
Sebabnya dulu Kekna agak fragile, gedik-gedik gitu, gegirl like sooo attitude sampaikan orang kate Kekna takkan mampu survive sorang-sorang.
Padahal semua orang tak tahu hati Kekna ni kental tahap lebur dengan api pun dia takkan cair.
Gitulah perumpamaannye.

Oh, lagi 1.
Pertengahan tahun ni jugaklah Kekna gaduh dengan ex tuan rumah Kekna yang jahat.
Kekna dah berpindah pun, dia sibuk nak pau jugak duit Kekna.
Padahal bila Kekna tuntut duit deposit rumah, dia tak kasi 1 sen pun.
Sampai Kekna mati pun, Kekna takkan halalkan sesen pun duit Kekna yang dia dah amik.
Huh!


Kemeriahan raya tahun 2016 jugak masih boleh dirasai.
Alhamdulillah semua ahli keluarga dapat berkumpul walaupun Shahril balik masa raya kedua.

Ikutkan dah 3 orang adik beradik Kekna yang dah kawin.
3 orang lagi belum kahwin.
Kekna still menunggu jodoh yang still sesat tak tahu kat mana.
Takpe... sesat la dulu ye.
Bila dah rasa puas tu, silalah kembali ke pangkal jalan ye. Hikhik...



2 gambar kat atas ni adalah gambar kontroversi Kekna untuk tahun 2016.
Dah sah-sah orang Melayu kite jenis malas membaca.
Punyalah panjang berjela-jela caption gambar Kekna tulis hanya lakonan semata-mata, Kekna masih lagi dapat ucapan tahniah dari kawan-kawan.
Pastu bila Kekna suruh diorang bacacaption betul-betul, barulah diorang tersedar gambar tu hanyalah lakonan. Hahahah....
Kelakar betullah.

Gambar-gambar tu diambil masa perkahwinan adik lelaki Kekna, Iwan.


Kemuncak akhir tahun 2016, bos Kekna dipanggil balik ke SPRM.
Tahun ni saje Kekna jaga 3 orang bos.
Jan-Mar 2016 - Tuan Saiful
Mar - mid Dec 2016 - Tuan Ramli
Mid Dec -now - Tuan Zamri.

Bukan senang wehhh nak jaga bos-bos ni.
Tengok dalam drama Melayu, macam senang aje kerja secretary ni.
Padahal dia punya susah tu dah macam dalam movie 'Devil wears Prada' ok.
Secretary ni takleh buat kerja senyap-senyap.
Maksudnya all progress semuanya kena update bos.
Penat? Of course penat sebab Kekna jenis yang tunjuk result je.
Well, lain bos lain perangai kan?
Nak tak nak memang kena adapt jugak.
Buruk baik perangai dia, kita kena hadaplah.
Diri kite sendiri pun ada jugak attitude baik dan buruk yang dia kena hadap.
Manusia, mana ada yang sempurna, kan?

Actually di akhir tahun 2016 ni ada je aktiviti-aktiviti yang Kekna lakukan tapi tak terupdate pulak dalam blog.
Kalau nak tahu perkembangan terkini Kekna lagi cepat, baik follow fb Kekna je terus.

Cari je fb nuradiana aziz. Confirm jumpa. Hhih..


The colors my life in 2016.
Alhamdulillah for everything.
Yang baik datang dari ALLAH SWT, yang buruk itu datang dari diri Kekna sendiri.


Dihujung entri, nahhh tataplah gambar paling cun Kekna di tahun 2016.
Hahahaha...
Jangan meluat ye.
Memang Kekna ni kuat perasan sikit. Mihmihmih...