Friday, March 31, 2017

PCB oh PCB!

Salam readers...

Pagi ni Kekna tengok slip bonus.
Kengkonon nak tengok berapa amount bonus yang masuk.
Yela, kalau tengok dalam account, kite tengok amount bersih je.
Kekna nak tahu exact amount yang sepatutnya yang Kekna dapat.

Dengan sukahati muka cerianya Kekna bukak Gems.
Skrol punya skrol... panggggggg ternampak jumlah PCB dalam slip tu.
Wat the kacang pis!!
Dekat RM1K ditolak untuk PCB ok!
Dekat RM1K!!

Terus Kekna tercarutzzz...
Dah lama oiihh Kekna tak sebut kuat-kuat nama Cadbury tuu...
Pagi tadi dah la tercarutzz... kuat pulak tu.
AGM Kekna pun dengar..
AGM Kekna tu lagi laa banyak PCB dia kena tolak. Dekat RM7K!

Gile wehh... gile...!
Amik sikit-sikit, takpelah.
Ini sampai lebih dari RM500 dia kaut camtu je.
Senang betul gomen kaut duit orang.

Bila dilihat balik, kami golongan pertengahan ni yang paling tersepit.

Ok, kite tengok cenggini...

Golongan bawahan, dapat bantuan kerajaan macam-macam.
BRIM, dana-dana.
Jangan disebut pasal prosedur yang leceh ke ape sebab itu memang perlu diikut supaya sistem pengagihan dan pemberian dapat diberikan secara teratur dan lancar.
Filing kan...
Nak minta apa-apa, ikut aje lah prosedur yang ditetapkan.
Once dah settle, tinggal tadah tangan je.
Any tax pun takyah bayar kecuali gst.
BRIM masuk lambat pun kecoh.
Bukannya tak dapat langsung...

Macam Kekna time gaji kecik dulu.
Setiap tahun dapat bantuan RM200 - Dana Bakti Remaja.
Memang RM200 tu nampak kecik aje & takkan tahan pun sampai setahun.
Tapi bagi golongan bawahan, dapat RM200 tu dah dikira besar nikmat dah.

Golongan atasan pulak, diorang semua kalau kerajaan tak bantu pun takpe asalkan ada projek masuk dalam company.
Duit banyak, diorang boleh beli macam-macam.
Nak beli rumah, sekelip mata aje dah dapat.
Apatah lagi nak beli kereta, barang kemas...
Setakat bayar tax tu, pejam mata je dah langsai.

Kami ni golongan pertengahan.
Nak kata kaya, tak la kaya sangat. Kekadang kayap jugak.
Nak kata miskin, ada pendapatan masuk setiap bulan.
Tapi kamilah yang bayar semua tax.
Dari gst sampailah income tax.
GST tu takpelah sebab kalau kerap belanja, maknanya banyaklah GST kena bayar.
Kalau jenis jarang keluar rumah macam Kekna ni, memang takdelah banyak sangat kena bayar GST tu.
Tapi income tax tu... Bukan sikit-sikit tau diorang potong.
Banyakkkk....

Kitorang golongan pertengahan ni, mohon apepun semuanya tak layak.
Gaji dah melebihi dari gaji minimum yang dah ditetapkan laaa ape laaa...
Macam-macam.
BRIM kami tak dapat.
Apatah lagi kalau mohon apa-apa dana.
Memang permohonan ditendang bulat-bulat.
Beri kepada yang lebih memerlukan katanya.

Then, kami dapat apa?
Duit kamilah yang kena korek saban hari tapi kami apapun tak dapat balik...
Adil ke?
Kami tersepit, tahu tak?
Then kerajaan bagi apa kat kami?

Terbeban tahu tak?
Huh!

Thursday, March 30, 2017

Boat Noodle, KL Gateway

Salam readers...

Well, malam ni tetibe rajin pulak Kekna nak update belog.
Tangan rasa gatal nak menaip aje.

16 March baru-baru ni, Mimy ajak Kekna lunch kat Boat Noodle, KL Gateway.
Sejak mall baru ni launching, Kekna tak pernah lagi jejakkan kaki kat sini.
Yela, mall masih baru, kan?
Banyak lagi kedai-kedai yang still under renovation.
Tapi memandangkan Mimy dah ajak, Kekna on je.

Lepas dapat permission dari bos, terus Kekna dan Mimy shoot ke mall baru itu.
Naik LRT je senang.
1 stesen je dari ofis. Heheh..

Kekna ni jarang-jarang sangat nak dapat keluar makan awal.
Ni kire hari bertuah Kekna laa kalau dapat keluar dari gua ofis tu time lunch.
Huhuhu...

Tempat baru, pergi pulak hari kerja. So, mall tu macam lengang aje.
Susah payah cari kedai boat noodle ni.
Rupa-rupanya nun jauh sebelah kanan pintu masuk rupanya.
Dalam pada nampak lengang aje mall tu, rupa-rupanya ramai jugak yang datang makan boat noodle nih.
Sampai kena tunggu turn sekejap untuk dapat meja kosong.
Sekejap aje la.. tak lama pun.

Dah dapat meja, apelagi meng-order terus laa...




Klik untuk  tumbesaran gambar ye, anak-anak. Heheh...

Gambar menu Kekna snap guna henset Mimy.
Minah tu kalau Kekna suruh hantar gambar yang disnap tadi, memang berjanggut la menunggunya.
Kekna pulak terlupa nak send sendiri gambar tu ke henset Kekna.
Jawabnya sampai ke sudah la tak dapat....


Nur cahaya terang benderang kat belakang...
Terus gambar nampak kabur.
Kabur pun kabur laa... Yang penting ade sekeping gambar sensorang. Hahah
 

Minah belakang tu dah makin kurus sekarang ni.
Dia diet kaw-kaw punya.
Kekna masih belum mampu lagi nak diet macam dia.

Pernahlah Kekna tak makan nasik 2 hari berturut-turut.
Nak tahu ape jadi lepas tu?
Kekna cirit birit gastrik 3 hari berturut-turut.
Amek ko! Nak diet sangat kan?
Merasalah berdating dalam toilet selalu.

So now dah serik.
Nak diet tu boleh tapi takleh extreme.
Kena pelan-pelan kayuh.
 

Kami.

Asal jumpa je mesti ade cerita.
Share la segala luahan perasaan permasalahan masing-masing.
 Seronok bercerita sambil makan sebenarnya.
Sedar tak sedar, ehh makanan dah habis.
Pastu sedar tak sedar, ehhhh badan dah gemok. Hahah...


Ni gambar terbaru Kekna.
Flawless pulak tengok muka sendiri. Hahah.. Perasan sungguh!
Ni kes pakai foundation Mac hadiah dari Mimy la ni...
TQ Mi...
Nanti dah habis pakai, nana bagi bekas Mac ni kat Mimy ye untuk redeem. Hihih..

 

Monday, March 27, 2017

Outstation

Salam readers...

Holla...!
Ape kabo semua?
Malam ni Kekna ada mood pulak nak menaip belog.

Heyy, ada orang kata Kekna dah lama tak update belog sebab life Kekna dah tak colorful macam dulu.
Hoho...
Sesuke deme aje ye mengata hakak cenggitu.
Silalah follow fesbuk dan IG hakak kalau nak tahu life hakak ni colorful ke idok.
Kalau setakat korang yang baca belog ni je, belum tentu korang tahu life Kekna cemana okeh.
Sebab tak semua benda Kekna share kat sini ye.

Ni Kekna nak share cerita.
Cerita Hari Itu Dalam Sejarah.
Ate dah dekat 9 tahun Kekna jadi secretary ni, tak pernah-pernah pulak Kekna diajak outstation sekali.
Kalau keluar pun sebab pergi teambuilding je.
Kalau takde teambuilding, tak merasa laa Kekna keluar dari opis tu.

Kesahnya akhir bulan Feb aritu, 22 Feb 2017...
Kekna diajak bos untuk outstation dengan officemates lain ke Ipoh.
Haa..haa...haaa! Korang jangan nak memandai-mandai speku bebukan ye.
Bos Kekna ajak Kekna outstation sekali sebab Kekna ada kerja jugak kat sana.
Bukan sesaje pegi enjoy ye.

Kami bertolak awal pagi 22 Feb tu.
Dah sampai Ipoh, kitorang singgah makan kat Restoran Nasi Vanggey.
Pucuk dicita ulam mendatang laa...
Nasi vanggey ni salah satu nasi kegemaran Kekna.


Meriahnya lauk yang Kekna amik... Lupa segala diet miet. Hihi...
Kekna amik lauk ayam goreng dan kari kambing.
Pastu sayur sikit.
Kuah banjir...
Terliur wehh!
TQ Boss belanja kami!

Dah kenyang, terus check-in hotel.
Kitorang stay kat Hotel The Weil, Ipoh.
Quite nice jugak la hotel ni...

Sebelum beristirehat, kitorang kena meeting dulu...


Geng pantai timur.. haha..
Kekna - Terengganu
Puan Tuty (tudung hitam) - Terengganu
Wani (tudung kelabu) - Kelantan

Bila kitorang sembang, yang Terengganu cakap loghat Terengganu.
Yang Kelantan pulak cakap loghat Kelantan.
Meriah jadinya. Hihi...

Meeting sampai ke petang.
Then, barulah kami dilepaskan untuk balik ke bilik masing-masing.
Kekna, Puan Tuty & Wanie berkongsi 1 bilik.


Apa-apa hal susun perkakasan kosmetik dulu.
Kekna tak suka barang bersepah sana sini.
Bila dah susun macam ni, sedap sikit mata memandang.


Then, meniarap atas katil sambil bukak laptop.
Kekna kena adjust MAPS/KPI Kekna sebab ada isu sikit.
Serabut ohh dengan isu KPI ni.
Unnecessary tension.
Orang lain interupt, effect Kekna sekali. Huh!

Bos, Puan Tuty dan AGM pergi meeting kat luar.
Sementara diorang meeting kat luar tu, Kekna dan Wani berjalan-jalan di Ipoh Parade yang duk bersebelahan je dengan Hotel Weil ni.
Memang sangat best!

Sekejap aje kitorang jalan-jalan ke sana.
Then Kekna dan Wani meronda-ronda dalam kawasan hotel pulak.
Tup-tup kitorang terjumpa roof-top pool ni.


Pool nye kecik aje tapi pemandangan sekitar pool memang sangat cantik!


Meja dan bangku yang banyak.


Kekna ni ape lagi, snap-snap laaa pemandangan disekitar pool ni tanpa menyedari si Wani snap gambar Kekna pulak.
Mamarazi sungguh.
Kekna tengah tertonggek macam tu pun di snap nye.... Hahah...
 

Bila dah sedar kena snap gambar candid be like...

....

Lepas Asar, kitorang meeting lagi sampai maghrib.
Lepas tu rushing bersiap sebab nak keluar makan malam pulak.
Gambar masa makan malam tu Kekna tak snap sebab tengah deal dengan Celcom.

Hoihh, Celcom ni memang menduga kesabaran Kekna sungguh.
Dah 2 kali nombor Kekna kena bar sebab bil melambung.
Padahal Kekna tak pernah call orang lama-lama.
BF Kekna yang call Kekna lama-lama tu ade la...

Bila Kekna tanya ape faktor nombor Kekna kena bar, dorang cakap Kekna guna internet banyak.
Pftttt!
Kekna pakai bil yang memang dah ada pakej internet kott...
Diorang kata pakej Kekna RM0.20/minit..
Pfffttt sekali lagi...
Diorang cakap lagi Kekna dah tukar pakej awal bulan Feb aritu..
Heyyy, bila masa pulak Kekna tukar pakej ni?
Membara sungguh hakak malam tu...
Pftttt banyak kali...

Apelagi, malam tu Kekna shoot email kat top management celcom.
Padan muka!
Punyalah spoil mood Kekna masa tu sampai takde selera makan kott...

Dah settle makan, memasing balik ke bilik.
Kat bilik, BF Kekna  pulak call.
Cakap berjam-jam wehh...
Geleng kepala Puan Tuty & Wani.
Sampaikan diorang dah nak tido pun, Kekna still bersembang dengan si dia.
Hahaha...

Bukan bersembang saje-saje ye, readers.
Kekna bersembang sambil gosok baju, sambil mengadap laptop buat kerja.
Nasib baik laa BF Kekna ni faham...

Wani dan Puan Tuty dah tido, Kekna baru terhegeh-hegeh nak mandi segala.
Malam tu memang tido lena laa dibuai mimpi indah.
Gitchuu...

----------

Esok pagi, sebelum Subuh lagi Kekna dah bangun.
Yang dua ketul tido awal dari Kekna tu liat betul nak bangun.
Hahahah... Klako pulak bila Kekna ingat balik...

 Dah siap semua, kitorang pun turun ke cafe untuk breakfast.


Muka segor-segor semuanya kecuali Kekna...
Kulit dah macam hantu cina. Biru nau kulit tu...
 

 Posing bajet cun adalah wajib.
Nanti boleh buat profile whatsapp. KAH!


Kita breakfast heavy sikit ye...
Roti canai yang very the marvelesss!
Nyesal makan sekeping je.
Alang-alang dah langgor diet ni, makan berkeping-keping pun takpe.


Kalau stay kat mana-mana hotel, Kekna memang suka serbu nasi lemak dia.
Sedap la jugak...
Mac n cheese dia pun best...
Pepagi buta makan mac n cheese.. Ko ado?
 

Last, makan bubur...
Oihh, ni dah tahap makan kenyang sampai tahun depan nih..

Dah settle makan, kitorang memulakan kerja masing-masing.


Time ni dah settle kerja.
Dah nak masuk tengahari dah ni...
Kekna tetap tersenyum walaupun time ni Kekna tengah pening, mabuk dan rasa nak pitam.

Dah settle semua, kitorang beransur pulang ke hotel untuk check out.


Gambar last sebelum keluar daripada hotel.
Dah check out pun kitorang masih buat tugasan lagi.

Punyalah penat campur dengan mabuk jalan, minggu seterusnya Kekna amik EL 1 hari.
Tak tahan wehhh...
Mabuk sampai tahap muntah...
Ni kes AGM Kekna laa ni bawak kereta macam pelesit. Hahaha...
Memang bila dingat balik, rasa cam nak kelako.
Kitorang duk kat seat belakang dah macam naik roller coaster dah.
Hahahha...
Kenangan buruk ke tu?
Eh, tak laaa.. kenangan manis la ni.
Bila lagi nak merasa benda-benda macam ni kan?

Kalau bos tanya nak join outstation lagi ke tak?
Kekna akan jawab, takkkk.....
Penat wehhhh...
Baik ko buat kerja kat ofis macam biasa je.
Hahah..

 

Monday, March 20, 2017

Perlu ke jadi secretary kerek?

Salam readers...

Tahniah la kat diri sendiri sebab tak sedor dah sebulan lebih tinggal blog kesayangan ni sampai bersawang jadinya.
Sebulan wehhh tak berupdate.
Rekod!
Selama ni tak pernah pulak blog ni tak berupdate sebulan lebih cenggini.
Paling-paling pun seminggu dua mesti akan ada at least 1 entry.

Lemaihh...lemaihhh...
Bak kata bos baru Kekna.
Perkataan "lemaihh" ni dia selalu guna hari-hari.
Apa yang dia lemas sangat pun tatau laa.
Lemas tengok Kekna ke sebab secretary dia itam? 
Kahkahkah...

Ok..ok..
Bos Kekna yang baru ni memang jenis workholics.
Dia suka buat meeting. Hari-hari mesti ada meeting.
Kalau planning dia tak seperti yang dia harapkan, dia akan bising.
Ha, masa ni la dia akan sebut "lemaih" dia tu. Hahah...
And dia suka gelak kalau Kekna bercakap.
Tensi mak!
Ape yang klako sangat pun tatau la. huhu...

Sebagai secretary, Kekna memang kena faham bos yang Kekna jaga sekarang.
Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka.
Kena faham bebetul perangai dia.

Eh. sebut pasal secretary ni, ramai nau yang cakap kerja secretary ni kerja yang glamour.
Hmm... betul ke?
Kekna dah hampir 9 tahun kot jadi secretary tapi tak rasa glamour pongg.
Hahah...

Kekna nak share sikitlah berkenaan dengan kerja-kerja setiausaha nih.
Almaklum laa dah 9 tahun dah kan berkecimpung dalam kerjaya ni dan dah 5 orang bos Kekna jaga. So nak kata Kekna ni otai tu tak laaa...
Tapi ade laa pengalaman sikit-sikit untuk share..


Ok, first pasal bosses.
Bos-bos ni takdenye same perangai.
5 orang dah Kekna jaga, lima-lima tu semua prangai lain-lain.
Yang jenis ribut taufan tak semena-mena, yang ala bapak-bapak, yang jenis sinis, yang comel lotey, yang suka cakap belakang dan bermacam-macam jenis yang lagi laahhh.
Pening!
Tu memang biasa.
Sebab lain bos, lain cara.
Lain bos, lain expectation dia.
Ada bos yang letak high expectation kat secretary dia.
Ibaratnya kite ni macam robot, takleh buat silap langsung.
Dia harapkan kita buat kerja dari A sampai Z.
Kadang-kadang sampai hal peribadi dia pun kita kena settle kan jugak.
Ada jugak bos yang pandang remeh je kite ni. Macam kuli-kuli.
So, kita takleh expect bos macam tu macam ni.
Kita yang kena adapt cara bos.

And perlu diingat, nak jadi secretary ni kena jenis hati kental dan kuat bersabar.
Sebab bos-bos ni kekadang mengada dia tu mengalahkan budak-budak.
Haahah...
Iye, Kekna tak tipu...
Pergilah tanya mana-mana secretary yang korang kenal.
Semua secretary akan cakap macam tu.
Pepandai korang la nak layan bos korang tu cemana.

Macam Kekna ni simple.
Bos suruh buat apa je, Kekna tak pernah say NO.
Menderita jugak la kan sebab bukan semua kerja kita pandai buat pun.
Kalau bengkekk dengan bos pun, paling-paling mengadu domba kat boifren.
Hahah...
Kesian boifren kena tadah telinga jadi kaunter aduan rakyat.
Tapi apapun, kita kena ada sikap WILLING TO PUSH.
Bukan push push macam orang bersalin tuuu... Haih korang nih..
Push diri sendiri untuk deliver kerja tu.
Deliver kerja sampai berjaya.

Tapi....

Jangan pulak ada sikap ASAL SIAP.
Kerja siap tapi tak sempurna.
No...no...no...
Kerja yang dilakukan mestilah sempurna.
Tak reti, tanya orang yang reti.
Tak faham, tanya orang yang faham.
 Jangan sesekali malu bertanya.

KALAU, kalau korang tak mampu nak deliver, jangan tangguh-tangguhkan.
Bagitahu kat bos yang korang tak boleh buat and need bantuan.
Bos yang bodoh je akan paksa korang buat jugak kerja tu.
Bos yang bagus dan bijak akan carikan solution untuk korang.
Dalam kerja ni jangan ada perasaan takut nak admit kesalahan.
Kalau bos marah pun, bukannya sampai tahap nak bunuh kita.
Paling paling pun dia memetir la sekejap, baling-baling fail ke...
Time tu kita buat je muka toya.
JANGAN MELAWAN.
Tapi kalau sampai tahap melampau melibatkan maruah, masa tu barulah stand.
Apapun, kena sabar dulu.
Jangan bertindak melulu.
Kangg ada yang kena buang kerja, menangis tak berlagu la jawabnya.
Dah la sekarang ni susah nak dapat kerja dik oiii....
So, fikir rasional ye.

Sebagai setiausaha, attitude kena jaga.
Tak perlu tergedik-gedik ye.
Melainkan korang memang jenis gatal gelenyar!
Itu bahasa kasar orang Tranung laa...
Kalau orang luar Tranung, dia kata gatal bijik.

Mementang la kau setiausaha, kau pakai seksi meksi kat office.
Wehh, kau ni datang office nak bekerja ke nak goda bos?

Sebenarnya tak jadi kewajipan pun seorang setiausaha untuk pakai seksi-meksi.
Kekna datang ofis tak seksi pun tapi alhamdulillah kekal je 9 tahun kerja.
Niat kita datang kerja tu kena betul.
Pakai seadanya tapi pastikan kemas.
Aksesori pulak janganlah sarat barat sangat.
Cukup sekadar gelang atau rantai.
Tak perlulah pakai gelang sampai penuh lengan macam mami jarum tu.
Tu over namanya...
Less is more omputih kata.

Sepanjang Kekna kerja ni, kadang-kadang terdengar staff staff lain bercakap-cakap sesama sendiri,

"Secretary XYZ tu kerek la. Susah betul nak dapat jadual bos dia..."
"Secretary unit tu memang sombong eh?"
"Berlagak betul secretary ABC ni. Macamlah dia bagus sangat!"

Ok, sebenarnya kerek itu perlu.
TAPI... BUKAN SELALU.
Bukan jugak KADANG-KADANG.
Kerek ni kena JARANG-JARANG diamalkan.
Kalau orang bercakap elok dengan kita, tanya baik-baik, then kita pun kenalah cakap elok-elok dan jawab baik-baik dengan orang tu.
 Lain laa kalau orang tu kurang ajar dengan kita, dah bagitahu patploh kali pun tapi masih tak faham-faham bahasa, then masa tu la kita kena transform jadi Kerek Mode.

Kekna pun ada jugak kenal dengan 2-3 orang secretary kerek ni.
Kerek dia tu mengalahkan bos pulak.
Actually, kita ni kena sedar yang kita ni secretary je.
Bukannya kita ni bos.
So, tak payah nak berlagak menyombong dengan orang macam kan kita ni bos pulak.
Secretary ni sebenarnya kuli batak bos je.
Silalah terima hakikat itu.

Macam Kekna sendiri, Kekna built rapport dengan semua orang.
Sampaikan guard office pun Kekna berbaik.
Bukannya apa, senang untuk kerja kita jugak.
Kekna nak booking parking kat lobby pun, pejam mata je terus dapat.
Sebab apa?
Sebab Kekna baik dengan guard kat situ.
Awal pagi nampak guard guard tu jaga lalulintas, Kekna lalu kat sebelah bagi salam, saya good morning...
Balik kerja, terserempak lagi senyum-senyum dan say good bye...
KENA RAJIN MENEGUR.

Sesetengah orang dia rasa macam dia tu hebat, besar dan ada kuasa.
Padahal secretary je.
Yela, dia jaga top management kan.... sampaikan nampak guard kat bawah pun dia pandang sebelah mata je.
Ya ALLAH... guard tu pun manusia jugak.
Apa salahnya kita layan elok-elok?
At least bagi senyuman je pun takpe.
Tak jatuh pun darjat dan pangkat yang ada kat kite ni kalau kita berbaik dengan semua orang.
Hatta Rasulullah S.A.W. pun tak memulaukan orang-orang yang berpenyakit kusta.
Then, apa hak kita nak memulaukan orang lain?
Hina sangat ke orang-orang yang berpangkat rendah ni?

So, berbuat baik laa pada semua orang ye.
In return, biarlah diuruskan olehNYA.

Sebagai secretary, kita jugak kena professional dan rasional.
Kita tak boleh berpihak kepada mana-mana.
Kita kena ada sikap ADIL.

Jangan kerana kita ni secretary, kita duk ye-ye kan aje apa yang bos cakap walaupun apa yang bos cakap tu bertentangan dengan nilai integriti dan spirit company.
Mana yang betul, kita support.
Mana yang tak betul, kita slow talk balik dengan bos.
Tak semua yang bos buat tu betul ye.
Pandai-pandai kita la nak bezakan mana nilai yang baik dan mana nilai yang tak baik.

Secretary memang kena professional.
Masalah di office jangan bawak balik ke rumah.
Masalah kat rumah pulak jangan bawak ke office.
Boifren Kekna selalu pesan, jangan amalkan bawak emosi di office sampai ke rumah.
Hal di office, tinggalkan di office.
Dia selalu marah kalau Kekna takde selera makan disebabkan stress kat office.

Ya, bila kita stress memang akan mengganggu cara pemakanan kita.
Takde selera lah, badan jadi tak sihatlah.
Time ni mulalah macam-macam penyakit datang.
So, sebagai secretary kita kena jaga kesihatan.
Muka kena nampak segar selalu.
JANGAN MASAM MUKA DI HADAPAN BOS walaupun kita bengkekk je dengan bos kite tu.
Kita ada masalah di rumah, jangan sampai efek kerja kite di pejabat.


Tipulah kalau Kekna tak pernah tunjuk emosi depan bos dan staff lain masa putus cinta dulu.
Menangis melalak depan staff lain pun biasa.
Tapi bila difikirkan balik memang merosakkan reputasi kerja.
Seelok-eloknya jangan tunjuk emosi negatif kita pada bos.
Sentiasa tersenyum dan tunjukkan wajah ceria dihadapan bos.
Bos-bos ni memang kerap stress dengan tekanan kerja kita.
Kanggg kalau kita masam muka, bos akan jadi bertambah stress pulak.
Bos ni kalau dia stress, mulalah dia marah-marah orang bawahan.
Kite secretary dia laa yang akan kena marah dulu.
Silalah senyum aje.
Tak boleh senyum sebab hati dah menyampah sangat dengan bos, kita buat je muka toya.
Muka toya ni maksudnya muka takde perasaan.

Bab kerja pulak, jangan expect secretary hanya menjaga bos.
Tugas secretary sebenarnya takde limit ye...
Macam Kekna sendiri, Kekna lah secretary, Kekna laa tea lady, Kekna laa technician, Kekna laa cleaner, Kekna laa yang buat kerja-kerja admin, Kekna laa store keeper, Kekna laa yang buat kerja itu, buat kerja ni.
Eh, pendek kata semua kerja la kottt...
Penat? Mesti laa wehhh...
Kitelah bekerja dengan dokumen, kitalah bekerja dengan sesama manusia...

Sebenarnya lagi bagus kalau secretary datang awal ke ofis sebelum bos sampai.
Macam Kekna, pukul 7:15 pagi biasanya Kekna dah terpacak kat ofis.
Waktu balik pulak depends on boss..
Kalau bos bagi balik on time, then Kekna balik la on time.

Balik on time pun belum tentu boleh hidup aman kat rumah ye.
Kekadang bos call kat rumah sebab nak discuss hal kerja sikit.

Pernah sekali time Kekna bergayut dengan boifren, bos Kekna call.
Terpaksa laa bagitahu boifren and nasib baik dia faham. -TQ awk!
Yela, Kekna dan boifren ni kalau bergayut takdenye 10-15 minit...
Kekadang boleh sampai 3 jam ohh.
Memang cenggitu la selalunya.
Macam-macam topik la yang kitorang sembangkan.
Tapi tetibe bos call, terus spoil. Hahaha...

Bukan bermaksud Kekna lebih utamakan bos dari boifren.
No... no..!
Maksudnya sebagai secretary kita kena faham, mesti ada benda penting yang bos nak bagitahu kita.
Sebab tu dia call.
Kalau takde benda penting, takdenya dia call kita.
Lain laa kalau bos kite tu jenis gatal gelenyar.

Lagipun mengikut pengalaman Kekna, bos memang tak suka secretary dia tak jawab call bila dia call kite.
Ibaratnya kalau kita tengah berak sekalipun, kita kena jawab call dia.

Apa, korang ingat kerja secretary ni kerja remeh? Kerja senang?
Korang silaplah wehh!

Kadang-kadang secretary nak bercuti pun susah.
Kena bagitahu bos awal-awal.
Paling-paling awal sebulan. Lagi bagus kalau inform 3-4 bulan sebelum bercuti.
Pastu bila ada masa, remind dia. Hari-hari pun takpe.

Macam Kekna, awal-awal Kekna dah bagitahu bos raya puasa memang Kekna akan bercuti seminggu.
Hari-hari Kekna remind bos.
So, dia faham-faham sendiri laa...
Jangan pulak tetibe dia buat-buat tak ingat pulak. Aku report NUTE kang. Haha...

 Jadi secretary ni sebenarnya best.
Best kalau dapat bos macam Tuan Anas Mikael ke...
Sporting, cool je..
Tapi kalau korang dapat bos macam celaka, maka hidup korang tu macam neraka la jawabnya.
Hahaha.. Ok, tak klaka ok. Tak klaka.
Dapat bos macam celaka ni memang mengundang trauma dalam hidup.
Apa yang korang perlu buat, berdoalah selalu semoga korang dapat bos yang baik-baik ye.


So, rasanya setakat ni ajelah kot yang Kekna patut membebel.
Dah panjang sangat dah menaip ni.
Nanti kalau datang perangai rajin nak update entri baru, Kekna akan update lagi ye.

Bye korang. Till we meet again. 💛